Gempa bumi yang berlaku di Sabah masa hari Jumaat pagi 5 – 6 – 2015, laporan rasmi dia bilang 18 nyawa yang terkorban dan kebanyakan dia ialah warga Singapura seramai 9 orang, Malaysia 6, China 1, Jipun 1 sama Philippines 1. Liz Kumar yang berasal dari KK (orang All Saints) sama-sama dengan beberapa rakan dia yang kasi anjur ini acara yang simple tapi penuh bermakna. Lebih kurang 70 orang join candle light vigil siurang ni. Selain bejumpa balik kawan-kawan lama dan menghasilkan persahabatan baru, kami juga nyanyi lagu ‘Sayang Kinabalu’. Feeling dia memang lain bila suasana begini. Lagu Sayang Kinabalu rasa lebih bermakna dan lebih simbolik kalau banding sama dulu. Suasana tidak lah suram, tapi lebih kepada positif. Masa tu habuk banyak juga masuk mata saya.
Perjumpaan di Petaling Jaya State ini berjaya kasi kumpul juga dana untuk Mt Kinabalu Mountain Guides Association sebanyak RM 3150 masa tu dan kami difahamkan oleh si Liz, masih lagi ada tambahan yang datang selepas tu. Tidak banyak tapi semua memberi dengan sepenuh hati. Ada juga saya nampak ramai students Saito College yang Sabahan dan yang dari tempat lain bersama. Rakyat Malaysia yang lain pun ada join kami masa tu. Ada saturang Indian lady dia cakap dia sangat affected sebab dia sama team kawan-kawan dia sepatutnya fly buat via feratta next day di Gunung Kinabalu.
Thank you Sabahan di KL semua. Ramai yang mau join juga masa tu tapi tidak dapat. Tapi siurang buli rasa kehadiran semua Sabahan di seluruh dunia. Semoga the soul saudara-saudara kita yang terkorban akan tenang dan kita tidak akan berenti mau kasi sokongan kepada masyarakat di Ranau dan sekitar yang memerlukan bantuan dalam apa bentuk juga.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.
Hyien
14/06/2015 at 1:54 PM
be strong sabah #loveandrespect
Didie
15/06/2015 at 10:47 PM
This video make me tears.. Im proud to be sabahan people.. Loving caring n friendly.. Stay atrong sabahan.. Luv u alls..
Naga Yang Lapar
16/06/2015 at 1:33 AM
Kita bersatu di mana juga!
ello
15/06/2015 at 11:20 PM
hello. saya ello student saito college sma ahli club BSC( Bornoe saito Club). .. mcm mana boleh conntact organizer event 13/06/15 y lalu.. urgent
Naga Yang Lapar
16/06/2015 at 1:30 AM
One of the organizer was Liz Kumar
Murneh Unie
27/06/2015 at 1:12 PM
Boleh ka…kc tau sy. Apa2 saja aktiviti2 yg kamu buat…sbp sy kira mcm sy mau melibat kan diri…mcm sukarela bha….buli ka tu….
Naga Yang Lapar
27/06/2015 at 2:06 PM
Ini yg tempoh hari seja. Tapi siurang sentiasa cuba update apa-apa yg ada lah. Cadangan: Like FB siurang kalau mo dapat update info cepat
Pingback: Apa bah SWAG yang di KL ni? » Orang Sabah