Ke sini kau bah juga

Mee Tuaran, Mee Beaufort, Sang Nyuk Mee, semua ada di sini!

Tuaran_mee_ah_soon_Kor_FB

Makan

Mee Tuaran, Mee Beaufort, Sang Nyuk Mee, semua ada di sini!

Tidak Dijamin Halal

Ah_soon_kor_ss3

Kalau kamurang ada baca posting siurang yang bertajuk “Tempat Makanan Sabah sama Sarawak di KL sama PJ yang kau buli try” salah satu tempat yang kami rekomen sana ialah itu kedai yang nama dia Restoran Ah Soon Kor. Sepa-sepa yang pernah dingar pasal mee Tuaran yang di Klang Valley ni mungkin kamu pernah dingar. Dorang pun sudah kena featured sana Malay Mail Online. Sejak hari tu ramai sudah urang pigi try makan tampat dorang especially Sabahans lah apa lagi!

Restoran Ah Soon Kor

Business owner dia Khris Wong ada contact kami dan dengan tangan terbuka delang “…bah mari lah bila mau jumpa!” Dengan ketulusan hatinya siurang pun bilang..bah OK!

ah_soon_kor_restaurant_entrance

Luar Restoran Ah Soon Kor

Mau cari tempat ni bukan juga susah. Saya belum lagi pernah masuk area SS3 ni actually. Ikut LDP highway buli suda kau cari tu tampat pakai seja Google Navigation ka atau Waze ka apa ka. Tempat area sekitar dia tiada juga kedai makan yang bersebelahan. Dekat saja sama kawasan perumahan juga. Restoran ni kalau kau masuk pun kau tau fokus dorang bukan lah pada keunggulan dan penampilan tapi kau tinguk pun kau tau macam kedai-kedai di Sabah, bersih dan basic. Tapi aura dia ialah kedai makan yang fokus dia pada kualiti rasa sama servis yang baik. Mimang betul.

ah_soon_kor_restaurant_exterior

Dari dalam punya pandangan

Dorang sudah buka ni bisnis lebih kurang lebih dua tahun suda (kalau saya tidak silap). Semua menu dia si brother Khris yang bikin. Sia tanya kau dari mana bah. Debilang Tuaran memang. Oh.. jadi by default mesti lah siurang try mee Tuaran dia ni. Sudah terlalu banyak komen dari kawan-kawan sekitar lembah Klang ni yang cakap mesti try Mee Tuaran dia. Dapat pulak Whatsapp message dari kazen Frank debilang ko mesti cuba Mee Beufort dia. Bah.. OK. So Brother Khris pun atur di dapur debilang ko tunggu jak aku kasi try kamu apa yang patut. Baiklah!

Ini sebahagian menu dorang lah tapi ndak payah la tunjuk berabis sini. Sampai sana baru kamurang berabis tinguk dan tanya lah.

menu_ah_soon_kor_ss3

Menu side A

Ikan!

First punya kami kena kasi introduce ini steamed fish dia. Steamed Tilapia Rawang Style. Ui sedap oh. Padas-padas tapi yang tidak melebihi sampai kau tidak rasa suda dia punya flavor. Ikan pun rasa fresh. Trus ‘terpaksa’ minta nasi sebab adui.. ngam bah ni sama nasi juga.. ha ha. Ada kuah-kuah lagi tu

ah_soon_kor_restaurant_rawang_fish

Ikan sedap

Tauhu!

Next one kami try itu Choy Heong Tofu. Tauhu yang spesel. Ya ampun punya sedap! Kawan saya yang sangat particular pasal tauhu pun kesukaan. Sikit dia kasi habis tanpa saya! Bukan tauhu yang tipikal oh. Rasa dia penuh. Besa kalau tauhu kan kalau tengah-tengah dia ndak ada rasa, yang ini macam ada flavor juga. Adui.. sedap bah.

Ah_soon_kor_tauhu_sabah

Choy Heong Tofu

Sayur!

ah_soon_kor_restaurant_sayur

Ada samsu!

Lepas tu sayur-sayur pulak kana kasi keluar. Wau. Betul macam masakan rumah stail oh. Yang satu sayur ni kena masak ada pakai samsu juga (paku-pakis). Ngam betul rasa dia. Lagi la mau makan nasi. Yang kana masak sama babi tu adeeehh… lagi la sedap. Home-cooked punya rasa, macam seolah mama kau masak atau auntie mu yang masa di kampung kumpul-kumpul rumah keluarga gitu masa kicil sama kazen dia punya feel.

ah_soon_kor_restaurant_sayur2

Home-cooked style!

 

Ayam!

Yang ini nampak macam kari. Siurang ingat kari. Tapi bukan ah. Rupanya ayam masak Lemongrass (serai) masak sama Tumeric (kunyit). Wah ini pun siuk rasa dia. Kau buli rasa dia punya bahan-bahan yang fresh dan tidak lah kau rasa kunyit dia yang kuat. Dia punya adunan sangat balance. Lagi lah mencari nasi sebab kuah dia pun yang peeeeeiihh.. siuk.

ah_soon_kor_restaurant_lemongrass_tumeric_chicken

Ini bukan kari lah

Mee Tuaran | Mee Beaufort!

ah_soon_kor_restaurant_Mee_ tuaran

Mee Tuaran bah ni!

