Rasa Happy Garden
Oleh:
Ini hari, saya mau kongsi dengan kamu pasal kawan saya yang awesome, seorang pekebun / petani dari suku Rungus yang mengekalkan prinsip pertanian organik di Sabah. Kamu mungkin terfikir apa yang membuatkan kawan saya ini berbeza daripada pekebun yang lain? Well, jom saya kongsikan cerita menarik tentang Rasa Happy Garden milik. saudara Wine Bin Sita (Biasa saya panggil Wen saja).
Sebelum ini, Wen merupakan seorang pekerja dalam bidang industri pembinaan. Namun, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, dia telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan kepada pertanian organik. Dengan sokongan daripada isteri yang turut mahir dalam membuat kek, dorang telah berjaya membuka ladang comel dorang sendiri dan diberi nama Rasa Happy Garden.
Saya ada melawat ladang dorang dan apa yang saya tengok memang benar-benar menakjubkan. Selain daripada sayur-sayuran organik yang diusahakan, kawan saya juga menanam beberapa jenis tanaman seperti daun sup dan banyak lagi akan di tambah. Sekarang ni pun kawan saya sedang merancang untuk menanam lebih banyak lagi jenis tanaman pada masa akan datang, termasuk buah-buahan.
Selain itu, Wen turut memulakan penternakan ayam bagi memastikan bahawa mereka mempunyai sumber daging yang berkualiti tinggi dan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam makanan ayam. Bagi kawan saya ni, pertanian organik adalah sesuatu yang memerlukan usaha dan kesabaran. Walaupun terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi, namun kawan saya sentiasa bersemangat dan pantang menyerah punya.
[Gambar selebihnya di sini Facebook Page ]
Satu lagi perkara yang menarik pasal Rasa Happy Garden milik Wen ini adalah tentang namanya. Macam mana kawan saya dapat memilih nama yang unik ni? Nama Rasa Happy Garden tercipta semasa dia berfikir untuk menggambarkan perasaan yang dia dapat setiap kali melihat tanaman yang diusahakannya. Menurut kawan saya, dia berasa sangat bahagia dan gembira apabila melihat hasil usaha yang dihasilkan dari ladangnya. Mungkin setiap kali memetik hasil tanaman yang segar dari kebunnya, perasaan bahagia itu akan terus mekar dalam hatinya. (Ini saya buat-buat saja tapi kena cehck sama dia lah)
Akhir sekali, pekerjaan kawan saya Wen ini mungkin kelihatan seperti memenatkan dan sukar, tetapi ini merupakan profesion yang benar-benar memberi inspirasi. Kawan saya Wen sudah berjaya menunjukkan bahawa dengan memilih untuk melakukan apa yang kita sukai dan menjadikannya sebagai pekerjaan, kita akan sentiasa merasa bahagia dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan hidup ayng lebih bermakna. So, jangan lupa untuk melawat Rasa Happy Garden milik Wen bila kamu limpas area dia ya!
Call / Text sebelum singgah, mana tau dia tengah driving ka apa kah: 📞 +60 14-988 3635
Ini lokasi dia:
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.
Pingback: Ramadan Bersama Mu di Le Meridien Kota Kinabalu ini tahun – Orang Sabah
Pingback: Apa kaitan kawan saya, Ayam, foodpanda sama SugarBun? » Orang Sabah