Lebih 26,000 orang datang CULT 2023!
Oleh:
CULT atau CARS, URBAN & LIFESTYLE TRENDS punya event baru saja berlalu. Kalau kamu yang tetinggal bot, ini ialah sambutan tahunan acara meraikan benda-benda berkaitan kereta, lifestyle nya, fesyen,interaksi sosial,aktiviti-aktiviti,motorsports, modifikasi, pemulihan kereta, koleksi dan banyak lagi. Berlangsung dari 10 hingga 12 November 2024 di SICC Sabah International Convention Center di Kota Kinabalu, Sabah.
So sedikit rumusan nya:
1. Perasmian:
YB Datuk Joniston Bangkuai, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, merasmikan acara tersebut dengan paparan Monster Trucks yang awesome, Mitsubishi Triton Extreminator yang kena import special dari Johor sama satu Hilux Black Monster dari Tawau yang akhirnya dinobatkan sebagai Raja CULT 2023!
2. Rekod Kehadiran:
Acara ini menarik lebih 26,000 pelawat, menandakan peningkatan 30% daripada tahun sebelumnya dorang bilang. Penyertaan dari Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat dengan steady nya bergabung untuk meraikan Car Culture Sabah yang rancak!
3. Sokongan Korporat:
CULT 2023 mendapat sokongan daripada lebih 40 penaja korporat dan rakan kongsi, termasuk tayar Diamond Sponsors COSMIS dari Thailand, dan Platinum Sponsors pelincir ELF dan EXN/SACCHI. 25 Sponsor Korporat ialah:
COSMIS WHEELS, ELF, EXN, SACCHI, RECARO, SPEEDHUNTERS, VOGUE WHEELS, PIAA, SONY, CANON, BORDER, BTT, ALIENTECH, NEXT WRAP, PROMATS, SUPREME AIRCOND, 613 CUSTOMS, ISUZU, BMW, BYD, FOREVER SHINE, SPARK AUTO, BORNEO POWDERCOAT, MACTO DISTRIBUTION, BEST CUSHION, MOST WANTED AUTO, AUTO CAR, MBS TUNING, ODR, SYN JIN, KANJOZUKU, XP3, BATEC, SABAH LAND ROVER CLUB, ANEEKEY, BREEZE MAG, BORNEO KUSTOM
4. Pelancaran Produk:
Tiga penaja iaitu roda COSMIS, SONY Malaysia, dan ELF Lubricants, melancarkan produk baharu itu musim, jadi makin aramai tih lah di sana masa tu.
5. Liputan Media:
CULT 2023 mencapai pengiktirafan antarabangsa bila mendapat liputan media dari Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Singapura dan Brunei. Bukan kaleng-kaleng oh! Di tambah lagi dengan gabungan lebih 3 juta pengikut media sosial dorang, ini sangatlah membantu kasi ketengah CULT ke arena car culture secara global.
6. Pameran:
Ada macam-macam tema kereta, 189 kereta! 18 ciri khas dipamerkan, termasuklah koleksi Fast & Furious, koleksi Gran Turismo, Champion Drag Cars dan Future of Mobility yang kasi tayang dorang punya kenderaan elektrik dan banyak lagi.
7. Cabutan Bertuah dan Hadiah:
Pengunjung berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM100,000, termasuk hadiah utama Padem AE70 bernilai RM55,000 yang dibawa pulang Mr Lu Kwai On! Tahniah Buss ku!
8. Aktiviti dan Pertandingan:
Semasa acara dorang ni, ada pelbagai aktiviti orang ramai boleh join atau tengok, termasuklah bahagian hobi die cast, pertandingan perlumbaan Simulator Gran Turismo, RC Arena dengan trek hanyut dan crawler, dan pertandingan supermodel Cult.
9. Barangan CULT:
CULT 2023 menampilkan rangkaian barangan import yang sangat menarik, termasuk baju event sama ada juga baju-t kolaborasi khas.
Rumusan atas Rumusan:
Kejayaan cemerlang CULT 2023 menyerlahkan trend global Car Culture (budaya kereta) yang semakin mendapat perhatian umum. Dengan pengiktirafan antarabangsa dan sokongan daripada jenama-jenama global, CULT telah berjaya mengukuhkan dirinya sebagai event antarabangsa yang menyumbang kepada industri automotif dan pelancongan di Sabah. Untuk Edisi Ke-3 pada tahun 2024, Team CULT dengan sangat terujua nya menjangkakan lebih banyak ke awesome-man. 😗
Ini gambar sempat saya ketik masa Media Preview. Yaa.. saya tau banyak lagi kereta lain tidak kena gambar. Mau kejar ambil anak bah.
Pigi juga kau follow FBPage CULT untuk gambar-gambar dan juga update-update direct dari dorang.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.