Ke sini kau bah juga

Basikal tanpa bateri atau pun bahan bakar akan menjadi kenyataan!

Basikal tanpa bateri

Entertainment

Basikal tanpa bateri atau pun bahan bakar akan menjadi kenyataan!

Basikal tanpa bateri atau pun bahan bakar akan menjadi kenyataan!

Basikal ini bakal membawa pembaharuan di Sabah, khususnya area Kota Kinabalu! Tuan Ahloof Lirpa, seorang jurutera lulusan Universiti of Otodus Megalodon di Kepulauan Galapagos, telah mengumumkan penemuan revolusi dalam dunia pembasikalan. Beliau mengumumkan bahawa basikal baru ciptaannya tidak memerlukan bateri atau bahan api. Bagaimana?

Basikal Tanpa Bateri 2

Sidang Media Basikal Tanpa Bateri

Dalam sidang media yang penuh gempar, Tuan Ahloof Lirpa menjelaskan bahawa beliau telah menggunakan teknologi terkini untuk mengubah gerakan pedal menjadi tenaga yang mencukupi untuk memacu basikal tanpa perlu tenaga luaran. Semua ini hanya dengan mengayuh seperti biasa!

“Dengan penemuan ini, saya yakin dunia akan berubah,” katanya dengan yakin. “Kita tidak lagi perlu mengeluarkan wang untuk beli bahan api atau bateri. Ini juga adalah langkah besar untuk alam sekitar kerana ia mengurangkan pencemaran sebanyak 80% (baki 20% lagi ialah pencemaran sisa toksin badan kita seperti kentut dan peluh dingin ketika melalui Road Block JPJ).”

Ramai wartawan yang hadir sangsi pada awalnya. Tetapi setelah melihat demonstrasi langsung oleh Tuan Ahloof Lirpa, rasa kagum dan teruja mula tersebar di kalangan orang ramai. Basikal tanpa bateri atau bahan bakar memang menjadi kenyataan!

Buat masa ini beliau tidak lagi dapat di hubungi kerana telah mengayuh keluar dari kawasan press conference tanpa meninggalkan referen media sosial mahupun yahoo email nya.

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Entertainment


Advertisement

FEMES SINI


Balik