Ke sini kau bah juga

Apa Mau Bikin Time Mati Karan di Sabah

Sabah Mati Karan Selalu

Apa Pendapat Kau

Apa Mau Bikin Time Mati Karan di Sabah

Di Sabah ni macam buli cakap satu kemestian tu kalau mati karan. Time kau perlu la dia mateh. Masa bikin kek, masa ada assignment college, time malam pertama, masa celebrate TV baru ataupun mo masak air panas time sajuk untuk mandi. Apa buli buat. Mau teriak marah pun sudah pernah buat. Tidak juga tu karan cepat balik on. Mau marah-marah pihak berwajib sana laman sosial pun bikin habis battery fon saja sudah la mau jimat sebab teda karan..

Jadey? Apa mau di bikin time mati karan di Sabah? Siurang di team OrangSabah.com bepikir banyak masa kami makan char siu pao sama ayam dan pikir ini semua ni kita buli buat time mati karan di Sabah.

1. Kurik Tanah

Kalau rumah kau area yang ada tanah pigi lah kurik-kurik. Tujuan? Teda tujuan. Kurik saja. Mana tau jadi batas sayur atau pun tempat kasi kubur siapa-siapa. Kalau ndak pun tejumpa barang kemas purba zaman Jipun jongkong emas ka apa ka. Buli kau ambil flight pigi Australia sambil tunggu karan balik di KK.

Kurik Tanah

Kurik Tanah

 

2. Kambai Jiran Mu

Daripada diam-diam tinguk siling baring di sofa, bagus kau masuk rumah jiran kau dan kambai dia. Biasanya dorang akan tekejut sikijap. Tapi lepas dia tau kau tiada niat jahat dia akan diam seja dan ikut kambai sama kau. Tapi kau kena yakin. Sebab banyak juga kes suami orang ndak suka apa yag kau buat.

Kambai Jiran

Kambai Jiran

 

3. Tekan Butang F5 Setiap 2 Minit

Ya. Kami paham juga teda karan buat apa kasi refresh tu browser? Tujuan ni bukan untuk refresh PC tapi supaya kau ada mau bikin. Sekurang-kurangnya kau nampak busy kalau time di ofis. Tapi paling berkesan ialah kau eksesais jari lah.

Tekan F5

Tekan F5

 

4. Lukis Ini Simbol

Banyak sudah kajian yang cakap kalau kau main yang ini kau punya kesihatan akan meningkat dan hubungan sesama pasangan akan lebih intim. Jadey, jangan banyak cakap, kau tinguk saja muka pasangan kau dan start lah buka penutup pen dan cari kertas putih dan lukis atas dia simbol ini. Siapa paling bulat  dan lurus menang.

Main Kawin Kawin

Lukis Ini Barang

 

5. Pigang Daun Sambil Lompat

Tiada juga faedah tapi sekurang-kurang nya kau di luar rumah lah.

Pigang Daun Lompat

Pigang Daun & Lompat!

 

6. Langkah Penyu

Penyu memang jarang kau nampak di darat. Apa lagi kalau di kawasa perumahan kau. Tapi kalau ngam-ngam lah time tu mati karan di Sabah, dan ngam-ngam kau tinguk luar tingkap kau ada penyu di halaman rumah kau, jangan kau teriak ka atau buat bising. Kau lumpat dan langkah dia. Sebab? Sebab bukan selalu ada penyu datang rumah. Lepas tu kau call pulis la atau bomba. Mati nanti dia.

Langkah Penyu

Langkah Penyu

 

7. Bekawan Sama Budak

Bukan semua orang suka budak dan bukan semua budak suka orang. Time teda internet sama karan ni bagus kau kawan-kawan sama budak. Siuk bah dorang. Banyak cerita tu kalau dia OK sama kau suda. Tapi memandangkan sekarang ni bukan semua urang pecaya orang lain, cuba jangan kacau anak orang lah. Nanti salah paham. Kau start dengan sepupu mu atau anak kemanakan mu dulu.

Bekawan Sama Budak

Bekawan Sama Budak

 

8. Pigi Tinguk Sunset Music Fest di Kudat

Bagus jalan pigi Kudat! Sudahlah banyak pantai cantik mau di lawat sana, dingar-dingar cewek Rungus sana pun lawa-lawa lagi. Lagipun konsert sana tu mesti ada karan sebab ada generator dorang sendiri. Tapi kalau kau mau pinjam cas hempon ndak tau la. Yang penting kau terhibur. Petang-petang lagi tu time matahari mau terbenam siring pantai… punya siuk tuh! Ada band, orkestra dan macam-macam lagi. 5-6 Jun 2015. Maklumat lanjut sini

Kudat Sunset Music Fest

Kudat Sunset Music Fest

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

10 yang mengomen

10 Comments

  1. Maslight

    09/05/2015 at 6:43 PM

    Main phone sampai abis battery.

  2. Roy

    11/05/2015 at 1:11 PM

    Sa ska ko punya cadangan.. hahaha. . Paling best tu kurik tanah iya la sbp lama sda tida main tanah…

  3. garagas

    11/05/2015 at 2:57 PM

    fapping la apa lagi hehehe

  4. pen san dao

    12/05/2015 at 4:20 PM

    Bkin ketawa

  5. nizamaya

    12/05/2015 at 7:08 PM

    Ngam tu…kalau sya suka main layang2…nmpk biawak tiba2 main bubut2 sama tu biawak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Apa Pendapat Kau


Advertisement

FEMES SINI


Balik