Ke sini kau bah juga

Analisis Lirik Sayang Kinabalu

Sumandak Ramai Menunggu

Apa Pendapat Kau

Analisis Lirik Sayang Kinabalu

Mari kita buat analisis lirik Sayang Kinabalu (Lagu)

Ndak tau apa tu Sayang Kinabalu yang siurang mau cakap? Nah

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu

Nampak gaya si penglipur lara ini agak puitis juga lah. Sebab dia cuba bandingkan ketinggian (keagungan) cinta dia sama tu ketinggian Gunung Kinabalu yang buat masa ini adalah setinggi 4,095 m. Lebih kurang 4 km lah atau 33 setengah bangunan Yayasan Sabah kena susun sampai sama tinggi Kinabalu.

biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Lokasi Gunung Kinabalu

Original map information from nst.com.my

OK kalau kau tinguk tu Gunung Kinabalu, langit saja yang biru (depends cuaca dan keadaan awan). Kalau kau tinguk ujung-ujung dia actually lebih pada kelabu / gelap. Depends juga cuaca hari itu lah. Tapi kalau ujung dia biru macam belum pernah nampak lagi dan ini urang juga pastinya bukan di Tawau atau Sandakan sebab ndak bulih nampak Gunung Kinabalu kalau dari arah sana. Kalau Kudat bulih lagi. So confrm bukan area pantai timur Sabah yang bagian bawah. Satu lagi debilang tengok dari jauh hati saya rindu. Kalau masih bulih nampak tu gunung, maksudnya dia ndak la jauh betul dari Kinabalu punya radius. Kalau ada kereta buli drive pigi Kinabalu Park atau pun ambil bas.

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih

Dia tau Kinabalu dekat Kundasang maknanya dia pernah datang atau pun mungkin tidak pernah datang ke kawasan Kundasang tapi pernah baca info pasal Kundasang. Lagipun sekarang dengan adanya akses internet tidak mustahil juga dia ni ndak pernah datang tapi dapat info secara online saja. Sama juga pasal info sayur banyak tu. Cuma dia tidak tau mungkin yang tidak semestinya kawasan Kundasang saja banyak sayur. Kalau dia kasi masuk faktor harga dan kalau dia jalan siiiikit lagi sampai dekat simpang Bundu Tuhan sana… naa lagi murah sayur kau bulih dapat bah!

apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

Statement ini macam sedikit tidak dapat ditafsir secara direct. Ya dia cakap tiada gunanya pigi luar negeri tapi tidak bagi tau apa sebab nya. Sebab ayat dia terus sambung ‘naik Kinabalu hati saya rindu’. Adakah mesej dia ialah lagi best naik Kinabalu daripada pigi luar negeri? Pengalaman pigi luar negeri ka atau pengalaman naik gunung di luar negeri? Luar negeri di mana? Pahang? Still arguable.

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau

Sumandak Ramai Menunggu

Sumandak Ramai Menunggu

Berdasarkan konteks ayat kita dari mula lirik ini dan juga dia punya kawasan yang radiusnya sekitar Gunung Kinabalu / Kundasang, ada kemungkinan dia maksudkan di Kundasang lah ni. (Sebab kalau ramai Sumandak menunggu di Gunung Kinabalu) agak sukar mau di jumpa. Tapi selama berkali-kali saya dan team orangsabah.com limpas sana dan stay sana, belum pernah lagi siurang terserempak sama ni sumandak-sumandak yang kena sebut di dalam lirik ini. Apa lagi sambil menari lenggang sumayau. Mungkin lagu ini di tulis ngam-ngam ada pesta keramaian sana? Tapi siapa yang dorang tunggu? Kalau ku tau masa dan tarikh dia ada Sumandak ramai menunggu sambil menari sumayau tu musim..dan saya masih bujang masa tu saya pigi sudah!

sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

Ini masih merujuk sama tu sumandak yang ramai menunggu tu la. Si penglipur lara ni juga kita tau sudah apa preference dia. Ndak kira macam mana rupa bentuk dan dalam situasi apa kehidupan tu sumandak sekarang, asal putih kuit dia dia jatuh chentah!

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima

Statement yang bercanggah pada pendapat saya. First paragraph dia cakap ketinggian cinta dia malah lebih tinggi dari ketinggian Gunung Kinabalu tapi sekarang dia sayang sudah balik Kinabalu. cepat betul dia berubah. Tapi dia ada tambah ‘Kaamatan Pesta Bulan Lima’. Adakah dia sayang Kinabalu lebih dari si cinta nya (tiada nama) masa pesta Kaamatan di bulan 5 sahaja? Lepas Kaamatan back to normal ka? Macam mana kalau time pesta Kubis? Adakah cintanya akan berubah lagi?

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Kundasang to Tamparuli

Kundasang to Tamparuli

OK saya assume dia bawa sayang dia jalan pigi tamu ni selepas Kaamatan. Tapi ni kali bukan di Kundasang tapi di Tamparuli. Tapi apa maksud dia? Bejalan start dari Kundasang sampai Tamparuli? Sebab awal-awal penulisan semua merujuk kepada kawasan sekitar Gunung Kinabalu. So, kalau dorang punya perjalanan start dari Kundasang sampai Tamparuli dan jalan kaki akan ambil masa kurang lebih 12 jam 4 minit sejauh 58 km. Full marathon sudah limpas. Tapi dia cakap hati saya rindu so meaning dia pernah buat begini so dia ni runner lah ni!! So ko kira lah based on kau punya pace berapa lama dorang sampai Tamparuli tu.

Kimin Mudin memang penulis hebat. Penulisan ini hanyalah pendapat tidak betul siurang

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

2 yang mengomen

2 Comments

  1. sumandak

    16/03/2015 at 1:46 AM

    Hahahahah! Dongkoulau noh kopio oi~ Amu laid oputut tinaii ku ‘LOL’ nopo…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Apa Pendapat Kau


Advertisement

FEMES SINI


Balik