Ke sini kau bah juga

Sajian Terbaru The Chicken Rice Shop: Ayam Mak-Mak Cili Api

The Chicken Rice Shop

Makan

Sajian Terbaru The Chicken Rice Shop: Ayam Mak-Mak Cili Api

Sajian Terbaru The Chicken Rice Shop: Ayam Mak-Mak Cili Api

Siapa tidak suka The Chicken Rice Shop! Jingle dia pun ko rasa lapar sudah. Menu baru Ramadan dan Hari Raya Ayam Mak-Mak Cili Api, woohoo!

Dalam menyambut Ramadan dan Syawal ini tahun, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu terbaru dorang yang pastinya akan menghangatkan lagi semangat juadah bagi semua. Dikenali sebagai Ayam Mak-Mak Cili Api, hidangan ini bukan saja sesuai untuk berbuka puasa tetapi juga memeriahkan suasana time bersama-sama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

The Chicken Rice Shop Mak-mak cili padi

Ayam Mak-Mak Cili Api (rasa nya cara sebut kena bunyi macam “Mok-Mok” gitew) menawarkan pengalaman kulinari yang unik dengan kombinasi ayam masak lemak cili api yang pekat dan pedas. Hidangan ini pasti menjadi pilihan utama untuk dinikmati semasa bulan Ramadan dan juga Hari Raya nanti.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, menggariskan pentingnya berkumpul bersama keluarga dan sahabat pada waktu-waktu istimewa seperti ini. Beliau berkata, “Kami sangat gembira dapat menyajikan hidangan lezat ini kepada pelanggan kami, mengingati akan kepentingan hubungan kasih sayang dan kebersamaan pada masa perayaan ini.”

Menu Ayam Mak-Mak Cili Api ditawarkan dalam tiga set berbeza, iaitu Set Ucu, Set Mak Ngah, dan Set Bonda, sesuai untuk semua keperluan dan selera. TCRS juga kasi sedia perkhidmatan tapau dan penghantaran untuk membolehkan pelanggan menikmati hidangan mereka di mana sahaja. Nice!

The Chicken Rice Shop Mak-mak cili padi sedap!

Jadi, jangan kamu baca saja dan kasi lepaskan peluang untuk mencuba Ayam Mak-Mak Cili Api yang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang memuaskan serta mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Untuk maklumat lanjut pasal ni menu lazat dorang ni, boleh lah ko layari laman web www.thechickenriceshop.com atau kunjungi halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

Semoga Ramadan dan Syawal kali ini diberkati dengan kegembiraan dan kenangan manis bersama TCRS! Kami sudah try, giliran mu pulak!

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk πŸ‘‰Free QuotationπŸ‘ˆ ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik