Kalau kamu kena tanya, apa filem production tempatan Sabah yang kamu paling ingat dan memberi impak kepada pengalaman menonton kamu.. ada kah? Mungkin kah filem terbaru yang bakal di tayang ini akan jadi something seperti bahan rujukan untuk filem-flem Sabahan yang akan datang?
Get ready kamu, sebab selepas Filem Namatai arahan dan terbitan Marlin Brando dan John Samud ditayangkan pada 28 December 2023, baru-baru ini, kali ini kita disajikan juga cerita yang ada sedikit tema sejarah dan juga legenda. Terdapat juga unsur drama, misteri dan juga thriller. Tajuk dia SINAKAGON.
Filem SINAKAGON mendapat inspirasi daripada legenda Huminodun yang memang berkait rapat dengan budaya KDMR (Kadazan, Dusun, Murut, Rungus) dan Pesta Kaamatan yang kita sambut setiap tahun. SINAKAGON bermaksud keturunan/warisan leluhur. Mengisahkan cerita seorang gadis yang mengorbankan diri nya demi menyelamatkan kampung nya dari malapetaka dan kebuluran angkara kemarau yang panjang. Namun Timothy bukan sekadar bikin cerita directly macam yang kita selalu dengar pasal Huminodun. Kalau macam tu boring la sebab buli sudah kau agak semua apa next.
Filem ini adalah hasil adunan kreativiti dia, jadi kita dapat lah experience dia punya intrepetasi dan juga meninjau apa yang dia bikin dan pikir masa PKP dulu.. ha ha
Screenshot Official Trailer SINAKAGON https://www.youtube.com/@danzisaac
Barisan pelakon nya mungkin nama-nama yang belum biasa kita dingar. Saya rasa ini bukan sesuatu yang menghairan kan. Sabah saya rasa masih perlu discover lagi banyak talent tersembunyi yang perlu di kasi exposure. Fiona Josepher, Ejin Dinting, Lisa Christy, Esthaer Zaino, dan Ronn Langad adalah antara barisan pelakon utama. Tapi Ronn Langad macam sa selalu come across bah. Orang Kudat lagi tu. High 5ve!
Sumber gambar dari Cinema.com.my (The Rise of Lion)
Siapa pengarah dia? Timothy Stephen. Ini kira dia punya first commercial cinematic release. Sebelum ni, Timothy ada terlibat dalam beberapa projek filem sebelum ini. Pengalaman tu confirm memang ada. Kalau yang untuk cinema dia terlibat termasuk lah Sindiket (3r Unit & BTS), Tangisan Akinabalu (2nd Unit), Namatai (DOP), The Rise of Lion (DOP), Once Upon A Time In Tamparuli (DOP), Mantera (DOP). Banyak lagi dia terlibat macam shortfilms, productions untuk TV tapi itu kita simpan untuk masa kupi-kupi lain kali lah. SINAKAGON ialah terbitan Bamboo Sound Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Stephen Q Films Sdn Bhd.
Screenshot Official Trailer SINAKAGON https://www.youtube.com/@danzisaac
Menurut Timothy, mimang banyak cabaran lah untuk kasi bikin ni filem. Pertama, filem ni pakai bahasa Dusun sepenuhnya lah. Boleh di kira Filem pertama Sabahan yang pakai bahasa Dusun sepenuhnya. Cabaran dia ialah bukan semua pelakon yang terlibat dapat bertutur dalam bahasa Dusun. (Macam saya punya kes saja ni ๐ ) Dengan pelakon yang belum banyak pendedahan dan pengalaman, maka ini pun menjadi satu cabaran tapi bukan lah halangan.
Screenshot Official Trailer SINAKAGON https://www.youtube.com/@danzisaac
Yang menariknya, filem SINAKAGON ini dapat anugerah lagi untuk Indie Film festivals. Timothy dapat anugerah Best First Time Film Director ( Feature ) Milan Film Fest. Untuk overseas punya tayangan, dorang kasi bagi tajuk English nya “BLOODLINE”. Macam ngam juga lah.
Best First Time Film Director ( Feature ) Milan
Finalist Prisma Rome Independent Awards ( Top 5 Dari 100 yg terpilih )
Ada lagi bah dorang dapat recognition. SINAKAGON juga adalah Finalist Prisma Rome Independent Awards. SINAKAGON adalah Top 5 Dari 100 yg terpilih! Fantastic bah, ko pun mesti teruja juga sama-sama.
Then ini lagi. SINAKAGON juga kena pilih dalam Official Selection Barcelona Indie Film Fest. Kalau sambutan sangat menggalakkan dengan cara pemikiran Westeners sana, rasanya buli cakap ini movie mesti ada tarikan unik dia.
Official Selection Barcelona Indie Film Fest
Dari segi kos pembikinan pula, angka yang di beri ialah sekitar Rm200,000. Grant yang diberi dari FINAS (National Film Development Corporation Malaysia). Tapi honestly, saya kira-kira dalam kepala saya menggunakan teknik cincai dan hantam saja, macam sangat tight juga tu bajet. Which is betul juga sebab Timothy sendiri mention masa dia kena jemput dalam rancangan Bernama TVโs โApa Khabar Malaysia’ baru-baru ini. Malah macam terlebih bajet lagi debilang.
Musim Timothy & Rina mau tunggu kehadiran Princess Mercy
Imagine kalau ambil pelakon yang tengah naik macam Zendaya yang ada belakon antaranya filem (Spider-man – Homecoming), (The Greatest Showman), (Dune). Bajet akan cukup settle accomodation sama makan minum dia punya entourage saja mangkali .. lol
Lokasi filem pula dorang ada ambil sekitar Tambunan, Kota Kinabalu dan Keningau. Shooting start dalam bulan May 2021. Lama juga mau kasi siap sebab ko pun tau lah, MCO lagi kan tu musim..
Tapi macam orang putih cakap “It’s not about having more; it’s about doing more with what you have.” Kadang-kadang, disebabkan cabaran atau kepayahan itu akan buat kita sebagai manusia, lebih kreatif, resourceful dan bersemangat untuk setel segala kekurangan. Mimang terbukti dan kita semua pun pernah alami.
Nah mungkin kah ini akan membawa dimensi lebih menarik kepada filem SINAKAGON ini? Kita kena pigi tengok nanti di Pawagam bermula ย 13 June 2024. Dalam 30 panggung wayang di seluruh negara akan kasi tayang ini movie.
Cuba ko tengok movie trailer dia:
So apa next? Kamu boleh follow FB Page SINAKAGON sini @SINAKAGON dapat juga info terbaru sebab rajin tu dorang update sana. Ada lagi sesi Meet & Greet dorang pada 28 ๐ฌ๐พ๐ 2024 (๐ฒ๐พ๐ ๐บ๐๐บ) bertempat di ๐ณ๐๐พ ๐ฎ๐๐บ๐ ,๐ฆ๐๐๐๐๐ฝ ๐ฅ๐ ๐๐๐, ๐จ๐๐บ๐๐ ๐ฌ๐บ๐ ๐ ๐ช๐๐๐บ ๐ช๐๐๐บ๐ป๐บ๐ ๐. ๐ ๐ผ๐บ๐๐บ ๐ป๐พ๐๐๐๐ ๐บ ๐๐บ๐ฝ๐บ ๐๐๐๐๐ 7 ๐๐๐๐๐๐บ 9 ๐๐บ๐ ๐บ๐. Buli lah kenal-kenal team SINAKAGON dan tanya-tanya soalan ka, selfie kah nanti. Kalau kita bejumpa sana nanti, High Five kita.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk ๐Free Quotation๐ ni hari.
5 yang mengomen
5 Comments
Aki Borneo
27/05/2024 at 1:43 PM
Ini mcm siok oo.. D KL ada sesi meet and greet juga?
saya tinguk sdh semalam, movie mcm ni mmg bagus sebab buli ckp masih banyak lagi orang2 kita x gitu tahu suku2 kaum kita d sabah ni. maksudku mcm adat2 dulu dan skrg. saya pun berminat juga mau tahu suku2 kaum yang lain. cuma yang kurang best, pelakon2 berlakon nda cukup natural. sorry ya jangan marah. maybe this is their first time kan.
Mimang menarik sebab ini filem yang kita dapat hayati memandangkan dorang membawa tema yang kita semua sudah familiar. Ya imagine lagi macam-macam bangsa kita ada ni. Potensi banyak lagi. Punya best!
Ya macam boleh rasa juga beberapa lakonan yang kita tau ada sedikit struggle di situ.
Komen itu penting bah untuk reference sama ambil iktibar tentang persepsi orang ramai. Baru la tau tecapai atau tidak apa konteks yang mau di bawa kan? jadi tidak perlu marah tu dorang ha ha
Aki Borneo
27/05/2024 at 1:43 PM
Ini mcm siok oo.. D KL ada sesi meet and greet juga?
Kay Kastum
27/05/2024 at 7:12 PM
Setakat penulisan ini, belum ada khabar angin. Tapi mungkin kami boleh di suarakan kepada Team mereka. Kita tungguuuu….
tjhon
21/06/2024 at 12:04 PM
saya tinguk sdh semalam, movie mcm ni mmg bagus sebab buli ckp masih banyak lagi orang2 kita x gitu tahu suku2 kaum kita d sabah ni. maksudku mcm adat2 dulu dan skrg. saya pun berminat juga mau tahu suku2 kaum yang lain. cuma yang kurang best, pelakon2 berlakon nda cukup natural. sorry ya jangan marah. maybe this is their first time kan.
Kay Kastum
16/07/2024 at 10:39 AM
Mimang menarik sebab ini filem yang kita dapat hayati memandangkan dorang membawa tema yang kita semua sudah familiar. Ya imagine lagi macam-macam bangsa kita ada ni. Potensi banyak lagi. Punya best!
Ya macam boleh rasa juga beberapa lakonan yang kita tau ada sedikit struggle di situ.
Komen itu penting bah untuk reference sama ambil iktibar tentang persepsi orang ramai. Baru la tau tecapai atau tidak apa konteks yang mau di bawa kan? jadi tidak perlu marah tu dorang ha ha
Majulah filem Sabah!
Pingback: Kota Kinabalu International Film Festival » Orang Sabah