Pada suatu hari yang indah ntah bila tu, saya sedang duduk di tangga rumah dan tiba-tiba terlintas satu pemikiran dalam kepala saya – kenapa saya tidak boleh berhenti makan kerepek pisang ah? Seolah-olah kerepek pisang itu adalah magnet yang menarik saya tanpa berhenti bah. Tiap kali saya berjalan limpas dapur, mata saya selalu tertuju sama tu kerepek pisang yang kena taruh atas meja.
Awalnya, saya cuba memberi alasan kepada diri sendiri yang saya cuma mau try sekadar satu keping. Tetapi, selepas rasa garing dan manis kerepek pisang itu menyentuh lidah dan gigitan saya, terus rasa seperti terjebak dalam satu lingkaran kebahagiaan yang tidak mampu saya tinggalkan.

Semakin lama masa berlalu, kekerapan saya makan kerepek pisang makin menjadi-jadi. Saya makan time bosan, saya makan time menonton televisyen, dan saya juga makan ketika tidak tau mau buat apa. Kerepek pisang macam menjadi sahabat karib saya.
Ada satu hari ni, kawan-kawan saya mula menggelar saya “Raja Kerepek Pisang” kerana ketagihan saya yang melampau. Saya mulai sedar bahawa perkara ini perlu diatasi! Saya mencuba pelbagai cara untuk menghentikan kebiasaan makan kerepek pisang ni, jadi saya try lah sukan olahraga, membaca buku, dan mencuba resipi Bintanok Jagung untuk kasi hilang pikiran saya pasal Kerepek Pisang. Tetapi usaha saya selalu gagal, sebab bila saja saya selesai buat perkara baru, saya celebrate pula makan Kerepek Pisang. Segala daya usaha saya musnah terus..!

Hingga lah suatu hari, saya terjumpa Kerepek Pisang jenama Banana Cha-Cha dari Chipsmu. Setelah mencuba satu keping, saya terus macam terpaku di tempat saya bediri. Rasanya begitu unik dan lazat, macam tiada tandingannya oh! Kerepek pisang ni bukan sekadar garing, tetapi juga mempunyai kombinasi rasa manis yang ngam betul, sama rasa yang kamu saja akan paham bila try.
Maka saat itu juga, saya faham sudah kenapa saya tidak boleh berhenti makan kerepek pisang. Sebenarnya, saya belum mencuba kerepek pisang yang betul-betul sedap. Banana Cha-Cha dari Chipsmu bukan saja menghentikan hasrat saya untuk berhenti makan kerepek pisang, malah ini barang membuatkan saya ketagih pada satu tahap yang baru! Adoiii..

Jadi, sekarang ni, saya sudah redha dengan keadaan saya yang sentiasa gila dengan kerepek pisang. Setiap kali terasa mau makan melanda, saya hanya capai paket Banana Cha-Cha dari Chipsmu dan hidup saya menjadi lebih ceria. Mungkin ketagihan saya pada kerepek pisang adalah sesuatu yang baik. Terutamanya bila bahan ketagih saya datang dalam bentuk Banana Cha-Cha yang luar biasa sedap nya!
Kalau kamu tidak percaya saya, cuba order satu di Shopee atau direct Whatsapp dorang. Boleh tinjau Webpage nya juga. Bah, makan kerepek dulu.