Perpustakaan Negeri Sabah dengan sukacitanya mengumumkan Minggu Perpustakaan 2024 yang akan berlangsung dari 12 Ogos hingga 24 Ogos 2024. Minggu Perpustakaan adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh perpustakaan di seluruh Negeri Sabah untuk meraikan dan mempromosikan peranan penting perpustakaan dalam masyarakat. Acara ini biasanya melibatkan pelbagai aktiviti seperti sesi bercerita, pertandingan membaca,pameran, dan aktiviti bersama komuniti yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung dan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.

Poster Rasmi
Tema minggu perpustakaan pada tahun ini adalah Perpustakaan Memperkasa Kehidupan yang menekankan peranan penting perpustakaan dalam meningkatkan kualiti hidup individu dan masyarakat.
Perasmian Minggu Perpustakaan telah diadakan di Perpustakaan Cawangan Keningau pada 12 Ogos 2024 yang disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Mohd. Arif, JP, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh perpustakaan diseluruh negeri Sabah sepanjang dua minggu. Antaranya aktiviti terbuka untuk seluruh penduduk negeri Sabah yang boleh diikuti oleh orang amai seperti Pertandingan fotografi, Pertandingan Book Trailer, Pertandingan Penglipur lara, Pertandingan Book Trailer, Pertandingan mengulas eBuku, pertandingan Panglipurlara.

Kemuncak Minggu perpustakaan adalah aktiviti Night@TheLibrary yang akan diadakan di Ibu Pejabat Perpustakaan pada 24hb Ogos dari pagi sehingga jam 12.10 minit tengahmalam. Sempena Minggu Perpustakaan ini juga Perpustakaan menawarkan Keahlian percuma bermula dari 12 Ogos hingga 24 Ogos kepada ahli baru dan 50% diskaun untuk keahlian keluarga dan keahlian seumur hidup serta keahlian VIP.

Menarik! (Tekan untuk versi besar)
Perpustakaan juga memberi Pengampunan untuk mengembalikan buku-buku perpustakaan TANPA DENDA dari 12 Ogos hingga 12 September 2024. Pihak Perpustakaan sangat teruja untuk menganjurkan Minggu Perpustakaan 2024 dan membawa komuniti bersama-sama untuk meraikan peranan perpustakaan yang tidak ternilai. Minggu ini akan dipenuhi dengan aktiviti menarik yang menekankan kepentingan perpustakaan dalam memupuk pendidikan, kreativiti, dan semangat komuniti.” Perpustakaan mengalu-alukan penyertaan semua ahli perpustakaan dan masyarakat setempat untuk sama sama meraikan Minggu Perpustakaan ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Minggu Perpustakaan 2024, sila layari https://library.sabah.gov.my/atau ikuti kami di FB perpustakaan negeri sabah-laman rasmi https://ms-my.facebook.com/PerpustakaanNegeriSabah/
Objektif Minggu Perpustakaan
Meningkatkan Kesedaran
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan dan kepentingan perpustakaan dalam
menyediakan akses kepada maklumat dan pengetahuan.
Menggalakkan Penggunaan Perpustakaan
Menggalakkan lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan, termasuk
pinjaman buku, akses kepada bahan digital, dan program pendidikan.
Memupuk Budaya Membaca
Memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja, melalui aktiviti seperti sesi bercerita, kelab buku, dan pertandingan membaca.
Menyokong Pendidikan Sepanjang Hayat
Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat melalui bengkel, kelas, dan program literasi
digital yang membantu individu untuk terus belajar dan berkembang.
Mengukuhkan Komuniti
Mengukuhkan ikatan komuniti dengan menyediakan ruang untuk pertemuan sosial,
perbincangan, dan kerjasama melalui pelbagai aktiviti komuniti.
Memperkenalkan Perkhidmatan Baru
Memperkenalkan perkhidmatan dan sumber baru yang ditawarkan oleh perpustakaan, seperti
koleksi digital, perkhidmatan perpustakaan bergerak, dan program khas untuk golongan rentan
Meningkatkan Literasi Digital
Membantu masyarakat untuk meningkatkan kemahiran literasi digital mereka melalui kelas dan
bengkel yang berkaitan dengan teknologi dan penggunaan internet