Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Mee Segera Perasa Spicy Lobster Hot Pot Myojo

Myojo

Ni kali kita try ni mi segera dari jenama Myojo. Ni brand Myojo ni lamaa suda di pasaran sejak jaman nenek kita lagi (kalau nenek kau hidup di zaman 1970 an lah). Pengeluar brand Myojo ialah Nissinfoods. Kompeni asal dari Jipun. Myojo kena establish di Singapore untuk kasi market Asia punya..err market lah.

Ko tau kah Mr. Momofuku Ando – pengasas Nissinfoods ialah urang pertama cipta mee segera? (Tahun 1958!!) Naa jangan kita kena perli kuat makan mee tapi ndak tau apa-apa. Now you know!

Jadi ni ari kita mau kasi try dorang punya flavor yang baru juga. Ini mee segera dipanggil ” Spicy Lobster Hot Pot” huiyoh. Macam keluar liur trus baca. Tapi adaka nama dia sehebat rasa dia? Bah ni la ni mau try.

Siurang rasa ni mee dorang ni mau cuba buat stail yg Korea punya tu. Yg saiz besar dan biasanya bulat. Sebab komplen yang selalu kita dingar dari urang yang selera makan dia kuat sikit atau pun yang badan besar dan perlu pemakanan yang besar sikit dari urang lain akan cakap ‘susah ba cari mee segera yang just nice untuk saya.’ Ya sebab biasanya kena makan dua bungkus baru ngam. Tapi dua pun kadang kadang telampau banyak sudah kalau yg saiz kicik tu.

Ni  Spicy Lobster Hot Pot Myojo ni satu packet dia ada lima bungkus di dalam. Harga dia tidak semahal yang Korea punya dan rasanya saiz dia pun kecil siiikit banding tu Korea punya Ramen tapi besar dari mee segera tempatan yang lain. Nah ini lah bungkusan pek dia.

 

SPICY LOBSTER HOT POT MYOJO
Bikin happy tinguk kalau lapar

 

Imajin ada lobster di dalam.. anyways, dia punya display pun menarik bah. Kenapa bah mee lain ndak buat begini. Kan siuk. Kau buka jak almari nampak ni graphic bungkusan happy trus kau. Nah cuba kau banding sama jenama satu lagi tu Maggi Mee yang memang sudah jadi darah daging dan kasi besar anak-anak di Sabah sejak zaman dulu. Basar kan? Apa beza dia? Ni Myojo berat dia 120g. Banding sama Maggi perasa kari 79g. 120g – 79g= 41g beza.

LOBSTER HOT POT MYOJO
Sama tapi ndak serupa

 

Mari kita tinguk apa dalam dia. Nampak gaya dorang ni menuju ke arah perencah ‘minimalist’ juga la buli cakap. 2 jak perencah nya. Satu ialah serbuk punya untuk sup dia, satu lagi mcam sos nya yg ada miyak-minyak untuk perisa dia juga.

LOBSTER HOT POT MYOJO
Helo Sabahans!

 

OK. Masa masak dia macam lama sikit maybe lebih 1 minit daripada kebiasaan 2 minit yang lazimnya (uiseh) ciri-ciri mee segera tipikal mee segera. In isebab dia punya mee kenyal sikit dan tebal sikit. Tapi semua depends sama cita rasa kau lah. Kalau siurang biasanya bila baru masuk dia punya peringkat kelembutan kasi off suda api sebab nanti masuk sup dia gambar-gambar selfie-selfie bila siap ngam-ngam suda kembang dia.

OK rasa dia.. hmm gambar dia macam panas membara cili api udang merah gambar pun merah. Tapi mcm pedas lagi oh tu Maggi Kari. Mungkin telebih sup ku? Atau memang dorang punya setting supaya semua urang buli terima? Ntah la. Siurang suka dia punya texture mee dia. Hampir ada ciri-ciri tu ‘Udon’ tu. Rasa dia best. Berbeza sama brand lain. Cuma siurang rasa macam masih ada kurang siiikit tu perasaan nom-nom-nom gitu. Lain kali siurang cuba masak kasi kurang lagi air dia mungkin ada beza kali.

LOBSTER HOT POT MYOJO
Tomato sama Shitake not included

 

Masa makan tu tenampak pula dia punya feature debilang “Sraight Noodle” sama “New Innovative Texture”. Wah mee lurus macam dalam lukisan komik? Kalau kau tengok lukisan komik mesti kalau makan mee biasanya dia lukis lurus tu mee dia.. anyways… siurang cuba banding sama apa yang siurang masak sama tu gambar. Tidak juga sama betul la tapi at least tidak begulung-gulung macam mee segera lain yang pernah kita try. Not bad.

Mee Segera Perasa Spicy Lobster Hot Pot Myojo
Mau pigi straightening ni

 

Overall siurang suka. Adakah kami akan beli lagi? Mungkin kalau tidak terpengaruh sama brand lain macam ni Perasa Pork Ribs sebelah menyebelah lah. Rasa kenyal mee dia dan texture dia yang kukuh bikin kami rasa yakin sikit sama Myojo ni. Sebagai mengeluar mee segera yang pertama di dunia, siurang rasa dorang patut buli buat lebih hebat lagi!

p/s Dijamin halal.

Harga: MYR 11.50 Satu Set : 5 Bungkus

  • Tahap Kesiukan Kami
3

Summary

Siurang suka lebih padas bah. ini sangat safe rasa dia tapi mee dia best. Kenyal dan penuh keutuhan!

Sending
User Review
0 (0 votes)

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *