OK. Sebelum kita kasi kau 5 sebab kenapa ini satu CULT yang kau mesti ikut, kamurang yang di KK minggu ni memang sangat bertuah. Kalau ko macam saya yang pernah tinggal bawah tempurung, CULT ni ialah – Car & Urban Lifestyle Trends. Apa bah ni?
Begini..CULT ni satu event yang meraikan benda-benda berkaitan kereta, lifestyle nya, fesyen,interaksi sosial,aktiviti-aktiviti,motorsports, modifikasi, pemulihan kereta, koleksi dan banyak lagi lah. Ini kira definisi Car Culture lah atau kalau dalam BM macam pelik sikit “Budaya Kereta” lol! Jadi..
5 sebab kenapa ini satu CULT yang kau mesti ikut
Ko mimang sejenis gila kereta. Dari kecil kau sudah kasi susah hidup bapa mu pigi buka-buka skru yang tidak patut di buka dan sampai dorang hampir give up mau kasi tinggal kau di siring jalan Ranau – Tambunan. Tapi sekarang kau sudah paham erti appreciate kereta. Ini event akan memberi kau Insiprasi untuk meneruskan impian bikin-bikin kereta mu.
Anak kamu minat kereta tapi kau tidak langsung. Tau kah kamu yang 67% parents yang bawa anak pigi Car Show biasanya akan merapatkan lagi bonding antara mereka sampai lah dorang kahwin. Itu sebenarnya data sembarang saja tapi saya percaya anak kita yang minat kereta akan lebih terinspire dan pada masa yang sama akan lebih rapat hubungan parents – anak sebab dorang pigi sama-sama. Mana tau next Engineer hebat atau pelumba Antarabangsa satu hari nanti?
Kau tiada cewek atau cowok. Kalau Car Culture punya orang-orang ni, rasanya mostly jenis yang open dan mudah berbicara. Kau tidak minat kereta pun tapi kau tanya tu cewek sebelah, “Ko rasa tayar 17 inci ngam kah masuk dalam kereta Kelisa merah ku?” Pasti akan membawa kepada topik-topik lain dan siapa tau, kamu akan move on ke gear 5? Hi..hi..
Ko baru beli kamira Sony Alpha 7 IV full-frame hybrid camera baru mu berharga Rm12,500 dan kamu mau tes-tes gambar kereta-kereta pakai Auto Mode yang kau sudah practice sejak 2 hari lalu. Ini lah chance kamu, macam-macam model kereta akan ada. Kereta JDM, kereta klasik, Monster Trucks, Custom..adeh..banyak lagi. Sampai habis filem mu kau gambar lah berabis.
Tahun lepas punya event kau pernah cakap “Bah lain kali lah saya pigi”. Nah ini kali kau mesti kasi kota kan janji mu. Kalau tidak nanti kau kena langgar gerobak tu! Ini lah masanya untuk find out apa yang kau termiss dan akan termiss lagi banyak kalau kau tidak attend ini event. Bawa lah jiran kamu sekali supaya dapa mengerat kan lagi sillaturrahim.
Berapa Ringgit? Rm20 untuk setiap hari. Budak di bawah 10 tahun percuma. Beli tiket sini
Mau cakap sama orang? Contact dorang: +6019-427 4064 atau stalk CULT FB
FYI OrangSabah juga adalah salah satu rakan media dorang untuk ini event. Thank you kerana memberi kami peluang untuk support kamu dalam event yang sangat awesome ini.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.
Pingback: Lebih 26,000 orang datang CULT 2023! » Orang Sabah