Time Attack band manang Battle of the Bands, Spirit of Sabah 2023
Sebenarnya semua band unik dan ada kelainan tersendiri. Ada band yang macam Dream Theater punya stail, balada, rock, irama Malaysia dan banyak lagi. Saya sangat teruja. Kita punya local band ni memang ada quality.
Pada 22 Oktober 2023, acara final battle of the bands telah berlangsung di Dewan KDCA, Penampang. Acara ini adalah under Spirit of Sabah 2023 atau S.O.S. dianjurkan oleh Prominent Education & Skills serta HezMusic, dengan sokongan dari Arts for All Seasons (ArtsFAS), yang di Power kan oleh Yayasan Hasanah serta kerjasama dengan Kementerian Kewangan. Apa itu Spirit of Sabah? Posting kami di sini akan menjawap persoalan di hati mu
..dan pemenangnya…!
Paling Manang sebab memang menang pun
Selepas di adili oleh 3 juri awesome Hezron Henry (Project Director untuk Spirit of Sabah), Raimon Bin Sukudat (Ketua Kombo RTM Sabah) dan Joefazly Priestly Joroh (Bolos Ru Bulur band) maka dorang pun setuju lah dan sepakat ahli kugiran yang nama dia Time Attack perlu di kasi umum juara dan dapat bawa pulang cash RM 5,000 atau bersamaan SGD 1,433.43 setakat penulisan ini di bikin.
Bercahaya sungguh mereka!
Band yang di tempat kedua pula ialah Lampuneon Rhythm. Nama dia pun bikin manang sudah barangkali. Dorang dapat bawa pulang RM 2,500 atau bersamaan SGD 716.72.
Tempat ketiga pula band dari Kudat nama dia Rapot Sanggong. Balik Kudat dorang bawa bersama cash RM 1,500 (SGD 430.03)
Orang Kudat bah yan
Ada sepuluh band semua yang berentap masa itu. 7 band yang lain ialah Ikigai Crew, Mantra Magic Buskers, Ex’wenfereje, D’vis Band, Sindaknavau, A.Force Band dan Atma Jandera.
Sebenarnya semua band unik dan ada kelainan tersendiri. Ada band yang macam Dream Theater punya stail, balada, rock, irama Malaysia dan banyak lagi. Saya sangat teruja. Kita punya local band ni memang ada quality.
Terkenang saya masa remaja dulu sangat minat dalam band. Ada juga lah band ku masa kami menetap di Kunak dan ada band Estate kami lol. Sampai kena bawa main di tempat orang kahwin dan juga ‘Take Over’ band tempat orang kahwin bila dorang rehat makan 😆
Apa-apa pun, tahniah kepada semua band yang terlibat. Sekali lagi saya amat teruja!
Kalau termiss pigi, ada recorded Live boleh tengok di bawah:
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.
Pingback: Borneo Rock Festival 2023 ada Emmett Butterfingers!
Pingback: Nando's Di Suria Sabah Dan Menu Baharu » Orang Sabah
Pingback: Monundatang - Program Bengkel Sundatang 2024 » Orang Sabah