Ke sini kau bah juga

Aldamasqy Arabic Restaurant bukan cincai

Makan

Aldamasqy Arabic Restaurant bukan cincai

Aldamasqy Arabic Restaurant bukan cincai

Kalau ada Humus di ladang, harus lah aku turun padang

Kalau di Sabah, KK ni macam susah sikit mau cari makanan Arab. Bukan something yang kau akan jumpa dengan senang lenang masa kau mau pigi beli Vape mu sana Plaza 333 atau time cari ikan koruk di tamu Donggongon. Tapi ada juga lah beberapa kalau ko cari di Google. Tapi apa yang saya belajar lepas try-try makanan Arabic ni, kalau tukang masak dia sendiri memang Arabian dan dia pun sendiri makan makanan dia, buli kita cakap rasa makanan dia akan pasti sekurang-kurang nya ‘authentic’ dan mencapai tahap meyakinkan.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Siurang sama beberapa geng kuat makan pada tahun lalu..(ya saya tau lambat ni post, banyak alasan ku tapi nanti lah tu) ada lah try sini Aldamasqy Arabic Restaurant. Mula-mula saya punya pikiran, ini mesti local owner yang pernah pigi sana belajar dan mendapat ilham dan belajar sikit-sikit lepas tu buka restoran Arabic sebab dia rindu makanan sana. Itu retorik yang saya gambarkan lah.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Olive Oil itu harus

Bila sampai sana rupanya memang original Sabahan Arabian. Nama dia Chef Mohamed Nabih. Actually dia sampai Sabah beberapa tahun yang lalu sebab study. Bah ko tau lah local cewek kita pun mimang tiada tandingan, so dia pun kawin lah sama orang tempatan. Maka lahir lah Aldamasqy Arabic Restaurant.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Humus is Life

Saya bukan juga telampau familiar sama Arabic dishes ni. Paling senang mau pikir Mandi Chicken… Humus.. ha ha. Tapi ini kali, ada chance duduk dan tanya, banyak sikit sudah lah pengetahuan kita.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Gerammm..[gigit bibir]

Aldamasqy Arabic Restaurant punya menu memang banyak pilihan. Kalau try semua mungkin 3 hari juga baru dapat siap. tapi yang favorite siurang adalah tu Kunafah, Roasted Chicken Rice, Baba Ghanouge dan tu Hummus. Dorang punya bahan-bahan pun mostly imported supaya boleh dapat rasa authentic.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Bukan beras kampung

Kedai Arabic mana buli kalau tiada Shisha kan? Lepas makan, ber-shisha sambil minum Beer nya. Pergh! Siuk bah. Tapi yang suka Beer alkoholik tu jangan telampau inggi harapan la. Ini Non-alcoholic beer. Jenama Barbican. Mimang dorang punya regular minuman kalau di negara asal. Actually sodap oh! Carbonated rasa sensasi zesty almost macam between Zapple campur 7Up. Ndak pasti orang lain la apa dorang rasa. Oren kali.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Lapar sudah ka?

Try lah kamu kalau ada masa dan lepas gajian. Layanan dorang memang macam kalau kau kena jemput masuk ke rumah punya. sangat suka dia punya hospitality. Macam ipar atau family gathering rasanya.

Kalau ada Humus di ladang, harus lah aku turun padang

Kalau ada Humus di ladang, harus lah aku turun padang

Kedai tidak terlalu fancy tapi kau akan tau kenapa sebab dia fokus kepada kualiti makanan instead of kasi hias-hias kedai. Memang berbaloi dan bermutu hasil masakan dorang ni. Authentic. Tau sudah mana mau pigi kalau di KK untuk makanan Arabic ni.

Aldamasqy Arabic Restaurant

Teknik kempis perut lepas makan boleh PM saya

Cepat kau pigi!

Address: D23A-G, Jalan Cyber Perdana 1, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Cyber Perdana Commercial Center, Donggongon, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Phone: 018-964 1665

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik