Dua ikon muzik terkenal Malaysia, Dato’ M Nasir dan Dato’ Hattan, akan menyajikan satu persembahan unik yang akan mengegarkan Sabah dalam Konsert Sifu Dan Aku di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari 2024.

Sabar peminat!
Titik Pertemuan
Konsert ini menjadi titik pertemuan pertama antara guru dan murid yang telah mencapai kejayaan dalam seni suara selama lebih 38 tahun. Dato’ M Nasir, yang dikenali sebagai Sifu, merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, dan penerbit yang telah menghasilkan karya-karya ikonik dalam dunia muzik Nusantara.
Sementara itu, Dato’ Hattan, yang dianggap sebagai murid beliau, merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu yang masih kekal popular hingga kini.
Dato’ M Nasir menyatakan bahawa Konsert Sifu Dan Aku ini merupakan satu cabaran yang dihadapi bersama dengan Dato’ Hattan.

Kat mane tempat makan lokan bakar sodap kat sini?
Cabaran dia bilang
“Saya melihat persembahan ini sebagai satu cabaran, mengingat hubungan saya dan Dato’ Hattan yang sudah berlangsung lama. Dia telah menunjukkan bakatnya setelah menyanyikan lagu-lagu saya, dan boleh dikatakan, menjadi seorang ‘anak buah’ dalam dunia rakaman,” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa keunikan konsert ini terletak pada gandingan mereka berdua di atas satu pentas dan persembahan berskala besar.

Santai..
Ini kalilah Sabah!
“Setelah sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami bersama-sama di atas satu pentas yang akan memperlihatkan kepada penonton kombinasi unik kami. Saya yakin peminat di Sabah sedang menantikan konsert ini,” tambah Dato’ M Nasir.
Dato’ Hattan pula berkata, konsert ini adalah satu perjalanan dari awal karier sehingga ke titik ini.
“Sejak awal belajar dengan Dato’ Nasir, mempelajari proses penghasilan lagu, menyanyi, dan segalanya sejak zaman dahulu. Jadi, konsert ini merupakan puncak dari perjalanan pembelajaran saya bersama beliau.”

Sape kalah belanja lokan bakar ye.
Memori Indah
“Saya ingin kongsikan konsert ini sebagai memori indah untuk karier seni saya, kerana kami akan berada di atas satu pentas dalam satu konsert yang dikhususkan untuk Sifu Dan Aku. Pada malam itu, kami akan menyampaikan semua lagu hit kami. Ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Rugi jika tidak hadir kerana kisah ini adalah kisah saya dan M Nasir, bagaimana saya mengenali beliau hingga hari ini,” ujar Dato’ Hattan.
Kedua-dua seniman ini akan membawakan persembahan yang menyentuh jiwa dengan lagu-lagu bersejarah dan bermakna. Konsert Sifu Dan Aku bukan sahaja menampilkan bakat dua seniman ini tetapi juga mendedahkan hubungan erat dan harmonis antara guru dan murid yang saling menghormati dan menghargai.
Sabahans di hargai bah
Inisiatif Konsert Sifu Dan Aku ini juga merupakan penghargaan kepada peminat di Sabah yang jarang mendapat peluang menyaksikan persembahan dua legenda ini secara langsung.
Konsert ini dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group. Era Sabah adalah stesen radio rasmi konsert ini.

Maklumat Tiketnya
Borneo Excursions, sebagai agensi pelancongan rasmi, menawarkan tiket konsert, pakej pelancongan, pengangkutan, dan penginapan dengan harga yang menarik. Anda boleh mendapatkan tiket konsert di https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/ pada harga RM988 (VIP- tempat duduk bernombor), RM488 (tempat duduk bebas), RM388 (tempat duduk bebas), RM288 (tempat duduk bebas), dan RM188 (tempat duduk bebas).