Ke sini kau bah juga

Tupperware Dalam Kenangan?

Tupperware Sabah

Lifestyle

Tupperware Dalam Kenangan?

Tupperware Dalam Kenangan?

Tupperware bukan sekadar jenama, dia adalah sebahagian daripada budaya kita. Walaupun dorang mungkin menuju kebankrapan, Tupperware akan sentiasa di hati rakyat Malaysia

Tupperware: Dari Suri Rumah ke Legend, Sekarang Mau Kebankrapan Sudah

Sejak dulu lagi, kalau ko sebut saja perkataan “Tupperware”, mesti ramai rakyat Malaysia yang membayangkan kabinet dapur penuh dengan bekas plastik macam-macam warna. Sama ada untuk kasi simpan baki makanan tengah hari, membawa bekal ke pejabat, atau mengelakkan nasi goreng basi besoknya, Tupperware sudah lama menjadi pilihan utama ramai suri rumah dan keluarga.

 

Tupperware Koleksi Mu

Tupperware Koleksi Mu

Sejarah Ringkas Tupperware

Tupperware bermula pada tahun 1946 di Amerika Syarikat, apabila seorang pencipta bernama Earl Tupper menghasilkan bekas plastik pertama yang direka khas untuk kedap udara. Tapi rahsia kejayaan Tupperware bukan saja pada bekas plastik dia semata-mata, sebaliknya dorang punya model pemasaran yang unik – Tupperware parties atau majlis rumah Tupperware. Melalui kaedah ini, Tupperware dipromosikan secara langsung oleh pengguna kepada pengguna lain. Di Malaysia, kaedah ini seolah-olah menyamai budaya kita yang suka ‘berkumpul’ atau menjual produk dari mulut ke mulut. Suri rumah dan makcik-makcik menjadi agen utama, malah ada yang menjadikan ia kerjaya separuh atau sepenuh masa yang menguntungkan.

Earl-Tupper

Earl-Tupper. Sumber: https://encyclopedia.design/

Momen Bersejarah Tupperware

Satu perkara yang pasti, Tupperware bukan sekadar jenama. Ia melambangkan status dan prestij dalam kalangan suri rumah di Malaysia. Masa dulu-dulu, siapa yang ada koleksi Tupperware, dialah ‘diva dapur’. Malah, ada yang sanggup simpan katalog Tupperware bagus-bagus seolah-olah ia adalah satu buku suci yang magic gitu! Ada pula yang lebih takut hilang penutup Tupperware daripada hilang dompetnya. Berani kau kasi tau mama mu hilang penutup atau koleksi Tupperware nya?

Kejayaan Tupperware bukan saja pada kualiti produknya, tetapi pada ikatan emosi yang terjalin di sekeliling jenama ini. Majlis Tupperware bukan sekadar jual beli, tetapi tempat para ibu berkongsi cerita, resepi, dan bergelak ketawa. Tambah-tambah lagi di Malaysia, di mana majlis ini sering di setup dengan ada makan-makan, kupi-kupi atau air bandung kah.. ada rendang, dan kuih-muih!

Kejatuhan dan Kebankrapan

Sumber: CNA

Namun, dengan perubahan zaman dan gaya hidup, Tupperware menghadapi cabaran besar. Banyak pilihan bekas plastik dan kedai serbaneka seperti Daiso atau pun dari kedai serbaneka dengan supply dari China menawarkan produk serupa dengan harga jauh lebih murah. Kebiasaan ‘majlis rumah’ juga semakin pupus, ditambah lagi dengan kemunculan e-commerce (online shopping bah!)  yang menawarkan alternatif mudah untuk membeli apa sahaja dari handphone saja.

2024 ini, berita mengenai kemungkinan Tupperware akan bankrap telah mengejutkan ramai, termasuklah di Malaysia. Ramai yang terkejut dan mungkin tertanya-tanya: “Macam mana lah nasib bekas-bekas Tupperware saya yang lama? Adakah ia akan jadi barangan antik atau lebih berharga daripada emas satu hari nanti?” Mungkin kita boleh jangkakan lelongan Tupperware di masa depan – siapa tahu?

Tupperware Party

Tupperware Party!

Bayangkan

Bayangkan, suatu hari di masa depan, orang pigi ke muzium dan melihat pameran “Artifak Plastik Bersejarah: Era Tupperware” bersama penutup yang hilang. Atau mungkin, kita akan ada “Tupperware NFT” — di mana penutup digital akan dijual pada harga yang di luar tahap kemampuan gred gaji mu!

Mungkin lebih lucu lagi, suri rumah di masa depan akan cakap, “Kalau tiada Tupperware, macam mana mama mau simpan kuah kari yang lebih ni?” Tapi branding dorang memang kuat lah. Actually apa saja bekas plastik biar pun yang tapau plastik dari kedai makan tu pun kena panggil Tupperware bah.

Goodbye Tupperware

Tinggal Kenangan?

Kesimpulan

Tupperware bukan sekadar jenama, dia adalah sebahagian daripada budaya kita. Walaupun dorang mungkin menuju kebankrapan, Tupperware akan sentiasa di hati rakyat Malaysia – sebagai jenama yang pernah memeriahkan dapur, majlis, dan perbualan antara para ibu. Lapar pulak. Ada lagi lebihan kacang Bali kena simpan di Tupperware tadi.

Langsung baca habis
Advertisement

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Lifestyle


Advertisement

FEMES SINI


Balik