Baru saja, kumpulan muzik tempatan, Tuni Sundatang, telah kasi out video muzik terkini dorang untuk lagu “Highlanders”. Dalam peninjauan ini, kita akan meneliti beberapa aspek visual dan artistik yang menonjol dalam video muzik ini.
Pertama sekali, opening video muzik ini menarik. Dengan penekanan yang baik pada konsep visual, penonton segera diperkenalkan kepada mood dan tema yang akan dijelajahi dalam keseluruhan video. Ini adalah langkah yang sangat penting untuk memikat perhatian penonton dari awal.
Jangan tebakar habis bukit geng. Standby pemadam api
Lokasi yang dipilih untuk penggambaran video muzik ini juga patut dipuji. Lebih menarik daripada latar belakang biasa seperti Gunung Kinabalu yang sering digunakan. Lokasi-lokasi yang dipilih dalam video ini memberikan nuansa yang segar dan sesuai dengan feel lagu. Ini membantu menambahkan dimensi yang lebih dalam kepada pengalaman penonton.
Tagal Ikan cara baru! Kasi happy dengan muzik
Teka note apa ini saya picit?
Pertukaran scene dalam video muzik ini diatur dengan bijak, mengikut rentak dan emosi lagu. Penonton dapat merasakan perubahan suasana dan pergerakan melalui setiap adegan yang dipaparkan. Penggunaan lowlight shots yang bersih dan jelas turut menambahkan kepada keindahan visual keseluruhan. Visual efek yang di gunakan pun tidak keterlaluan malah kasi kuat lagi tema lagu nya. Nice!
Official Video:
Ada juga beberapa pemerhatian saya yang peribadi lah. Macam lagi umph! ku rasa kalau dapat lihat lebih banyak gerakan dramatis daripada drummer semasa persembahan tom-tom dan crash. Gerakan besar dan kepala guyang gitu..Tambahan pula, saya macam tertunggu-tunggu untuk tengok lebih banyak super close ups untuk menghadirkan elemen intim yang lebih mendalam.
Ryan JayShotz baik orang nya.
Secara keseluruhan, saya sangat teruja dengan final resultnya. Video muzik ini betul-betul dapat menyampaikan mood yang diinginkan dan membuat saya teruja. Saya sampai melompat-lompat sambil duduk dalam kereta semasa menghantar anak-anak pigi sekolah. Tahniah kepada semua yang terlibat, terutama kepada Pengarah dan Videographer sekaligus, si Ryan JayShotz, yang telah memainkan peranan penting sebagai videografer serba boleh. Saya kenal bah dia tu! #doneclaim
Saya juga tidak sabar untuk melihat lagu ini dimainkan secara live oleh Tuni Sundatang. Semoga dorang terus berjaya dalam perjalanan muzik mereka.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.