Ke sini kau bah juga

PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0

Lifestyle

PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0

PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0

Bah mari experience event ini di PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0

Adakah kau bersedia untuk menyaksikan semangat keusahawanan yang padu di Kota Kinabalu? Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl mengalu-alukan kamurang semua di PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0  yang dinantikan ramai. Acara ini bukan sekadar satu lagi marketplace biasa; actually ini merupakan celebration untuk pemberdayaan wanita, kreativiti, dan komuniti.

Kenapa Mesti Datang:

PearlEmpower lebih daripada sekadar marketplace biasa. Ia sebuah gerakan. Dengan kehadiran kamu semua, secara langsung dan tidak langsung ko akan menyokong lebih daripada 50 perniagaan yang dikendalikan oleh wanita, setiap satu dengan cerita unik dan produk yang mencerminkan inovasi dan ketabahan wanita di Kota Kinabalu terchenta. Dari barang kraf tangan kepada makanan tempatan istimewa, setiap pembelian menyokong impian usahawan wanita dan memperkukuh ekonomi tempatan.

Lokasi? Baca ya..:

Kau kasi set Google map ke Wisma Merdeka, di pusat membeli-belah Kota Kinabalu. Lokasi ikonik ini akan berubah menjadi pusat keceriaan, penuh warna, dan inspirasi pada Sabtu dan Ahad, 11 dan 12 Mei 2024.

Apa yang Boleh Kamurang Jangkakan:

Ready-ready lah untuk terpesona dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga wanita berbakat kita. Nikmati tawaran istimewa untuk Hari Ibu yang sempurna untuk memanjakan wanita istimewa dalam hidup anda. Cuba nasib anda di cabutan bertuah dengan setiap pembelian RM100, dan jangan lepaskan peluang untuk merakam kenangan di gerai foto Hari Ibu dan zon video 360 yang saya tau kau dari dulu lagi mau try.

Bila Acara Ini Berlangsung:

Tarikh nya… pada hujung minggu 11 dan 12 Mei, dari 10 pagi hingga 6 petang. Sambutan akan bermula dengan upacara pembukaan yang dihadiri oleh YABhg Datin Seri Panglima Datuk Hajjah Juliah Salag, isteri Ketua Menteri, pada hari Sabtu jam 11 pagi.

 

Jadi mari lah pigi beramai-ramai ke PearlEmpower: Grow & Glow Market 2.0 untuk shopping-shopping, tengok-tengok, sokong-sokong, gambar-gambar dan selfie-selfie nanti. Mari lah bah bersama-sama menyokong impian dan aspirasi usahawan wanita di komuniti kita ni. Jumpa di sana!

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Lifestyle


Advertisement

FEMES SINI


Balik