Bukan Sabah seja lah actually. Sarawak sama Semenanjung pun mesti ada juga bah. Kalau kau punya zaman budak-budak, remaja atau dewasa pernah lalui zaman 80’an sama 90’an, mungkin kamurang masih ingat lagi semua ini barang. Ya, semua ni ada nilai nostalgia bah. Budak yang membesar tahun 80-90 an mungkin masih ingat semua ni
Main ‘Tapak’
Bukan mau confuse sama tu tapak tangan. Masa siurang kicil lagi, besa kalau beli kerupuk ka apa besa buli dapat macam tu daun terup macam tu. Lepas tu ada gambar-gambar sebelah dia. Kerja budak-budak kumpul seja. Kalau mau dapat lagi banyak lawan sama kawan la. Kasi stack. Sepa dapat kasi tebalik berapa banyak tu kad dia punya lah tu. Macam-macam skill la, ada yang main tepuk macam tepuk tangan, dan yang standard ialah tepuk pakai dua tangan di tanah supaya tabalik tu kad. Kazen-kazen banyak yang hebat sebab dorang kuat belatih. Sini dia ada cerita juga pasal ini game
Main Tapak | Image Credit: kadusville.net
Cumi dan Ciki
Rancangan TV tu musim macam ada dua seja. Tv1 sama Tv2. Mau gaduh pun susah sebab dua saja choice. Kalau ada dua TV, buli tinguk semua channel satu kali gus. Anyways, ini rancangan ialah rancangan kanak-kanak terbitan RTM Angkasapuri yang kena panggil “Cumi dan Ciki”. Cumi ni rama-rama dan si Ciki pula seorang munyit. Tu rama-rama sia selalu rasa ganjil oh. Kin takut neh..Biasanya kisah dia semua yang membawa teladan lah. Mau cakap sangat best, indak juga lah. Sebab dia punya percakapan sama pergerakan mulut puppet dia macam main sembarang seja tidak synchronized. Kin panas kadang-kadang. Ha ha! Tapi masih rindu juga lah.
Ini seja video yang tejumpa online
Rakam wayang atau rancangan TV masuk video tape
Masa zaman saya, X-Files lah yang paling ku minat sekali. Time tu tinggal asrama jadey ndak lah dapat chance tinguk tu series setiap minggu. Tapi nasip bapa ada VHS player. Video player itu musim kebanyakan mimang standard buli record juga. Jadey, tiap kali X-Files main di TV dorang tulung rekod. Balik kampung seja trus buli tinguk banyak-banyak episode satu kali gus. Punya siuk! Tapi bikin panas juga kalau tape tesangkut. Punya sandi mau kasi keluar. Sama kalau kau ada video kegemaran, kalau mama kau tersilap rekod tepadam lah video kegemaran mu separuh.
VHS Player cap SABA
Makan kerupuk Charlie Chikadees
Tidak tau lah kalau ini barang masih ada. Tapi satu sea ku tau. Ini lah kerupuk yang paling sedap di dunia. Ndada lawan tu apa yang kamu dapat di kadai ini hari. Wuuu.. rugi kau. Ini kerupuk kalau saya di sekolah, saya bulih makan sebagai lunch hari-hari! (Hmm… mungkin kesan dia ini hari baru rasa, macam sot-sot juga otak ku ni kadang-kadang) Anyways, dia ada lagu lagi tau! Tiap kali keluar TV berabis saya melumpat macam kena rasuk dan pusing-pusing tiang sebab gembira. Cilaka. Pandai bah dorang hasut budak-budak. Lagu dia begini:
Saya Charlie Chickadee, sungguh rangup enak sekali, sekali cuba nak lagi, saya Charlie Chickadee
Charlie Chickadees | Image Credit abc13081969.blogspot.com
Kena marah kawan kalau tiup peraut pensel
Besalah kalau di sekolah. Bukan semua ada cukup alat tulis kalau pigi sekolah. Sebab dalam kepala utak, pikir ada juga kawan yang buli dipinjam. Budak yang selalu exam bagus ku perasan memang selalunya lengkap barang-barang dorang. Mungkin inikah rahsia kejayaan dorang? Anyways, kalau kau raut pensel, banyak la bah dia punya kepingan-kepingan nipis kayu tu kan yang malakat di peraut pensel tu. Bikin geram bah kalau mau kurik pakai jari. Paling siuk tiup kuat-kuat! Tapi kawan yang kasi pinjam tu dari jauh meninguuuk seja. Bila kau kasi panjang jak bibir mau tiup suda kena teriak dari jauh. Takkan la terus tumpul tu barang kalau ditiup?? Dari mana bah ini teori nih!
