Ke sini kau bah juga

Spirit of Sabah 2023: Ada Battle of the Bands!

Spirit of Sabah-Video Snap Shot

Seni

Spirit of Sabah 2023: Ada Battle of the Bands!

Spirit of Sabah 2023: Ada Battle of the Bands!

Salah satu slot paling dinantikan di Spirit of Sabah 2023 ialah persembahan “Battle of The Bands.” Pertandingan unik ini mengumpulkan band-band tempatan terbaik, yang kreatif – menggabungkan alat muzik tradisional ke dalam persembahan mereka.

Spirit of Sabah 2023: Membangkitkan Kebudayaan dan Kekayaan Seni Tempatan

Sabah, Malaysia – Pada suatu hari yang indah di Kota Kinabalu, saya telah menghadiri satu acara media yang sangat penting, Persidangan Media Spirit of Sabah 2023. Acara ini dianjurkan oleh Prominent Education & Skills serta HezMusic, dengan sokongan dari Arts for All Seasons (ArtsFAS), yang di Power kan oleh Yayasan Hasanah serta kerjasama dengan Kementerian Kewangan. Ini kira follow up / sambungan kepada konsert percuma yang awesome pada September 2022 tahun lalu. (Nah menyesal ko ndak pigi)

Spirit of Sabah - Hezron and Friends

Dulu-dulu masa kicil, dorang bilang cannot gambar bertiga.

Tahun ini, dengan tema #talentunited, Spirit of Sabah meneruskan misinya untuk menyatukan dan memberdayakan bakat tempatan, menonjolkan kekuatan dalam kepelbagaian dan semangat kerjasama. Acara Spirit of Sabah 2023 ini akan berlangsung selama dua hari, menawarkan pengalaman yang lebih mendalam dengan pelbagai aktiviti budaya, persembahan, dan pameran yang kamu harus datang dan lihat sendiri.

Spirit of Sabah - Hezron and More friends

The future is too bright. That’s why we need sun glasses.

Spirit of Sabah tetap komited untuk memperkayakan komuniti, memberikan peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk berkembang dan terus mekar macam bunga cantik gitu. Kamurang buli expect banyak benda dalam pelbagai bentuk kesenian, termasuk muzik, tarian, seni visual, dan banyak lagi tu… Acara ini akan terus menerus meraikan warisan budaya kita yang sangat lah kaya (as in diverse la bah) di Sabah.

Spirit of Sabah - Hezron

“Begini pusing dia kalau mau adjust level amp guitar”

Dengan sokongan dari Arts for All Seasons (ArtsFAS), yang dikuasakan oleh Yayasan Hasanah, bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Spirit of Sabah 2023 bertujuan untuk meningkatkan seni budaya di Sabah. Selain daripada hiburan semata-mata, Spirit of Sabah menyediakan platform untuk artis dan profesional industri untuk berhubung serta bekerjasama dan memperkayakan lagi landskap budaya Sabah. Bukan kah itu lebih bagus? Kan!

Spirit of Sabah - Sabah Maju Jaya

Barisan pelakon filem “Mana Hilang Selipar Ku Lepas Masuk Rmah Tempat Orang Kawin” yang bakal di tayang pada tiada masa nanti

Salah satu slot paling dinantikan di Spirit of Sabah 2023 ialah persembahan “Battle of The Bands.” Pertandingan unik ini mengumpulkan band-band tempatan terbaik, yang kreatif – menggabungkan alat muzik tradisional ke dalam persembahan mereka. Sepuluh band terpilih akan bertanding di pentas akhir pada 22 Oktober 2023, untuk peluang mengklaim gelaran Best of the Best dan mempersembahkan perpaduan bakat muzik moden dan tradisional dorang. Band yang menang akan dapat RM5,000. Tempat kedua RM2500 dan ketiga RM1500. Ngam belanja Mee Sup KB sana Donggongon lepas menang!

List 10 band ialah: (urutan nombor bukan menunjukkan kehebatan)

  1. A. FORCE BAND
  2. MANTRA MAGIC BUSKERS
  3. D’VIS BAND
  4. ATMA JENDERA
  5. SINDAKNAVAU
  6. RAPOT SANGGONG
  7. EX’WEFAREJEA
  8. TIME ATTACK
  9. IKIGAI CREW
  10. LAMPUNEON RHYTHM
Battle of The Band Finalists

10 Band Finalist yang akan berentap pada 22 Oktober nanti. Undi band kegemaran kamu untuk dorang menang kategori “Fans Choice Award” di FB Page Spirit of Sabah

Hezron Henrry, Pengarah Projek yang bertanggungjawab untuk kasi atur dengan penuh dedikasi “Battle of The Bands,” menyatakan ke excited’an dan kegembiraan nya. Beliau berkata, “Spirit of Sabah 2022 telah menunjukkan kepada kita bakat yang luar biasa dan kekayaan budaya Sabah. Pada tahun 2023, dengan tema kami #talentunited, kami memberi tumpuan kepada perpaduan dan kerjasama, yang menjadikan budaya dan seni kami benar-benar unik. ‘Battle of The Bands’ akan menjadi tambahan yang sangat menarik, memperlihatkan dedikasi kami untuk menggabungkan inovasi dengan tradisi.” Giteww…

Spirit of Sabah - Hezron and Friends lagi dan lagi

Saya mesti Selfie supaya Wife ada bukti saya tidak berfoya-foya semata-mata

FYI, Gambar-gambar selebihnya bulih tingu di sini

FAQ

P: Apa itu Spirit of Sabah?

J: Spirit of Sabah adalah acara tahunan yang bertujuan untuk merayakan bakat-bakat pelbagai dan warisan budaya Sabah, Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh Prominent Education & Skills dan HezMusic, dan ia berusaha untuk menyatukan bakat-bakat, memperkayakan komuniti, dan mempamerkan landskap seni dan budaya yang bertenaga di Sabah.

P: Siapakah yang ‘main support’ Spirit of Sabah 2023?

J: Spirit of Sabah 2023 mendapat sokongan dari Arts for All Seasons (ArtsFAS), yang dikuasakan oleh Yayasan Hasanah, bekerjasama dengan Kementerian Kewangan. ArtsFAS adalah program geran tahunan yang bertujuan untuk memelihara seni, warisan, dan budaya pelbagai Malaysia. Yayasan Hasanah adalah yayasan impak yang berfungsi di bawah Khazanah Nasional Berhad, dana kekayaan berdaulat Malaysia. Kami dari Orangsabah.com pun support bah. Tapi siring-siring lah (jenis yang kau nampak pigang banner masa orang lari marathon tu)

P: Apa yang kita buli expect daripada Spirit of Sabah 2023?

J: Spirit of Sabah 2023 akan menyediakan pengalaman yang kira mendalam juga lah selama dua hari dengan pelbagai aktiviti budaya, persembahan, dan pameran. Kamu boleh ecpect persembahan yang siok /menarik dalam pelbagai bentuk seni, lagi ada pertandingan “Battle of The Bands” yang unik, di mana band-band tempatan akan bersaing untuk gelaran terbaik dengan menggabungkan alat muzik tempatan lagi.

P: Bila dan apa lagi?

Jadi, jangan kau tidak datang singgah pada 21-22 Oktober 2023, di Dewan KDCA di Penampang, Sabah. Penyatuan bakat, memperkayakan komuniti, dan merayakan budaya yang indah di Sabah. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan media, sila hubungi:

011-5404 1301 Spirit of Sabah atau follow Facebook Spirit of Sabah sini

Datang beramai-ramai, bawa jiran, ex boyfriend / girlfriend sama bekas cikgu kamu!

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

1 Comment

1 Comments

  1. Pingback: Time Attack band manang Battle of the Bands, Spirit of Sabah 2023 » Orang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Seni


Advertisement

FEMES SINI


Balik