Ke sini kau bah juga

Pengalaman Amanda Peter Waktu Gempa Bumi Di Puncak Kinabalu

Dangerous trail ImageCredit@Amanda

Jalan

Pengalaman Amanda Peter Waktu Gempa Bumi Di Puncak Kinabalu

Gempa bumi pada skala 6.0 dalam Richter scale pada 5.6.2015, sekitar 7 pagi hari Jumaat, Malaysian time.

Amanda Gaby Peter, 23 tahun berasal dari Kampung Kinorotuan Ranau. Di sini dia kasi share pengalaman dia semasa berada di puncak Gunung Kinabalu semasa berlaku kejadian gempa bumi di Sabah yang ngam-ngam time tu berlaku betul-betul dekat epicenter dia. Kira memang gunung Kinabalu itslef lah pusat gempa bumi berlaku! Yang paling sedih, runtuhan bongkah batu di siring-siring gunung yag memang agak loose banyak yang runtuh. Kalau pada masa tu ada yang masih on the way naik atau turun, depends di bahagian mana dorang masa tu, ada kemungkinan kecederaan atau lebih teruk lagi kehilangan nyawa. Apa lagi yang time tu sedang membuat aktiviti “Via Feratta”. Sedih mau pikirkan keadaan setiap satu individu dari porters, guide dan pelancong-pelancong yang terpaksa menempuhi situasai pada masa tu. Setakat penulisan ni, menurut news portal Thestar.com.my , sumber dorang cakap 19 orang mungkin mengalami nasip yang tidak baik ketika ini. Semoga ada yang terselamat walaupun agak tipis sekarang harapan apa lagi sudah masuk hari kedua sejak kejadian.

Ini hari siurang dapat peluang untuk tanya Amanda, tentang pengalaman (first encounter) dia dari masa dia dari Timpohon sampai lah dorang di atas. Kita mau dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh supaya kita paham dan belajar dari apa yang dia alamai sendiri semasa kita semua baru bangun tidur dan tengok Facebook update kita pasal berita gempa bumi di Ranau, Sabah ni di pagi Jumaat lalu.

 

Kinabalu Quake Epicenter

Kinabalu Quake Epicenter @volcanodiscovery.com

 

1. Cuba cerita macam mana suasana masa baru jalan dari Timpohon Gate?

Time baru mau naik? Semua orang gembira terutama yang first time macam saya. Cuaca Sangat bagus, tiada hujan, tidak panas. Ngam betul untuk naik Gunung.

2. Siapa kawan-kawan kau yang mendaki bersama dan ini atas anjuran siapa?

Ada 21 org kami 1 group. Yang saya ikut la… Tapi 1 orang kawan saya, si Elsa, tidak naik smpai puncak sabab guide tidak bagi. Dia tidak mampu physically. Kebanyakan Kami pelajar *IPG Dan org Ranau.  *IPG = Institut Pendidikan guru

Timpohon Gate ImageCredit@Amanda

Timpohon Gate ImageCredit@Amanda

3. Apa list barang-barang yang kau bawa dalam beg?

Saya bawa baju dan keperluan naik Gunung ja. Tidak banyak. Takut berat. Baju pun saya ulang ja pakai. Manada mandi. Tapi masa pigi puncak saya tidak bawa apa-apa. Bawa headlamp sama handphone ja.

4. Sepanjang perjalanan pigi atas. Cuba cerita pengalaman tu pula?

Time pigi atas dari Timpohon pi Laban Rata, saya sama-sama kawan saya Md. Idil. Yang lain suda duluan and ada juga yang di belakang Kami. Sepanjang perjalanan kami bersama dengan budak-budak Singapura yang ramai terkorban lepas earthquake. Masa dari Laban Rata pi puncak saya bersama guide Kami Faldey, dia jaga saya and tarik saya pi puncak sebab saya tidak mampu suda bejalan. Tapi sebab Faldey la saya mampu pi puncak dengan jayanya.

