Ke sini kau bah juga

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX-2

Makan

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Jenama makanan ringan ikonik kini kembali ke Malaysia bersama pemegang francais baharu, AC Hesed Group

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 – Penggemar jamuan manis kini boleh bergembira! Cinnabon, jenama yang ikonik dengan roti gulung kayu manis dan juga minuman yang menyegarkan badan kini kembali ke Malaysia. Bermula dengan bakeri di The Exchange TRX di Kuala Lumpur, Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX

(From left to right) Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group, delivering her speech at the grand opening alongside Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International, and Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group.

“Tarikan Cinnabon adalah ‘cinta dan ajaib’“, kata Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group. “Kami teruja untuk berkongsi bersama rakyat Malaysia roti gulung kayu manis terbaik di dunia. Dibakar segar setiap hari, ianya digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang pasti memikat jiwa. Roti gulung kami sesuai untuk setiap waktu, ataupun pada ketika anda menginginkan sesuatu yang manis untuk mencuit hati.”

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX-2

Cinnabon’s delicious offerings include the Minibon in three flavours: Classic, Caramel Pecanbon, and Chocobon.

Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang eksklusif untuk Cinnabon. Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan setiap roti gulung kesedapan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk menangkap hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat, membenarkan setiap rakyat Malaysia mencari citarasa unik mereka sendiri.

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX-3

Cinnabon’s original-sized offerings are made with the exclusively-sourced Makara cinnamon for a perfect bite every time.

Di bakeri baharu ini, para tetamu boleh menikmati aroma roti gulung yang baru dibakar dan juga aroma Makara® Cinnamon, di samping juga hidangan lain yang menambat hati, termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls® yang terkenal di dunia, lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini hadir dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga rasa boleh dinikmati oleh pelanggan: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon. Bagi mereka yang rasa satu tidak mencukupi, mereka juga boleh membawa pulang CinnaPacks. Setiap CinnaPack didatangi sama ada dengan dua Cinnabon Classic ataupun Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak. 

Cinnabon Membuka Bakeri Baharu di The Exchange TRX-4

Noémi Chaw, Strategic Director of AC Hesed Group; Steven D. Yang, SVP and Managing Director APAC at Go To Foods International; Christina Chaw, Co-Founder of AC Hesed Group; Andy Chaw, Chairman of AC Hesed Group, posing with AC Hesed Group’s Cinnabon Team at the grand opening of Cinnabon’s new outlet at The Exchange TRX.

Mereka yang menginginkan kelainan boleh menjamah Roll-on-the-Go (yang diperbuat daripada bahagian tengah Cinnabon Classic) bersama dengan pelbagai minuman, termasuklah kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah ataupun minuman Chillattas®.

Sebagai sambutan pembukaan, Cinnabon Malaysia akan menawarkan tiga promosi eksklusif dari 6 sehingga 14 Jun 2024 yang memberi ganjaran kepada peminat-peminat Cinnabon untuk menikmati hidangan kegemaran mereka:

  • Menangi bekalan Cinnabon untuk setahun!
    Cinnabon akan menawarkan seorang pelanggan bertuah untuk memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon untuk setahun. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah bekalan Cinnabon untuk 6-bulan dan 3-bulan. Penyertaan adalah mudah – pelanggan hanya perlu membuat mana-mana pembelian di Cinnabon dari 6 sehingga 14 Jun 2024, imbas kod QR  untuk mengisi borang penyertaan, dan memuat-naik gambar resit mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak, dan akan diumumkan di laman-laman sosial Cinnabon Malaysia. 


  • Kembali untuk lebih banyak Cinnabon
    Dengan setiap pembelian sehingga 14 Jun 2024, pelanggan akan menerima sebuah baucar untuk menebus Classic Minibon secara percuma apabila mereka melawat Cinnabon sekali lagi.
  • Hadiah dengan setiap pembelian
    100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 sehingga 14 Jun 2024 akan menerima Classic Minibon secara percuma dengan setiap pembelian. Pelanggan-pelanggan seterusnya akan menerima sebuah pek pelekat terhad dan eksklusif yang menampilkan gambaran Cinnabon yang berbeza. Pek pelekat  ini telah direka-bentuk dengan seorang artis dari Asia Tenggara, yang menunjukkan dedikasi Cinnabon terhadap seni dan komuniti tempatan, dan dicipta untuk memupuk semangat kekitaan dan komuniti antara Cinnabon dan peminat mereka.

Lawati kedai baharu di The Exchange TRX semasa waktu operasinya dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, atau ketahui lebih lanjut di laman Instagram Cinnabon @cinnabon.my atau halaman Facebook mereka, Cinnabon Malaysia.

Akhir sekali, AC Hesed Group juga teruja untuk mengumumkan pembukaan cawangan kedua Cinnabon Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya pada hujung bulan ini.

Mengenai AC Hesed Group

Matlamat AC Hesed adalah untuk membawa masuk hidangan mewah dan lazat dari seluruh dunia ke Malaysia, merentasi Asia Tenggara, dan lebih jauh lagi. Dengan kehadirannya di Malaysia, Singapura, dan Indonesia, AC Hesed Group merupakan rumah kepada portfolio yang semakin berkembang bagi jenama-jenama makanan dan minuman antarabangsa yang diminati. Di Malaysia, portfolio jenama semasa termasuklah Cinnabon (USA); 108 Matcha Saro (Jepun); dan Ben’s Cookies (UK). 

Apabila hidangan-hidangan lazat ini dibawa ke dalam pasaran-pasaran baharu, AC Hesed Group berazam untuk memastikan bahawa semua produk mengekalkan kualiti, rasa, dan piawaian yang sama seperti di tempat asal mereka. Dengan kata lain, matlamat AC Hesed Group adalah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan merasai dan menikmati sensasi terbaik yang dunia luar tawarkan dari keselesaan rumah mereka. Untuk memastikan piawaian ini dipenuhi, AC Hesed Group mengimport semua bahan mentah utama dalam produk mereka secara langsung daripada sumber asal. Sebagai contoh, adunan Ben’s Cookies diimport terus dari United Kingdom, dan makanan serta hidangan pencuci mulut 108 Matcha Saro mengandungi Uji Matcha bertaraf ceremonial grade, diimport terus dari Kyoto, Jepun. Dengan keazaman dan komitmen yang tidak berbelah bagi, AC Hesed Group mahu memperluaskan kehadiran mereka kepada lebih daripada 100 cawangan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mengenai Cinnabon®

Cinnabon adalah peneraju pasaran bakeri roti gulung kayu manis. Jenama ini menyediakan roti gulung kayu manis yang segar, beraroma terus dari ketuhar, berserta pelbagai makanan yang dibakar dan minuman istimewa. Setakat 31 Disember 2023, Cinnabon mempunyai lebih 1,900 lokasi di seluruh dunia, terutamanya di lokasi-lokasi dengan trafik tinggi seperi pusat membeli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi, plaza perjalanan, pusat hiburan dan lokasi-lokasi tentera. Cinnabon juga adalah pemberi lesen pelbagai saluran, menumpukan untuk memacu pertumbuhan berbilang saluran yang melibatkan pengguna sama ada semasa dalam perjalanan, di kedai runcit, universiti, di rumah atau di pejabat. Sila lawati www.cinnabon.com untuk keterangan lebih lanjut mengenai Cinnabon.

Hidup untuk Makan adalah Falsafah Pegangan Saya, jadi kalau kau ada apa-apa makanan mau kasi saya cuba, jangan lupa kontek kami.. Saya cuma tulak batu,kayu, terung sama peria.. Instahgrem Page Saya

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik