Ke sini kau bah juga

Warna Warni Lampoopalooza

Sherylilie_lampu_cantik

Jalan

Warna Warni Lampoopalooza

Pernah kah kamu  dingar perkataan Lampoopalooza? Terbelit lidah kamu menyebut ka? haha. Kamu klik ni link lagu Lampoopalooza untuk belajar macam mana mau sebut tu perkataan. Sekejap saja terus melakat tu lagu di kepala kamu tu. haha

APA TU LAMPOOPALOOZA?

Sudah kamu belajar menyebut perkataan Lampoopalooza,sekarang kita belajar apa itu Lampoopalooza pula (sebenarnya saya pun baru belajar ni benda!).

Lampoopalooza sebenarnya adalah satu acara penghargaan sempena ulang tahun ke 100 tahun bangunan Sabah Tourism Board(STB), seterusnya mempromosikan Jalan Gaya sebagai salah satu tempat perlancongan di Sabah.

Selalu kamu nampak bangunan Sabah Tourism Board(STB) di Gaya Street tu putih ja kan, tapi sempena sambutan malam tu bukan saja bangunan STB, tapi jalan-jalan dia pun berwarna warni dan berlampu-lampu. Jadi kamu faham sudah kenapa nama dia Lampoopalooza kan?(hint: lampu) hehe.

 

LAMPOOPALOOZA 5 APRIL 2019

Masa saya sampai ini jam 6 pm, ramai sudah orang berkumpul walaupun upacara perasmian mula jam 7pm. Durang kesiukan dengar tu live band dorang sana. siuk-siuk gia lagu dorang.

liveband!

menyempatlah bergambar dengan banner lampoopalooza sebelum ramai orang menyerbu

Bukan Liveband saja sebenarnya yang menarik perhatian orang ramai, itu section foodtruck pun buli tahan ramai orang. Oleh sebab kami ni kuat makan, jadi kami pun tidak mau melepaskan peluang try makanan foodtruck diurang.

seksyen Foodtruck penuh sudah awal-awal!

Macam-macam makanan ada di kawasan foodtruck ni. Truck dorang pun kiut-kitu baa.

 

ACARA PERASMIAN LAMPOOPALOOZA

Tepat jam 7 malam, kita punya perasmi majlis iaitu Menteri Pelancongan Sabah yang baru,Datuk Christina Liew tiba di STB.

 

Ketibaan Datuk Christina Liew

Datuk turut turut disambut dengan lampu-lampuan gitu. Bertemakan lampoopaloozaaaa betul! Tapi yang menarik perhatian semua orang malam itu ialah persembahan pembuka dorang ialah tarian lampu-lampu. amazed!

 

Tidak terkelip-kelip bah mata tingu.

Dalam ucapan perasmian Datuk Christina Liew,beliau ada menyebut bahawa Kementerian Perlancongan Sabah sekarang ini sedang giat membangunkan  seni tradisional dan juga seni moden di Sabah supaya kita boleh bersaing bersama destinasi-destina perlancongan yang bertaraf antarabangsa! naah, jom rajin rajin kita ikut program dorang lain kali. siapa lagi mau support dorang ni kalau bukan kita kan? Kita-kita juga baini!

Sebenarnya bukan kita-kita saja yang join memeriahkan majlis pada malam itu. Ada beberapa wakil dari India turut sama turun padang.

Wakil dari India bagi cenderakenangan kepada Datuk Christina Liew sebaik sahaja ucapan perasmian beliau habis

Selepas perasmian ada acara  Lampoo Projection oleh STB yang ditayangkan menggunakan bangunan STB sebagai skrin yang cantik betul. Saya ada rakam ..mari tinguk:

Sejujurnya saya tidak tau ni STB sudah 100 tahun kalau bukan sebab ada event begini

 

sesi bergambar

round about depan STC pun berwarna warni tu malam

terlampau banyak media yang hadir , saya tidak mampu berebut maka, ini ja la saya mampu gambar dari pisuk-pisuk.

gambar yang saya sempat snap sebelum…..

tempat tersebut dibanjiri manusia. hehe

Sebenarnya ada konsert lagi sampai jam 11 malam selepas upacara perasmian tapi oleh sebab terlalu ramai orang serbu tu tempat sudah jadi kami proceed pigi tempat favourite kami iaitu Foodtruck!

makannnn

CHIAYOK-CHIAYOK STB!

Rasa siuk pula ada program begini kan. Sejujurnya saya tidak tau ni STB sudah 100 tahun kalau bukan sebab ada event begini. Selain dapat mempormosikan perlancongan, acara-acara begini ni mampu memberikan sedikit pengetahuan kepada rakyat-rakyat di Sabah yang kurang membaca sejarah macam saya. hihihi.  Diharap Sabah Tourism Board dapat buat lagi banyak event yang siuk-siuk begini di masa akan datang. 🙂 Chiayok-chiayok kamurang di STB!

 

Bah jadi mari rajin-rajin melawat website Sabah Tourism untuk dapat info aktiviti bulanan dorang di sini–> website Sabah tourism

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Saya tidak sumbung bah. Mungkin cuaca tidak baik itu musim

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Jalan


Advertisement

FEMES SINI


Balik