Ke sini kau bah juga

Monundatang – Program Bengkel Sundatang 2024

Monundatang_OrangSabah

Seni

Monundatang – Program Bengkel Sundatang 2024

Monundatang – Program Bengkel Sundatang 2024

Sundatang ni apa? Kenapa dia ada dan siapa yang cipta? Kenapa makin banyak topik pasal Sundatang keluar dalam feed Social media saya ni?

Sundatang with Gindung

Tuni Sundatang

Sundatang, ni ialah alat muzik tradisional jenis kordofon (alat muzik yang dimainkan menggunakan cara petikan) dengan leher panjang yang selalunya dikaitkan di kalangan penduduk etnik Sabah Rungus atau pun Dusun. Tapi saya pasti penggunaan alat muzik Sundatang ni (atau mungkin ada nama lain) pun ada juga di kalangan rumpun Dayak kita di seluruh Kepulauan Borneo yang awesome ini. Biasanya ni Sundatang ni diperbuat dari kayu keras macam kayu tembailing atau nangka. Asalnya pula, cuma pakai dua tali, yang dulu-dulu kana ambil dari akar pohon Giman, tapi sekarang ni ada juga yang kena ganti sama tali besi atau nilon yang lebih tahan lama. (Susah gia mau cari orang jual string dari pokok Giman.. )

Dari segi pembuatannya pula, Sundatang ini diukir dari satu batang kayu solid dengan menggunakan kapak, parang, sama pahat untuk membentuk badan sama leher dia. Proses dia ni memerlukan kemahiran tinggi sebab lubang bunyi juga akan ditebuk di badan dia untuk kasi hasil resonansi yang kuat.

Sundatang with Joe

Bolos Ru Bulur

Tapi siapa lah saya, setakat buat research online, ndak sampai pun 1% info yang cukup mau kenal pasal Sundatang kita ni. Tapi sejak dua menjak ni, kita dapat tengok usaha untuk kasi hidup balik Monundatang makin hari makin ada traction bah. Banyak sudah individu, persatuan dan kolektif buat pameran, konsert dan sebagainya yang titik fokus dia ke arah Sundatang. Even band pun banyak sudah yang kasi emphasize Sundatang dalam muzik dorang dan cuba bawa balik tradisi ni supaya generasi muda faham dan bangga dengan asal usul dorang. Kalau di kira, Monundatang ni bukan sekadar tradisi – tapi juga lambang identiti, satu kebanggaan budaya, dan warisan yang berharga untuk generasi akan datang. Jadiii..

Rapot Sanggong

..lebih baik belajar dari orang yang sudah start menebas hutan dan tau sudah selok-belok pasal Sundatang ni. Ini satu event special pertama kali kamu mesti join. Tempat amat terhad lah. Mungkin by the time saya siap tulis ni tinggal 1 lagi slot tapi harus mencuba lah kan? Daripada research online, bagus belajar dari yang sudah makan, mandi, luka dan sembuh kembali pasal Sundatang ni. Bukan setakat ilmu Sundatang, tapi belajar tune, belajar memetik lagi dan bawa pulang Sundatang! Nah…

 

HezMusic Production dengan bangganya mempersembahkan #MONUNDATANG (Reviving Tradition | Preserving Heritage).

Program Bengkel Mari Bermain Sundatang Bersama! (Memulihkan Tradisi, Memelihara Warisan)
Terbuka kepada 30 orang peserta sahaja.
Tarikh: 29-30 November 2024
Lokasi: JKKN Sabah
Masa: 9 pagi – 11 malam
Yuran Penyertaan: RM260 (FREE Sundatang)

Umur: TERBUKA Kepada orang Awam

Tarikh Tutup Pendaftaran: 15 November 2024

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/yv3DxgU8Gp7zT9Yv8. Calon yang terpilih akan dihubungi oleh pihak kami untuk proses seterusnya. Untuk maklumat lanjut https://www.hezmusic.com/p/monundatang-reviving-tradition.html. Untuk pertanyaan lanjut, sila klik https://wa.me/+601131764293 untuk berhubung dengan admin.

Monundatang_OrangSabah2

Monundatang Poster

“Kita harus bersama-sama memikirkan bagaimana caranya menggunakan alat muzik tradisional Sabah agar terus relevan dan boleh dimainkan bersama-sama dengan muzik moden agar ia membuka minat anak-anak muda dan mereka terpanggil untuk ingin belajar bersama demi kelestarian dan pemuliharaan alat muzik tradisional.” Hezron Henrry, HezMusic Production

Check out dia punya mentor-mentor nanti. Gindung dari kumpulan Tuni Sundatang. Akieto dari Kumpulan Rapot Sanggong dan Joe dari kumpulan Bolos Ru Bulur. Program ini di anjur oleh HezMusic Production dengan kolaborasi dan kerjasama Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Bolos Ru Bulur, serta disokong oleh ArtsFAS, Yayasan Hasanah, dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada masa tu ada juga kena setup gerai-gerai jualan & pameran barangan tempatan Sabah dan ada mini Konsert pada hari kedua di mana semua peserta graduan akan buat persembahan LIVE!

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Seni


Advertisement

FEMES SINI


Balik