KM 2.3 ImageCredit@Amanda

KM 2.3 ImageCredit@Amanda

5. Pukul berapa kau sampai di Laban Rata?

Saya sampai jam 4.10 petang. Mungkin Kami mula jalan tu jam 9 pagi. Tidak pasti.

6. Pukul berapa kamurang bangun breakfast next day dan apa kau makan masa tu?

Next day kami breakfast bread sama kopi ja. Saturang 2 keping bread ja, Jam2.00 pagi. Kami jalan naik pi puncak jam 3.00 pagi.

Gambar dulu ImageCredit@Amanda

Gambar dulu ImageCredit@Amanda

7. Sepanjang perjalan sampai puncak tiada yang kamu dengar atau tengok yang bikin kau fikir “lain juga ni” gitu? Adakah?

Langsung tiada. All was good. The weather is good, tidak talampau sejuk and tidak hujan. Tiada retakan, tiada pun gegaran.

8. Kamu di kedudukan mana masa gempa bumi tu berlaku? Boleh describe kah pengalaman tu?

Kami di South Peak. Baru turun dari Low’s Peak. Kami tengah selfie waktu tu. Walau pun guide suru kami turun cepat, kami ignore dia ni.. Kami selfie-selfie lagi di kawasan atas. Time selfie ke-20 Kali tu bagagar tiba-tiba. Kuat betul dan semua orang lari naik atas..saya sudala tidak laju, saya paling belakang lari. Lepas tu, batu di Donkey’s Ear jatuh pelan-pelan. Saya betul-betul ingat kami akan mati. Saya tidak tau la camana mau describe feeling kalau ko tau ko akan mati dan ko tidak dapat lari. Betul-betul scary! Bunyi dia pun bukan cam ko dingar kalau ko di rumah. Bunyi dia di sekeliling ko, di atas ko, di bawah kaki ko, di sekeliling ko. Saya betul-betul nangis suda. Takut. Lepas tu, Batu tu beguling pigi bawah, syukurrrrrr bukan arah Kami. Dan di sana kami bersyukur sebab kami tidak terus turun masa guide suru turun sebab kalau kami turun tu, kami memang tidak hidup suda. Jauh-jauh…

Minutes before the earthquake ImageCredit@Amanda

Minutes before the earthquake ImageCredit@Amanda

9. Ada nampak pendaki lain yang sudah berada di atas tercedera disebabkan gempa bumi tu?

Tiada. Semua yg stranded tidak cedera. Tapi kami baru dimaklumkan ada satu kawan kami terkorban masa perjalanan turun. Dia group lain tapi kami kenal. Dia sama kami juga di atas. Sangat kesiannnn…

10. Apa yang first kamu buat lepas gegaran sudah beransur berhenti?

Kami duduk 1 tempat, di bahagian atas, jauh dari batu. Guides yang suruh.

“..kamu mau mati kesejukan atau mau mati cuba turun?”

11. Sepanjang masa menunggu bantuan, laporan cakap ada percubaan drop bekalan makanan / pickup climbers semua pakai helicopter? Buli komen?

Hmmm.. Tu saya paling kecewa. Dorang cakap heli tidak dapat land sebab kabus. Tapi jam3 petang kabus tiada. Langit cerah. Tiada pun heli. Dorang kol mau datang terus guides suru kami bekumpul ikut kumpulan. Punya hepiii kami waktu tu. Sekali tau-tau heli cuma akan datang besok pagi. Pasal heli bagi makanan memang ada, tapiii dia pigi bagi time kami mau turun suda dan silap lagi dia aim buang tu makanan / supplies. Tebuang masuk sana gaung.

12. Macam mana keadaan cuaca masa tu?

Cuaca Ok. Tiada hujan. Cuma banyak gegar.

Gambar Ikonik Charlene DMP

Gambar Ikonik @Charlene DMP

13. Macam mana kau dapat contact family kau masa tu?

Say guna handphone kawan, *Charlene. Dia saja yg dpt signal. Memang Tuhan yg tolong.