Peraut Pensel Yang Besa Jak
‘Hack’ telefon rumah
Itu musim mimang teda hempon. Kalau kau tunjuk kami hempon time tu mungkin kami ingat kau ni dari angkasa lepas. Telefon rumah mimang amat penting. Sebab itu sajalah pusat komunikasi paling instant kepada kawan-kawan atau keluarga. Ingat lagi kalau time Krismas ka, new year ka, bekumpul satu family dekat telepon dan pass satu-satu untuk cakap sama auntie, nenek,datuk,kazen dan yang sewaktu dengan nya. Masa tu ndak la juga rasa ‘menyusahkan’. Malah siuk sebab ada yag ndak sabar mau pigang telepon. Tapi bil telepon bukan murah. Apa lagi kalau telefon daerah lain. Besanya ada kena beli tu lock supaya tu digit telefon atau dail nya ndak buli pakai. Actually masih buli dail kau kunci la macam mana numbur nya. Cara dia? Tempat letak gagang tu (yg part pandai teturun tu) tekan mengikut numbur yang kau mau dail. Contoh 089 kau kena tekan 0=10 kali, 8=8 kali, 9=9 kali. Paham ka tidak oh?
Telefon Stail Lama
BJ & the Bear
Kalau kau terus ingat ini tajuk maknanya kau mimang tua suda la macam siurang! Ha! ha! Kalau kau confuse bah baca terus seja lah. Ini ialah rancangan TV yang kena tayang juga di Mlaysia dan Sabah pun dapat siaran sebab cukup antenna sampai Sabah kan. Si BJ ni ialah seorang lelaaki hensem ala-ala rupa standard American dan dia punya kerja ni bawa truck basar jalan-jalan. Antah sia rasa dia ni freelance kali. Kawan dia si Bear, iaitu seorang munyit Chimpanzee yang sentiasa sama-sama dia. Pandai juga lah tu munyit kenen tulung dia dapat cewek dan juga kasi bunyi hon truck la etc.. siuk juga la. Masa budak-budak teruja tinguk tu Cimpanzee pandai kenen.
Bonus TV series
(Sebab siurang suka bah ni) Little House On The Praire. Adui.. ini time budak-budak kalau kau tinguk kau pun rasa macam mau lari turun bukit dekelilingi rumpur-rumput yang cantik dan bunga-bunga di kawasan yang begitu. Tampat koboi-koboi lagi nih. Kalau urang besar tinguk pun terus kau rasa macam mau tinggal di cabin dan buat kehidupan yang simple seja. Opening theme dia tu yang best bah tu music. Yang pernah lalui 80 an sama 90 an, apa yang kamu punya memori ada?
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.
Beverly T.
06/08/2015 at 9:48 AM
OMG! Rindu btul time 90s!! I miss the sharpener and VCR tape phase! Dulu always sharpen colour pencil cuz banyak colouring book!
Naga Yang Lapar
06/08/2015 at 3:34 PM
Wah. Kau pun sempat ah
Mel
15/08/2015 at 9:53 AM
adeh…rindu sya main tapak2 tu..
Naga Yang Lapar
15/08/2015 at 9:55 AM
Sama lah!