Ke sini kau bah juga

PROGRAM CULT X ALUMNI UMS FESTIVAL

CULT_Poster_2024_2

Lifestyle

PROGRAM CULT X ALUMNI UMS FESTIVAL

PROGRAM CULT X ALUMNI UMS FESTIVAL

Kota Kinabalu, Sabah – Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Cars, Urban Life Style & Trends (C.U.L.T) akan menganjurkan CULT X Alumni UMS Festival, sebuah acara berimpak tinggi yang menggabungkan budaya automotif dan jaringan alumni. Penganjuran Festival ini adalah sebagai satu usaha strategik untuk mengukuhkan kolaborasi antara alumni UMS dan komuniti tempatan

Objektif utama program ini adalah:

1. Mewujudkan kerjasama silang antara Alumni UMS dan C.U.L.T untuk menjadikan festival ini sebagai acara tahunan.
2. Meningkatkan kesedaran terhadap peranan Alumni UMS dan budaya automotif di Sabah.
3. Strategi pendanaan kepada Pusat Alumni UMS dan nilai tambah kepada Pengurusan Acara C.U.L.T.
4. Membina persekitaran mampan bagi memahami secara mendalam industri budaya automotif yang semakin mendapat perhatian generasi muda.
5. Mencetuskan suasana perayaan yang bertepatan dengan cuti umum hujung tahun yang akan datang.

Lokasi : Padang Kawad UMS (Kota Kinabalu)

Tarikh: 22 December 2024

Masa : 9.00 AM – 9.00 PM

CULT_Poster_2024

C.U.L.T X Alumni UMS Festival bertujuan bukan sahaja untuk mempamerkan kreativiti dan inovasi dalam budaya automotif tetapi juga untuk memperkukuh hubungan antara alumni UMS dan masyarakat umum. Acara ini turut memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang berfokuskan kepada budaya automatif, pengumpulan dana dan pertukaran idea dalam ekosistem budaya moden.

Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput semua alumni UMS, pelajar dan masyarakat umum untuk bersama-sama memeriahkan festival ini. Nantikan pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan kelak termasuk pameran kenderaan, demonstrasi pemanduan selamat, pameran peralatan perkhemahan dan pelbagai persembahan istimewa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Alumni UMS di www.ums.edu.my/alumni
atau hubungi kami melalui talian;
Pusat Alumni UMS 088 – 329 360
C.U.L.T – Cik Ain 018 972 2593

“C.U.L.T X Alumni UMS Festival
Inspirasi Perpaduan, Kreativiti, dan Masa Depan.”

Jangan lupa juga follow CULT Malaysia FB Page

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Lifestyle


Advertisement

FEMES SINI


Balik