Ke sini kau bah juga

Apa kaitan kawan saya, Ayam, foodpanda sama SugarBun?

Spicy Lak Lak Chicken Ayam Lak Lak Pedas

Makan

Apa kaitan kawan saya, Ayam, foodpanda sama SugarBun?

Spicy Lak Lak Chicken - Ayam Lak Lak Pedas

Apa kaitan kawan saya, Ayam, foodpanda sama SugarBun?

Yang minggu lalu, saya di kejutkan dengan satu panggilan daripada seorang wanita yang berasal dari Kuala Lumpur. Dia cerita pasal ayam. Oh.. rupanya pasal makan ayam! Saya terlepas pandang pula e-mail dari foodpanda yang sudah dorang hantar awal lagi. Dorang ada buat contest pula tu untuk kasi promo SugarBun punya menu baru: Lak Lak nama dia “hidangan pedas yang pasti menambat selera” dia bilang.

Kay and Wine Orangsabah

Kaki ayam

Cabaran Ayam Lak Lak Pedas

Jadi pada 16 July 2023, Hari Minggu, team Orangsabah.com tampil menerima Cabaran Ayam Lak Lak Pedas (Spicy Lak Lak Chicken Challenge) di SugarBun Plaza Shell saaana KK lah. Kuda siurang ialah si Wine atau Wen  (panggilan mesra). Ngam-ngam dia ada bikin banyak running beberapa hari sebelum tu, jadi kita anggap dia punya aktiviti ini kali sebagai “refuel” balik lah. Lol!

Spicy Lak Lak Chicken Challenge public

Ingat senang ka makan pedas dan laju?

So cabaran yang kami kena jemput ni sebenarnya untuk pihak media lah. Yang open untuk orang ramai lain lagi. Media punya akan ada peluang menang Voucher foodpanda Rm500 untuk pemenang dan juga Rm300 yang hampir menang. Yang lain tu kenyang makan saja lah. Untuk yang orang ramai (awam) punya, hadiah dia Rm5000 cash dan Rm2000 cash. Not bad lah untuk sesi brunch hari minggu kan?

Spicy Lak Lak Chicken Challenge Media

Pihak media yang memikirkan masa depan mereka

Masa di beri ialah lapan minit. Kasi habis berapa banyak drumstick pedas Spicy Lak Lak Chicken dari SugarBun. memang semangat bah semua. Ada teknik laju, ada yang pakai teknik susun cantik-cantik, teknik minum air dan teknik santai. Pemenang orang awam ialah si brother Lai Kok Took, 40 tahun. Komen selepas menang dia:

“Saya telah mengambil bahagian dalam cabaran makanan selama lebih satu dekad dan ini adalah kali ketiga saya menyertai pertandingan makan ayam tahun ini. Saya akan menyambut kemenangan saya dengan sekeping kek bersama ibu malam ini dan ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada foodpanda dan SugarBun kerana menganjurkan pertandingan yang hebat ini!”

Saya rasa selain kek, mungkin dia akan beli handphone baru. Ha ha ndak bah.. so yang ketegori media pula kuda yang wakil OrangSabah.com tidak berjaya memenangi tempat pertama tapi.. kami memenangi hati para hadirin sebab kami mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat.

Spicy Lak Lak Chicken Challenge selesai

Muka ada senyum juga

Turut hadir memastikan yang semua pekerja datang kerja dan tidak main Tik-Tok semasa bertugas, ialah  foodpanda Malaysia Chief Executive Officer Sayantan Das dan juga Borneo Oil Berhad punya Managing Director Datuk Joseph Ambrose Lee, holding company untuk SugarBun fast food restaurant.

Spicy Lak Lak Chicken Challenge selesai juga

Tetap gembira walaupun bibir kebas

Thank you kepada foodpanda dan SugarBun KL, khususnya Devika Ishoney, dari foodpanda punya Public Relations kerana sudi menjemput kami yang memang lapar ini. Thank you for the goodie bags!

Spicy Lak Lak Chicken Challenge Lai bersama peminat

Lai bersama peminat nya

Lain kali, kita jumpa lagi! Gambar yang banyak boleh tengok di Facebook Album kami

Untuk mencuba Ayam Lak Lak dan penawaran menu SugarBun yang lain, pelanggan baharu boleh menikmati potongan 50% bagi pesanan SugarBun pertama mereka dengan nilai pesanan minimum RM20, dihadkan kepada RM10 dengan kod promosi NEWSUGAR, sementara stok masih ada.

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

1 Comment

1 Comments

  1. Pingback: Jingle All the Way to Luxury: Festive Celebrations at Le Meridien Kota Kinabalu » Orang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik