Carlsberg Smooth Draught Kena Tatoo Oleh Ernesto Kalum dan Carlos Benny Majakil
..setiap pembelian sekurang-kurangnya RM200 menawarkan peluang untuk memenangi gadget-gadget yang cool termasuk iPad Air, iPhone and AirPods hingga akhir Jun
Oleh:
Seruan kepada semua peminat beer dan kolektor di Sabah dan Sarawak! Carlsberg Smooth Draught kembali dengan pembungkusan edisi khas untuk tahun ketiga berturut-turut, menampilkan reka bentuk tattoo tradisional dari enam ikon menakjubkan dari pulau-pulau Borneo. Seni kreatif ini adalah hasil kerjasama antara dua artis tatu yang femes, Ernesto Kalum dan Carlos Benny Majakil, yang telah menghasilkan reka bentuk yang memaparkan keunikan flora dan fauna Borneo dalam “aesthetics” tatu tradisional tapi kontemporari.
Tahun ini 2023, Carlsberg Smooth Draught mengambil langkah lebih jauh dengan menggabungkan seni gaya tattoo Borneo ke dalam enam reka bentuk tersebut. Pembungkusan ini menampilkan enam ikon Borneo, termasuk Burung Enggang, Rumah Panjang, Sape Sarawak, Rafflesia, Orangutan, dan Gunung Kinabalu yang kita sangat sayang dan banggkan di Sabah, dalam perpaduan seni tempatan dan beer! Reka bentuk edisi khas ini hanya untuk yang pengguna di Sabah dan Sarawak dalam tin 320ml dan botol 580ml.
Menang gajet
Enam reka bentuk ini akan diperkenalkan dalam tiga fasa melalui promosi pengguna, dengan setiap pembelian sekurang-kurangnya RM200 menawarkan peluang untuk memenangi gadget-gadget yang cool termasuk iPad Air, iPhone and AirPods hingga akhir Jun. Selain itu, kolektor boleh menebus t-shirt edisi khas Sabah dan Sarawak dengan dua reka bentuk koleksi.
Pengarah Pemasaran Carlsberg Malaysia, Olga Pulyaeva, bilang nya syarikat percaya bahawa perayaan selalu lebih baik dengan Carlsberg dan telah memberi penghormatan kepada orang, seni, dan perayaan Sabah dan Sarawak melalui pembungkusan edisi khasnya selama tiga tahun terakhir. Beliau menambah lagi bahawa usaha syarikat untuk mempromosikan “oleh penduduk tempatan untuk penduduk tempatan” tahun ini akan meningkatkan dan memperkukuhkan lagi perayaan Pesta Kaamatan / Hari Gawai di Sabah dan Sarawak.
Inspirasi
Kerjasama ini akan membuka pintu untuk lebih ramai orang di seluruh dunia untuk menghargai budaya seni tattoo Malaysia Timur, debilang si Carlos Benny Majakil. Ernesto Kalum, pula cakap dia dapat inspirasi untuk reka bentuknya dari alam, termasuk pokok-pokok, haiwan, dan hidupan di sekeliling kita. Cool gitu!
Jangan lepaskan peluang untuk dapat chance memiliki reka bentuk edisi terhad ini! Layari https://carlsbergsabahsarawak.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi di kedai, dan jangan lupa untuk mengikuti @CarlsbergMY di Facebook dan Instagram untuk aktiviti dan hadiah terbaru Carlsberg Smooth Draught. Tapi jangan lupa ya, ingatlah untuk merayakan pesta kita ini dengan penuh tanggungjawab dan jangan minum ketika memandu. Kalau minum ketika kana kasi pandu kira OK lah. ๐
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk ๐Free Quotation๐ ni hari.