Yang hari Sabtu 2, Dec 2023 sempat lah saya join press conference untuk Borneo Rock Festival 2023. Dorang buat sana One Borneo Mall. Sememangnya hadirin yang datang memang peminat rock legends kita Amy (search), Awie (Wings) dan Emmett Butterfingers yang datang hadir untuk sesi bersama medi dan orang ramai masa itu.
Apekebende dorang buat kat tepi stage tu..
Borneo Rock Festival 2023, yang akan berlangsung pada 30 Disember 2023 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, adalah lebih daripada sekadar festival muzik. Dengan tema Budaya Popular Dan Kontemporari, festival ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang tidak ko akan dapat di tempat lain.
Penganjur, Imika_culture, berharap bahawa festival ini bukan hanya akan menjadi medan hiburan, tetapi juga akan meninggalkan impak dan momen yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung. Dorang berhasrat untuk menjadikan Borneo Rock Festival 2023 sebagai benchmark atau terjemahan Bahasa Melayu nya “tanda aras” bagi penganjuran festival yang bukan hanya menawarkan hiburan, tetapi juga memberikan pengetahuan tentang seni dan budaya masyarakat setempat.
Emmett Butterfingers bertanya mana arah Pekan Donggongon, Penampang
Festival ini akan menampilkan 30 band terkenal (ya betul.. 30!), termasuk Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, dan Butterfingers. Selain itu, festival ini juga akan menampilkan band lokal dan komuniti seni serta budaya. Ini adalah sebahagian daripada usaha penganjur untuk mengangkat budaya unik Sabah yang mungkin kurang mendapat perhatian sebelum ini. (Good effort!)
Tetapi itu bukan sahaja yang ditawarkan oleh Borneo Rock Festival 2023. Pengunjung juga akan diberikan peluang untuk menikmati pelbagai benda best yang lain seperti pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak, dan menikmati kraf tempatan. Ini adalah sebahagian daripada usaha penganjur untuk memastikan bahawa festival ini bukan hanya tentang hiburan, tetapi juga tentang pengalaman dan pembelajaran.
Nda pecaya mamaku aku di sini, nah meninguk kamu Live
Sooo, kalau kamu ngam-ngam berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember 2023, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Borneo Rock Festival 2023 dengan membeli tiket nya sekarang. Memang ramai ni peminat Emmett Butterfingers macam juga wife saya.. ha ha!
Tujuan: Kasi jealous wife ku sebab dia peminat
Ini bukan hanya peluang untuk menikmati muzik hebat dan mantap, tetapi juga peluang untuk menghayati dan mengalami budaya setempat khusus di Sabah ini.
Bikin ketawa pula joke-joke orang Sabah ni!
Location : Stadium Likas, Kota Kinabalu Date : 30th December 2023 Time : 11.00am – 12.00am (31st December 2023)
HARGA TIKET :
GENERAL (Zone B and Zone D – FREE SEATING)
Early Bird RM79 | Normal Price RM99
(Exclusive Sticker & One Lucky Draw)
ROCKZONE (FREE STANDING)
Early Bird RM99 | Normal Price RM129
(Exclusive Sticker & One Lucky Draw)
GRANDSTAND (Zone A – FREE SEATING)
Normal Price RM300
(Official merchandise, goodie bag, lucky draw)
All ticket price are excluding processing fee and ticketing charges.
Debit & Credit Card payment is subject to 3% on total ticket price.
FPX payment is subject to RM5.00 per-transaction.
>> BELI DI SINIÂ <<
Pingback: Konsert Sifu Dan Aku, Gandingan Dato’ M Nasir & Dato’ Hattan » Orang Sabah