💼 Sambut Hari Bapa dengan Gaya Elegan dari Sacoor Brothers — Untuk Bapa-Bapa Legend Kita!
Hari Bapa kali ni, bukan saja kita mau kasi ucapan “Thank you, bapa!” — tapi apa kata kita bagi dia satu hadiah yang bukan setakat cantik, tapi timeless?
Sacoor Brothers datang lagi dengan koleksi khas sempena Hari Bapa — dan kali ni, bukan biasa-biasa. Diorang punya Timeless Collection bukan saja sesuai untuk gaya modern, tapi juga cukup bergaya untuk generasi akan datang.
👔 Bila Anak Lelaki Dapat Pakai Suit Pertama Kali…
Ingat lagi masa mula-mula bapa bawa kita beli baju smart? Macam mau pergi interview padahal baru habis sekolah. Sacoor Brothers faham yang momen tu bukan sekadar beli baju — itu macam satu ritual antara bapa dan anak.
Kalau kamu suka gaya moden dan sleek, tengok ni:
📌 K-Easy Suit – dibuat dari kain wool yang power (boleh bernafas, fleksibel, tahan kedut)
📌 Warna: Hitam & Biru Gelap
📌 Sesuai untuk: Graduation, kerja baru, kahwin pun boleh!
Macam Yes!
Tapi kalau kamu lebih kepada gaya old school gentleman, jangan risau.
📌 Timeless Formal Suit – guna kain wool 100%, potongan klasik
📌 Warna: Grey gelap & biru navy
📌 Sesuai untuk: Mesyuarat penting, first interview, atau bila kamu mau nampak serious sikit.
🌿 Untuk Yang Mau Santai Tapi Tetap Style
Bukan semua masa kita kena formal. Kadang-kadang mau pergi makan-makan dengan keluarga, lepak di café, ataupun jalan-jalan hari minggu.
Sacoor ada juga:
📌 Linen-Cotton Blazer – campuran kain sejuk dan ringan, sesuai untuk cuaca panas KK!
📌 Warna: Biru gelap & beige
📌 Boleh padan dengan jeans, kemeja putih, atau seluar chino
👖 Denim Shirt — Biarpun Simple, Tapi Tetap Bergaya
Siapa cakap denim shirt tu boring? Sacoor kasi naik taraf baju denim biasa dengan potongan slim-fit dan warna biru muda yang clean & classy. Boleh pakai ke pejabat ka, dating ka, atau pun family gathering.
💬 Dari Baju Jadi Cerita…
Apa yang paling best dengan koleksi ni, bukan setakat baju dia yang lawa — tapi setiap satu ada nilai sentimental. Bayangkan kamu simpan suit tu, lepas bertahun, kamu kasi anak lelaki kamu pula. Dari satu generasi ke generasi.
“Bukan saja pakaian. Tapi cerita. Tapi kenangan. Tapi warisan.”
📍 Sacoor Brothers Ada di KK BossKu!
Mau tengok sendiri?
📌 Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
(Atau kalau kamu di KL — banyak juga outlet dia: KLCC, Pavilion, The Gardens, TRX dan sebagainya.)
🧵 Sedikit Tentang Sacoor Brothers
Brand ni asal Portugal, start dari impian empat orang adik-beradik. Sekarang, sudah ada lebih 120 kedai di 16 negara. Tahun ni, Sacoor sambut ulang tahun ke-35 dengan semangat baru — tagline dia pun power: “The Luxury of Being You.”
Jadi BossKu, kalau kamu tengah cari hadiah Hari Bapa yang bukan saja nampak classy, tapi ada jiwa dan cerita — bawa bapa kamu pigi try Sacoor. Mana tau, kamu pun terikut sekali beli! 😄
Selamat Hari Bapa untuk semua ayah, bapa, daddy, atuk, baba, moing, aki di Sabah dan serata dunia!
Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.