*Beberapa imej si Charlene kena share banyak kali di laman sosial terutama Facebook. Imej dia menjadi reference untuk ramai keluarga dan rakan-rakan untuk mendapat update.

14. Berapa jam kamu stranded dan macam mana keputusan mau turun juga malam tu diambil? Guide suruh kamu vote? Guide bagi keputusan? Cuba cerita.





Kami stranded 9 jam. Guides bilang kamu mau mati kesejukan atau mau mati cuba turun?…. Kami bilang bah biarlah mati mencuba. Semua agree mau turun. Tiada gaduh-gaduh. Semua tidak pecaya heli mau datang suda. So kami turun la sambil berdoa tu Batu tidak jatuh lagi.

Dangerous trail ImageCredit@Amanda

Dangerous trail ImageCredit@Amanda

 

15. Cuba cerita pengalaman masa kamurang punya proses turun ke bawah.

Sangat sukar sebab semua laluan memang rosak. Kami guna tali turun. Time turun tu ada nampk 2 mayat dan saya betul-betul sedih. Saya beryukur saya masih berpeluang kasi selamat diri. Ada juga bomba di check point tapi di bawah suda baru nampak bomba. Di atas tedaaaa langsungggg. Mountain guides saja semua. Time kami dari Laban p timpohon, banyak gegaran, tu yang kami berabis paksa diri lari walapun lapar, haus sama panat. Saya betul-betul mau putus asa suda tapi kawan saya Idil sama guide Faldey kasi semangat saya untuk teruskan perjalanan

“Faldey. Dia saja yang ada jaga saya. Yang guide lain jaga org lain.”

16. At any point masa turun tu, ada kah kau fikir pasal kematian atau kau berfikiran optimistik?

Mula-mula saya sangat optimistic. Tapi time kaki saya sakit, saya lapar dan haus, saya hampir-hampir putus asa. Tapi saya kena kasi semngat juga, jadi saya teruskan perjalanan.

Landscape sudah bertukar ImageCredit@Amanda

Landscape sudah bertukar ImageCredit@Amanda

17. Bagi kau keputusan turun dan tidak stay di gunung best option ka? Kenapa?

Yessss…sebab saya tau saya tidak akan survive sejuk. Even Laban Rata sana pun saya kesejukan berabis.

18. Semua group asal kawan-kawan kau selamat?

Ya. Tapi ada 1 kawan IPG kami, Lokman (dia group lain) meninggal masa turun. Saya baru tau.Sangat kesian.

19. Siapa yang jemput kau pulang masa di bawah sudah?

Ada kakak saya Jacynta dan cousin-cousin saya.

20. Kalau ada peluang lagi di masa hadapan, kau akan naik balik kah Gunung Kinabalu?

YA  | TIDAK ✓ | MUNGKIN

Fadley mountain Guide a.k.a Malim Gunung

Faldey The Mountain Guide or in Malay “Malim Gunung”

 

Amanda selamat sampai di kawasan tempat operasi sekitar 2:30 pagi hari Sabtu 6/6/2015 sama-sama dengan team yang terperangkap di atas gunung. Selain dari sedikit sun burn di muka dan dehudrated sama kelaparan, dia OK. Kita amat berterima kasih kepada Mountain Guide a.ka. Malim Gunung kita yang terpaksa mengambil keputusan yang amat berat sama ada stay di atas atau ambil risiko bahaya cuba sampai ke bawah gunung dalam keadaan aftershocks yang masih berlaku. Pada masa yang sama kita tidak juga mau menuding jari kepada mana-mana pihak. Dalam keadaan emergency macam ni, pasti banyak informasi yang mengelirukan di antara ground punya operasi sama mana-mana mangsa yang terperangkap. Mungkin kita belum ada pengalaman handle situasi macam ini. Walaupun tragik, ini juga peluang untuk pihak berwajib belajar dan mugkin dapat memperbaiki lagi proses emergency di masa akan datang. Tapi apa yang ketara, dalam situasi ini, rakyat Sabah telah bersatu hati tidak kira bangsa dan agama, membantu dengan apa cara sekali pun.  Syabas Orang Sabah!

Important numbers:

24 Hours Line under Malaysian Foreign Ministry : +603-88874570 & +603-88892746

Sabah Parks : +60 88-211 652

 

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

23 yang mengomen

23 Comments

  1. Om Yus

    07/06/2015 at 6:08 PM

    Tahniah dan syukur Amanda kerana berjaya menguatkan semangat untuk selamatkan diri. Terima kasih kepada malim gunung Fadley kerana setia menjaga pendaki. Terima kasih juga berkongsi pengalaman ini Amanda, dan yang melakukan temuramah ini.

  2. Arbaania Arban Simbo

    07/06/2015 at 6:25 PM

    Wah…
    Bagus cerita ko share..huhu..at least kami dpt imagine situasi yg kmu alami masa tu.
    Cuma..sy rasa bagus edit balik tu tajuk di atas sbb..kesilapan besar tu tarikh kena tulis..sepatutnya 5.6.2015… bukan 5.5.2015
    …..penting tu tarikh utk kenang…klw slh tarikh mslh d masa depan.
    Thanks..
    Xoxo

  3. kak yatiadam

    07/06/2015 at 10:13 PM

    saya bangga jadi anak sabah…semoga semua mangsa yg terlibat tabah dan bersabar..

  4. suriyati

    07/06/2015 at 11:44 PM

    gaya bahasa sgt sabahan n i like it so muchhh..mmg terbaiklah bro..dobol thumbs up to u..

    • Naga Yang Lapar

      08/06/2015 at 12:31 AM

      Sabahan kan kita. Sabah stail seja. Semua paham. Thank you!

  5. Yean Pauline

    08/06/2015 at 5:49 AM

    Puuuunnyaaa best sharing kamu… dan sa turut bersedih atas bantuan yg tak kunjung tiba…taapi sa percaya kamu selamat kerana Tuhan yg bagi kebijaksanaan tuk kamu buat keputusan untuk turun… salute to mountain guide yg sdh bersama2 kamu dlm menghadapi situasi ini.. credit to Naga yg lapar kerana membuat temuramah yg siokkk skalii.. dan akhir sekali.. I’m proud to be Sabahan..

  6. Girllyen Marcie

    08/06/2015 at 11:06 AM

    Memang satu Sabah bersedih atas kejadian yang berlaku.. syukur dan syabas bagi yang terselamat.. memang sukar untuk membayangkan perasaan yang terkandas apa lagi yang sudah meninggal.. memang itu Tuhan sajalah yang tau.. harap2 Gunung Kinabalu tidak ada lagi gegaran dan ‘makan’ orang lepas ni..

  7. dhiya aisha

    08/06/2015 at 2:27 PM

    syukur lh kamu selamat,, malim gunung memang tooooorbaik,,admin terima kasih share ini cerita,,mimang sabahan punya bahasa,,#kipidap
    #prayForSabah,,sia bangga jadi ank jati sabah!!

  8. Balkis

    08/06/2015 at 8:03 PM

    Saya ada pengalaman naik gunung kinabalu..sy cuba bayangkn keadaan ketika gempa berlaku..air mata mengalir laju bila saya baca kisah ini..

  9. hanim

    09/06/2015 at 8:04 AM

    nangis baca ini

  10. Corlye Deevonie James

    09/06/2015 at 9:29 AM

    syukurlaa selamat juga kamurang . apa pun sabah mimang terbaik .

  11. Ungkadit Tondiha

    09/06/2015 at 10:36 PM

    Bagi pendapat sia, barangkali gempa bumi tidak akan terjadi kalu ulang puti itu tidak buat kurang ajal.
    Tapi bagaimanapun saya puji kamurang sebab tidak putus asa,sbb kamurang ada kepercayaan bahawa kamu akan hidup.tremakasi juga kapada guide kamurang sabab dia telah memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan sampai ke bawah. praise the Lord most of you are safe. god is great. tapi kepada yang perished during the earthquake may their soul RIP and i only hope that they did not suffered soo much.

  12. Hmon LianJun

    09/06/2015 at 11:50 PM

    Trima kasih kerana share pengalaman semasa gempabumi d g.kinabalu Amanda. Syukur kpd Tuhan kerana anda dan group terselamat dan Sya bersimpati kpd pendaki2 lain yg terkorban…RIP..Amen 🙂

  13. kazama airithegi

    10/06/2015 at 2:32 AM

    satu pengalaman yg amat berharga bagi setiap kehidupan yg kita lalui..keputusan yg perlu di buat untuk tentukan kehidupan kita sendiri..sabah is the best among the best people opss sori i should say the BORNEO IS THE BEST AMONG THE BEST PEOPLEs..dobol thumbs up too borneo..proud to be sabahan..

  14. sabahan people

    11/06/2015 at 1:21 AM

    Sa betul2 tersentuh baca ni…dan banyak2 pengalaman org2 yang yang selamat daripada gempa itu menyebut Tuhan, saya sangat bangga dengan kamu semua, kerana kamu betul2 percaya bahawa Tuhan yang tolong kamu…saya pun betul2 percaya yang Tuhan Yesus yang tolong kamu…

  15. Isabell

    11/06/2015 at 8:14 AM

    sis amanda, sa menangis baca pengalaman yg kau share di sni, sbb sa bole bayangkan klau sa berada d tempat, sa btl2 bole rasa apa yg kau rasa, pengalaman yg menakutkan, yg sukar dilupakan. rasa sedih sgt dgr ada malim gunung sma pendaki yg lain terkorban. Bg sa, mereka la hero sebenar yg layak diberi penghargaan, apa2 pun, syukur kamu selamat. God bless you all.

  16. Siti

    12/06/2015 at 6:59 AM

    tak dapat saya bayangkan kalau sy di tempat anda..pengalaman yang mencemaskan..mohon share di fb..

  17. ROS

    26/06/2015 at 4:45 PM

    Syukur dan Puji Tuhan Amanda, kebarangkalian Tuhan menyertai kamu dalam misi kamu mendaki Gunung Kinabalu pada 5.6.2015. Saya sangat-sangat Terharu, Tersentuh hati dan menitiskan air mata kerana bukan Sabah, Malaysia tetapi Dunia memuji/mengiktiraf, terutama sekali Mountain Guide, Malim Gunung kita yang betul-betul telah memainkan peranan penting, menjalankan tanggungjawab mereka membantu, menyelemat sehingga ada Malim Gunung kita yang telah mengorbankan nyawa dalam misi menyelamat pendaki-pendaki..Inilah realitinya Orang Kita yang telah juga menggegarkan Dunia atas sifat-sifat yang baik dimana ianya boleh dijadikan role model kepada semua orang. Proud to be Sabahan….kpd Malim Gunung yang masih ada, saya tabek kamu ooo semoga Tuhan Memberati Kamu dan kpd Malim Gunung yang terkorban, Kematian kamu Bermaruah…RIP … Amen…

  18. siti salwa bt azahar

    29/06/2015 at 10:59 PM

    Subahannauwah kesiannye di Sabah sana ya apa yg berlaku di Sabah sana?gempa buminya sangat teruk ka

  19. Kacu Pikacu

    06/07/2015 at 2:51 PM

    Wktu kjadian gempa kinginan m tau cerita itu…tiba2 nama amanda gaby peter muncul dlmfb saya s kononnya terlibat dlm kjadian…tp bcerita pla ttng kejadian…jadi s minta minta ad seketika…dptlah saya membaca sampai sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Jalan


Advertisement

FEMES SINI


Balik