Ke sini kau bah juga

5 Sebab Kenapa Kamurang Rasa Nda Mau Kerja Rajin Sudah

mau kerja

Apa Pendapat Kau

5 Sebab Kenapa Kamurang Rasa Nda Mau Kerja Rajin Sudah

Jinggol bell jinggol bell… jinggol otte-way… nah kan… mulai berkumandang sudah lagu-lagu krismas di tenlinga sa. Satu bulan lagi mo Krismas sudah. Lepas tu mo sambut tahun baru lagi… Inda sabar rasanya mo berkumpul sama ahli keluarga yang lain untuk acara-acara wajib time new year nanti. Kepada yang inda ada idea apa mo buat hujung tahun ni, nah bacalah kamurang ni 5 Aktiviti Wajib Kalau New Year di Sabah.

Perasaan berkobar-kobar untuk cuti Krismas dan niat untuk menghabiskan annual leave sekali gus dengan emergency leave, sick leave dan segala “daun” yang kamurang buli pikir akan sedikit sebanyak membuat kamurang rasa nda mau kerja rajin sudah di opis. Mood cuti lah katakan… tapi itu bukanlah satu-satunya alasan kenapa kamurang rasa mau inda mau ja rajin kerja di opis. Nah sa bagi kamurang 5 lagi alasan kenapa kamurang rasa nda mau kerja rajin sudah.

mau_kerja_mau_mateh

01. Tiada Arah Tujuan

Si Eric Chester, pengarang buku “On Fire At Work” (terbakar di tempat kerja – nda bah!) cakap, punca utama pekerja hilang semangat untuk bekerja ialah kehilang arah tujuan atau tidak mempunyai arah tujuan sama sekali untuk melakukan pekerjaan mereka.

Macam juga kalau kamurang lari marathon. Half way through, kamu mesti rasa penat juga tu, tapi kalau kamurang tau arah tujuan kamu, kamu akan terus berlari juga sebab kamu tau di mana destinasi yang ditujui. Kalau kamurang lari marathon dan inda tau mau pigi mana dan sampai mana… mesti kamurang putus asa juga tu bila terasa penat sedikit.

 

02. Ekspektasi Yang Nda Realistik

Orang putih bilang, ko aim la bah tinggi-tinggi, kalau ko miss tu bulan pun, at least ko landing juga di bintang. Tapi kalau kamurang selalu set goal yang nda realistik dengan kemampuan pekerja ataupun diri ko sendiri, nah itulah dia salah satu resipi untuk hilang semangat mo kerja tu. Pastikan kamurang selalu set goal yang realistik dengan kemampuan diri kamurang dan juga rakan sekerja yang lain untuk membina keyakinan berpasukan. Bukan nda buli set goal yang tinggi ke bulan, tapi kalau sudah selalu rasa nda puas hati dengan kerja sendiri… bikin patah hati juga tu. Kasi selang-selang bah orang bilang… biar balance kita punya perancangan kerja.

 

03. Nda Tau Apa Kemahuan Sesuatu Perkerjaan/Atasan

Orang yang pigi kerja ni senang ja. Ko bagitau ja diorang apa yang perlu dibuat dan macam mana perlu disiapkan maka akan ko dapatlah result yang ko mau. Tapi kalau ko sendiri tidak pasti apa yang ko mau… atau nda pasti apa yang perlu dibuat… nah bikin frust pekerja juga tu… tambah hilang semangat mo pigi karaja pagi-pagi. Siapa yang tahan dengan ketidaktentuan di tempat kerja.

 

04. Atasan Yang Penuh Kepura-puraan

Saya rasa inilah yang paling bikin hilang mood sekali mo kerja. Atasan yang pura-pura baik depan ko, puji-puji ko bila masa tiada orang dan bila dia di belakang ko, puas dia tikam-tikam ko dengan segala kutukan. Atasan macam ni selalu handle hal-hal kerja macam member group assignment zaman sekolah dulu yang tau menyuruh ja tapi dia sendiri tidak tau apa-apa dan tidak buat apa-apa. Cara diorang buat kerja dan kasi selesai masalah di opis pun ketara betul nda matang. Siapalah yang ada semangat bah kerja sama orang macam tu… Please lah!

 

05. Atasan Yang Ada Skandal Dengan Rakan Sekerja

Fuuuhhhh cerita terhangat abad ini… Bila kamurang dapat tau pasal atasan yang sudah berkahwin itu ada skandal dengan rakan sekerja kamurang, itu masih belum cukup lagi untuk mengganggu prestasi kerja cermelang kamurang. Tapi bila kadan sudah menjadi-jadi sampai terbawa-bawa masa kerja… nah di situlah bermulanya mood untuk bekerja itu semakin kurang. Apa lagi kalau si skandal tu tukang pecah tembelang kamurang sama atasan… Tukang guyang kaki ja atau prestasi paling kurang masa kerja, tapi masih kana puji-puji atasan… Urang yang setakat mo kerja dengan tenang ni memang buli tutup sabalah mata bah kalau semua pun kana layan bagus-bagus. Tapi kalau atasan sudah mulai kasi tunjuk belang dia sama semua urang… mau kasi tunjuk power dia sama semua urang… nah… frust terus semua orang geng… bikin hilang samangat mo karaja bah terus… Sudahlah reputasi sebagai seorang katua terjejas dengan skandal cikai tu… mau lagi tunjuk-tunjuk eksen konon… siapalah tahan?!

 

Moral disebalik cerita ni, kalau karaja, karaja la bah bagus-bagus. Bagi motivasi antara satu sama lain. Beri galakkan yang positif. Tolong menolong antara satu sama lain untuk memajukan syarikat dan juga untuk mencapai impian kerjaya masing-masing. Kalau atasan atau siapa-siapa ja yang mulai mo batabiat dan menggangu keseimbangan alam, maka satu demi satu rakan-rakan kita akan kehilangan semangat untuk berkerja. Jadi, bila balik opis kamurang nanti… cubalah untuk mainkan peranan kerja anda sebaik dan se-positif yang mungkin. You baik dengan I, I baik dengan you. Tapi kalau you kacau I… I fogive you (kunun-lah!), haha.

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Apa Pendapat Kau


Advertisement

FEMES SINI


Balik