Ke sini kau bah juga

Nyalaan Lampu Krismas, Carolling dan test Makanan Le Meridien Christmas Buffet

Orang Sabah Blog Featured Image

Makan

Nyalaan Lampu Krismas, Carolling dan test Makanan Le Meridien Christmas Buffet

Nyalaan Lampu Krismas, Carolling dan test Makanan Le Meridien Christmas Buffet

Sempena bulan Krismas ini, Le Meridien kasi lancarkan dia punya penyalaan lampu Krismas nya! Sejurus itu preview Christmas Buffet nya pun di coba dan disaksikan oleh beberapa jemputan media, influencers, bloggers dan yang sewaktu dengan nya.

Le Meridien Kota Kinabalu carols

Acara paling awal haruslah ada nyanyi-nyanyi. Persembahan caroling oleh Seventh Day Adventist Church Likas Youth Choir Group sangat siuk. Macam rasa mau duduk depan fireplace sambil pakai sweater dan minum hot chocolate gitu.

Le Meridien Kota Kinabalu Jeremy Kabinchong

Host kami pada malam itu tidak lain tidak bukan Tuan Jeremy Kabinchong, Marketing Communication Manager untuk Le Meridien Kota Kinabalu. (Saya dingar dia masih single) Anyways…

Le Meridien Kota Kinabalu GM

Lepas lampu di nyalakan secara rasmi oleh Mr. Suresh Ramasamy, General Manager bersama wakil owner Ms Keyna Fung, jemputan bertepuk tangan gembira sebab lampu cantik dan juga menandakan masa untuk makan 😛

Le Meridien Kota Kinabalu Christmas Tree 2022

Oh ya hampir lupa sebelum cakap pasal makanan, pokok Krismas ya setinggi 11 kaki atau pun 335.28cm kalau kau suka convert. Special ni pokok Krismas nya sebab diperbuat daripada kayu recycled dan botol recycle juga dipakai untuk ornaments nya. Cool oh! Lagi special ialah ada “Christmas Wish Project”. Apa tu?

Le Meridien Kota Kinabalu Christmas Wish

Christmas Wish Project ni ialah impian atau ‘Wish List’ residen di Bukit Harapan Charity Home – sebuah tempat untuk saudara dan saudari kita yang memerlukan bantuan khas. Daripada ko beli barang online yang akhirnya ko ndak pakai dan simpan bertahun sampai buruk, apa kata ambil salah satu kad yang ada di pokok Krismas tu, beli apa item yang dorang amat impikan tu, lepas tu nanti kasi pass sama Front Desk hotel dan bilang ko mau buat baik ini tahun. Sedikit pemberian kecil tapi akan membawa makna yang besar kepada mereka di Bukit Harapan Charity Home.

Le Meridien Kota Kinabalu Chef Gary

OK so makan.

Le Meridien Kota Kinabalu whole lamb

Actually pilihan telampau banyak dan semua mimang bikin gerigitan. Tidak juga kami dapat try semua sebab perut hanya satu. Ada beberapa yang kami try so ada few favorite lah. Antaranya Chef Gary punya signature Dish. Kava Papar yo! Pergh! Oxtail Soup nya pun bikin lupa daratan kalau kau tidak kontrol. Jangan lupa juga Roasted Whole Lamb dorang, sama Roast Turkey (harus lah Krismas kan). Salmon Wellington nya pun unik. First time saya try. Besa Beef Wellington saja pernah ku experience.

Le Meridien Kota Kinabalu seafood

Yang peminat manis-manis pun tidak akan kecewa. Pilihan dessert nya pun banyak.

Le Meridien Kota Kinabalu cakes

Kalau yang suka manis/ asam pun ada.. manis-manis..manis ada, manis sejuk pun ada dan manis suam juga. Manis pait saja tiada. Pop-corn nya pun menjadi hit di dalam meja kami. Sampai macam mau berebut tapi nasip pandai control tingkah laku juga. Macam perfect dia punya rasa. Tidak ter over manis gitu. Kalau lah semua panggung wayang ada rasa pop-corn begitu, pasti lebih menarik.

Le Meridien Kota Kinabalu cakes

Untuk gambar-gambar yang lain nya, bulih la pigi sini post Orang Sabah di Facebook. Tidak muat bah semua letak di sini. Lagipun bikin lapar kalau upload satu-satu.

Ini info semasa untuk buffet Krismas:

📅 Bila? 24 & 25 Dec 2022

💲 Harga? Rm148 nett Dewasa Rm68 nett Kanak-Kanak

Ada lagi.

Kalau kamu prefer yang buffet New Year Eve punya, ini info semasa:

📅 Bila? 31 Dec 2022

💲 Harga? Rm168 nett Dewasa Rm78 nett Kanak-Kanak

Tapi…kalau beli awal sebelum 20 December 2022 bufffet Krismas dapat beli pada harga Rm128 nett dan Rm138 nett untuk buffet New Year Eve punya. Ada lagi! Kalau kamu adalah member Club Marriot special price Rm118 nett untuk yang buffet Krismas dan Rm128 nett untuk yang New Year Eve punya. Untung lah.

Untuk pertanyaan lanjut tentang semua apa yang kamu baca di sini, paling bagus contact dorang di sini: 088 322 238 / 088 322 227 / 019 897 2258 atau kalau kau suka emel-emel orang, send sini email: [email protected]

 

 

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik