Ke sini kau bah juga

Orang Sabah

Pengalaman Pertama Kasi Join Anak Tuaran Youth Junior Athletics Championship

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-9

Lifestyle

Pengalaman Pertama Kasi Join Anak Tuaran Youth Junior Athletics Championship

Pengalaman Pertama Kasi Join Anak Tuaran Youth Junior Athletics Championship

Sekitar bulan Mac 2025, kami sekeluarga ambil satu langkah luar biasa—kami kasi join anak-anak kami dalam Humansport Athletics Club.

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-3

Awesome!

Sebenarnya tujuan kami simple saja. Supaya dorang ni kurang main game di rumah, dan lebih fokus kepada benda yang boleh improve fizikal dan disiplin dorang. Kalau asyik tekan-tekan skrin ja, macam mana mau sihat? So anak lelaki dan perempuan saya pun ku kasi join lah ni. Apa lagi bapanya lah menghantar 4 kali seminggu.

Latihan dorang starting jam 2 petang. Fuh! Ini benda baru untuk saya. Patutlah semua anak-anak ahli kelab ni kulit gelap semacam! Hahaha.

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-1

Kalau ada free ice cream untuk top 5 di depan, mungkin akan pasti lebih semangat

Bila diumumkan pasal Tuaran Youth Junior Athletics Championship, saya sendiri pun rasa macam, “Eh belum ready lagi ni budak-budak.” Tapi coach kami, Coach Ryan, kasi semangat, “Cuba saja. Tidak payah tunggu ready.” Betul juga bah.

Anak lelaki saya pun register untuk cuba-cuba acara 4x100m, 120m & Standing Long Jump.

Result?
Semua dia kalah. 🤣

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-4

Ready for battle

Tapi itu bukan point utama. Yang penting, banyak pengalaman dan pelajaran dia dapat. Anak perempuan saya tidak mau join tournament. Dia ni memang kategori Introvert bah. Maybe berubah hati nanti? We’ll see lah.

UNTUK GAMBAR-GAMBAR SELEBIHNYA PIGI TENGOK FB POST SIURANG

Saya sendiri pun belajar banyak perkara. Rupanya bukan setakat datang dan lari-lari ja. Kena baca jadual tournament, register/lapor diri betul-betul, juga mesti bawa barang asas macam seat lipat, tikar, topi, payung, extra minuman – semua ni penting! Rasa macam pigi camping pun ada.

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-5

Off they go!

Paling penting sekali, jaga barang-barang berharga. Kasut spike anak saya hampir-hampir hilang! Budak ni pula bukan ingat mana dia letak. Nasib baik ada geng Club kami yang rajin check balik kawasan tent sebelum balik Day 1. Thank you banyak geng – I owe you coffee!

Acara berlangsung di Stadium UMS – memang sesuai tempat dia.

Cuma satu ja yang boleh improve—tandas. Kalau mau buat urusan besar, bersabar sajalah. Masa saya lawat tandas tu, ada banyak yang tersumbat. Traffic manusia memang amat tinggi, dan lantai basah sampai keluar. Harap ada penambahbaikan untuk next event.

Walaupun anak saya tidak bawa balik pingat, saya harap dia belajar sesuatu dari semua ni. Saya sendiri nampak dia ada improvement berbanding lebih 3 bulan lepas. Actually kita mau cabar diri sendiri punya prestasi, dan bukan compare sama orang lain..gituuu…

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-6

Gunakan kemarahan mu dan fokus kan kepada lontaran!

Harap dia lebih semangat untuk training dan dengar cakap Coach dia. 😆

Oh ya, cerita best juga – kelab kami Humansport Athletics Club dapat tempat ke-3 keseluruhan!
19 Emas, 14 Perak & 8 Gangsa. 🔥

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-7

Biasa lompat pagar sekolah ni!

Saya sangat kagum tengok prestasi semua peserta. Jangan tengok fizikal saja bah—ada budak kecil yang power lagi dari orang dewasa! Kemenangan dorang semua memang inspirational.

Saya mau mention juga, tahniah kepada semua coaches, admins, parents dan anak-anak. Bukan saja kelab kami, tapi semua yang join. Yang penting, berani mencuba. Menang kalah tu adat pertandingan. Tapi kalau menang, lagi siuk bah kan? Training lagi!

Tuaran Youth Junior Athletics Championship-8

Sabar ja lah coach..

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 


Advertisement

FEMES SINI


Balik