Nando’s Di Suria Sabah Dan Menu Baharu
Oleh:
Pelancaran Menu Baharu Nando’s
Nando’s, memang tidak perlu introduction punya lah. Rasa nya kalau ko sebut Nandos depan orang, otomatik telan air liur sikit tu sebab dia akan teringat tu Peri-Peri Chicken nya yang sedap. Restoran femes ini baru saja memperkenalkan menu baharu yang menjanjikan selera dan tahap godaan yang tinggi dengan flavor yang mantap pada harga yang berpatutan. Pelancaran nya telah dibuat di Suria Sabah, di mana dorang satu kali mempamerkan design dan rupa restoran yang diperbaharui dan juga pelbagai hidangan baharu yang kompom memenuhi citarasa penggemar makanan yang sentiasa busy dan perlu something yang cepat, tepat dan sedap.
Yes to PERi-PERi
Tumpuan utama dalam menu baharu ini kali adalah flavor-packed bowls and wings. PERi-honey Chicken Thigh Bowl disajikan dengan paha ayam yang juicy dan diperap dalam rasa baharu PERi-Honey Yuzu, memberikan kamu pengalaman hidangan yang lengkap pada harga mampu milik RM20.90. Ngam untuk yang mau cari santapan yang lengkap dalam satu bowl. Dapat 2 side dishes dalam satu bowl bah!
PERi-Mac & Cheese
Ini pula untuk yang minat pedas tapi juga mau ada rasa cheese-cheese gitu. PERi-Mac & Cheese menggabungkan makaroni berkrim dengan Serpihan & Keropok Keju PERi-PERi. Creamy dan ada pedas-pedas dan kruk-kruk lagi! Mimang kick! Bayar saja kau RM17.90.
Maximum Happy Punya
PERI-crackle Pulled Chicken Rice. Kau sebut saja pun lapar sudah dan boleh bayangkan dia punya keenakan! Di adun dengan chili oil, cebisan ayam beraroma dan sedap, Spicy Rice, nasi yang di masak special dan kena tambah lagi tu PERI-crackle. Kruk-kruk lagi ni kali. Fuh… kepuasan maksima dan harga pun OK. RM17.90 juga saja. Ini ngam makan anytime punya. Masa dating pertama kali pun ngam.
Yang Penting Chicken Wings
Nando’s juga memperkenalkan lagi pilihan sayap ayamnya dengan **PERi-honey Yuzu Wings** dan **PERi-crackle Wings**, ngam untuk dikongsi bersama teman kah jiran kah, atau sebagai snek lah. Tambahan baharu ini berharga RM15.90 untuk 4 piece dan RM21.90 untuk 6 piece. Ini mesti try. Fevret kami ni. Penuh rasa dan character.
Pemanis Portugis
Untuk memaniskan lagi pengalaman, Nando’s memperkenalkan **Bolos & Bolas**, duo pencuci mulut Portugis yang menampilkan Bolos de Arroz dan Bolas de Berlim, dengan harga RM9.90 satu set. Pencuci mulut ini memberikan penutup yang indah kepada hidangan PERi-PERi Nando’s tadi. Akan muncul hujung bulan May, 2024.
Harga yang OK
Dengan kebanyakan item di sekitar RM20, menu baharu Nando’s sememangnya direka untuk mereka yang mencari hidangan cepat dan berkhasiat dan yang sesuai dengan peminat makanan dengan fokus lada / chili pada masa yang sama tidak membebankan kewangan. Tawaran baharu ini boleh kamu try di semua cawangan Nando’s. Semua di jemput hadir! Tiada cash pun tidak apa. Boleh pakai Debit Kad atau Kredit Kad 😉
Untuk dapat latest update atau promo, follow jak perkembangan terkini Nando’s Malaysia di Instagram @nandosmy dan Facebook @nandosmy juga.
Follow kami di Facebook @diaorangsabah juga untuk pelengkap hidup kamu.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.