Jalan
Diving di Pulau Mabul stay di Scuba Junkies
Oleh:
Destinasi pelancongan yang sememangnya siuk. Kalau kamurang belum pigi Mabul rugi juga oh. Mesti try satu kali lepas tu try Sipadan juga. Actually banyak tempat penginapan di sana buli di pilih. Dari yang mampu milik sampai lah yang tidak mampu milik kalau kau macam saya lah. Siurang pigi masa tu bulan March, 2014. Bersama-sama dengan 3 orang kawan siurang bercadang mau try yang tempat ‘eksklusif’ sikit ni kali. Mahal sikit lah pricing nya (lupa sudah exact yang kami bayar) Tempat ni kebanyakan urang putih yang datang tinggal. Scuba Junkies nama dive center dia. Dorang ada penginapan sekali. Owner dia pun urang putih juga.
One thing pasal dorang punya service saya buli rasa ada sedikit kelainan. Bukan maksud urang puteh lebih mesra tapi tatacara dorang macam yang dalam TV tu. ha ha siuk jak kalau register macam kau pun ndak malu malu dan happy jak membayar $$
Dorang punya resort memang cantik oh. Sampai jak siurang teruja terus tapi time kami sampai tu mau pigi dive sudah. Ngam-ngam sebelum sampai saya sakit perut mau birak. Punya lah bedebar jantung dan berpeluh kening ku. Ndak bulih bayangkan kalau aku tebirak dalam bot. Sampai saja jetty dorang trus aku kasi tau staff dorang “sia mau birak mana tandas??” Dengan tenang nya staff dia tunjuk arah dan bagi saya kepastian yang dia akan kasi tau staff lain yang handle dive kami tu hari. Customer service hebat!
Masa balik dari dive tu lapar gila sudah kami. Saya seperti biasa cari ayam duluan. Mau juga rasa ikan. Cari-cari macam teda ikan jak ni. Kau tau.. di sini rupanya ndak serve ikan. Sebab nya? Scuba Junkie amat serius bila hal-hal environment protection dan juga ‘walk the talk’ gitu. So no fish lah. Tiada masalah juga. Kalau kau memang kepingin betul mau makan ikan, jalan-jalan jak sekitar Mabul. Ada lah juga gerai-gerai buli pigi order ikan. Kalau masuk kampung lagi ada juga.
Kalau waktu malam lepak-lepak pun siuk sana bar dorang. Buli cas pigi bilik juga kalau kau malas bawa-bawa duit. Buli lepak baca buku, ada games buli main, rokok-rokok ka, cek-cek gambar diving ka.. best bah. Hari-hari tertentu pun dorang ada band. Band dorang memang bagus. Semua lagu buli sapu.
Cool juga tinguk kalau band datang sebab dorang pakai bot bawa drum set sama equipment dorang segala. Yang bestnya diorang kadang-kadang perform di bar dan selalunya juga kalau cuaca bagus dorang perform di pantai depan resort dorang! Punya men best!
Imajin kau di pantai dduk di bangku ka pasir ka sambil minum beer atau cocktail dorang sambil tengok band yang best samatengok pelancong-pelancong perform menyanyi juga. Ya dorang ajak penonton nyanyi juga. Masa tu macam ada group dari China kesukaan dorang bila lagu Pop oldies Cina lama kena main.
Overall kami semua amat happy. Staff-staff yang professional dan mesra+mesra alam, tempat tinggal nya bersih dan selesa, dive masters pun semua sangat berpengalaman dan berkaliber. Macam yang saya cakap tadi mahal sikit tapi worth it! Apa lagi kalau kamurang datang sini group bujang-bujang.. fuh! Siuk bah tinguk Mat Saleh semua yang senang berbicara dan bertukar-tukar pendapat 😀
Oleh kerana Scuba Junkie amat serious dalam environment protection, dorang sampai dapat award Bah.  Jadi kalau rasa-rasa mau try stay sana satu hari nanti, kamu contact jak dorang online dari websitenya. Lepas tu kau cakap lah orangsabah.com yang rekomen kamu. Kalau kamurang mau tinguk lagi gambar-gambar yang saya ambil masa di sana, selebihnya kamu pigi saya punya Facebook Album. Ada soalan? Jangan malu-malu komen di bawah. Kalau kau rasa happy, share lah ni artikel mana tau buli membantu seorang lagi insan yang sedang tercari-cari jawapan hidup.
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.