Next up Mee Tuaran. Haruslah di try!  Orang Sabah di sekitar Klang Valley ni pun mimang kenl ini tempat sebab Mee Tuaran dorang. Saya pernah rasa Mee Tuaran di sekitar KK sama Shah Alam. Tapi butul saya cakap ah ini mimang sedap! Penuh rasa. Lain dari tipikal Mee Tuaran yang pernah ku try. Dia macam blend cantik-cantik tu rasa. Mee dia saja pun sedap sudah. Kasi kunyah sama-sama itu sasau sama tu sayur sama bahan lain trus jadi kombinasi yang sedap dan penuh perisa. Ini Mee Tuaran terus jadi favret kawan sturang kami padahal first time rasa (dia orang KL) Nah..Mee Beaufort pun ada.

Ni yang mati-mati kazen saya cakap mesti try. OK! Mari cuba…. uhmmm.. ini lagi suatu penemuan yang di luar jangkaan dan firasat otak sama persepsi saya.  Walaupun mee yang dipakai sama, tapi perbezaan ini Mee Beufort sama itu Mee Tuaran amat berbeza. susah mu explain macam mana tapi kuah dia sama mee dia mimang rasa macam Sabah stail punya masakan. Trus rasa macam di Sabah ni. Must try ini! Jangan kamu ndak try nanti bedosa.

ah_soon_kor_restaurant_mee_beufort

Mee Beaufort bah yan!

Babi!

Ini pun OK juga. Viet Stew Pork Ribs. Vietnam stail punya pork ribs.Daging nya lembut, sos nya enak. Tapi bukan saya punya personal favorite lah. Mungkin sebab sudah ter try yang masakan lain trus telupa kesedapan yang ini juga… ha ha

ah_soon_kor_restaurant_pork_ribs

Ribs oh!

Ikan Basung!

Ikan Basung! Ndak tau apa ni kena panggil di KL tapi ini saya punya personal favorite! Walaupun dia amat simple, tidak nampak lawa macam yang lain-lain tu tapi bila kau suda pakai Basug yang fresh, kasi guring kering dia sampai rangup kepala pun buli makan dan kau kasi lagi sambal dia yang ngam sama dia… aduiii bah. Mertua tegur pun mungkin kau buat ndak tau bah! Maklumlah kalau selera kampung punya urang, ini juga lah yang paaling di suka! Surprisingly salah satu kawan pun minat berabis ini barang. Dia pun ada selera kampung punya. Nah orang gitu lah yang ngam kena kasi jadi menantu! Ha ha (By the way ini Basung guring ni belum ada dalam menu)

ah_soon_kor_restaurant_ikan_basung

Ikan Basung!

Yang Penting Sup!

Siurang ingat cukup banyak sudah kena kasi try ini makanan-makanan. Sekalinya si Khris insist kami try tu dia punya Yellow Wine Chicken. Mimang kanyang sudah lah tapi dia kasi siurang yang bowl kicil ngam-ngam untuk semua try. Bah.. OK! Dalam otak saya ni ayam lihing punya rasa ndak juga lari bah rasa dia. Besa sama jak. Mana-mana ku try memang lebih kurang lah rasa dia. Sekali try yang ini..uiseh. Ndak sama macam biasa. Dia punya samsu punya rasa ah ndak mengigit leher macam besa kau try. Halia dia punya nisbah sama keseluruhan rasa pun perfect. Tidak overcome tu rasa samsu atau sup dia. Huiyoh! trus buli hirup dan tambah dua kali walaupun kenyang sebab sangat sedap! Smooth bah macam butter! Kau ndak picaya kau try nanti. Ini semua urang setuju dan suka.

ah_soon_kor_restaurant_sup_ayam_lihing

Yang penting sup

Ada few tempat makanan Sabah sudah di KL ni. Tapi kebanyakan dia specialty macam satu jenis menu saja bah. Yang ini Restoran Ah Soon Kor ni dia ada banyak macam lauk dan hampir semuanya best-best. Mimang susah mau cari yang macam ni apa lagi di KL ni. Jadi kalau kamurang kerinduan masakan stail home-cooked Sabah dan at the same time kepingin mau makan Mee Tuaran atau Beufort ka, ko try lah ini tempat. Oh ya Sang Nyuk Mee pun dorang ada bikin ah. ui.. lapar balik nih..

orangsabah_khris_wong_tuaran_mee

Thank you Mr.Khris Wong for having us!

Alamat

No .42 Jalan SS3/31 . Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya

Map Pigi Makan

Buka

Mon-Sun: 11:00 am-10:30 pm

Reservations / inquiries

0138567669

facebook

 

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

5 yang mengomen

5 Comments

  1. aemy

    09/10/2015 at 9:09 AM

    walaupun tida halal tapi nampak sedap oo teliur juga sa tingu hahhahaa

    • KK

      15/11/2015 at 11:18 AM

      Salah satu pengubat rindu Orang Sabah di sini ha ha

  2. Lesley

    14/02/2016 at 8:04 AM

    Sya tia tau ada mcm ni..definitely will go there…brapa siok ada makanan sabah di pj..hinava ada kah?

    • KK

      14/02/2016 at 8:55 AM

      Officially teda. Tapi who knows? Sabahan bah ni tiba-tiba kana serve ka.. Ha ha

  3. Pingback: Koffee Diem Shah Alam, kau misti try! » Orang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Makan


Advertisement

FEMES SINI


Balik