Ke sini kau bah juga

5 Kes Misteri Di Sabah Yang Tidak Boleh Kita Lupa

Misteri Di Sabah

Ko Tau Kah?

5 Kes Misteri Di Sabah Yang Tidak Boleh Kita Lupa

Kes-kes yang menggemparkan satu Sabah satu masa dulu. Mungkin kebanyakan kita tau pasal semua kes di bawah. Mungkin ada juga yang first time dingar. Apa yang sudah berlaku dengan ni kes semua? Bagi rakyat umum nya tiada sudah perkembangan lanjut. Kah ada update terbaru?

1)  Kes Pembunuhan Datuk Norjan Khan Bahadar

Datuk Norjan Khan Bahadar

Utusan.com.my

Info publik:

  • Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.
  • Dijumpai mati oleh chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya kira-kira 9 am pada Feb 11, 2004 di bilik nombor 208 | source
  • “Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck.” Menurut akhbar NST (berbeza sedikit dari segi fakta akhbar lain)
  • Suspek: Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin, 27 tahun pada masa itu. Tahun ini 2015 dalam lingkungan 37 tahun lah dia
  • Tuduhan kepada suspek digugurkan atas sebab tidak cukup bukti | source

Nota:

  • Ada CCTV, pita rakaman diambil pihak siasatan | source
  • Artikel Tranungkite.net | source
  • Tiada suspek, tiada motif dan tiada saksi

2) Double Six Tragedy

Tun Fuad Stephens

Via Wikipedia

Info publik:

  • Kapal Terbang jenis GAF Nomad N.22B  Buatan Australia | Source
  • Krew 1, Penumpang 10
  • Mangsa termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Fuad Stephens , Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion
  • Senarai nama lain: Anak lelaki Tun Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said Mohammad dan pilot Captain Nathan Ghandi
  • Kapal terbang dikatakan ‘stalled’ dan jatuh terhempas semasa pendaratan
  • Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu
  • Kapal terbang milik Sabah Air
  • Dipanggil “Double Six” sebab berlaku pada 6/6/1976

Nota:

  • Banyak spekulasi
  • Laporan siasatan masih lagi tidak diberi akses umum
  • Punca sebenar nahas tidak diketahui | source
  • Tengku Razaleigh Hamzah mungkin orang hidup yang paling last jumpa dia
  • Tengku sudah pakai safety belt dan Datuk Harris Salleh ngam-ngam ajak dia ikut kapal terbang lain (tinjau projek ladang sapi) | source
  • Datuk Jeffrey, Borneo Post | source
  • Sharing pengalaman si Razaleigh | source

3) 14 Gajah Pygmy Mati Kena Racun

Poisoned Sabah Pygmy Elephants

AFP pic

 

Info Publik:

  • Dijumpai mati January 2013
  • 14 ikur semua
  • Kandungan perut sudah di buat analisis | source
  • Mengandungi kandungan “arsenic, cadmium, iron dan chromium” yang tinggi
  • Berlaku di kawasan hutan Gunung Rara, dekat Tawau

Nota:

  • Belum ada suspek
  • Bahan begitu biasanya kena pakai di kawasan lombong atau tempat pemerosesan buangan (tapi area ni memang tiada berdekatan)
  • Seperti disengajakan
  • Motif tidak diketahui
  • Yayasan Sabah akan siasat | source
  • Setakat ini belum ada laporan umum tentang penangkapan suspek
  • Spekulasi tentang kenapa tiada update dan kerahsiaan bilang sebab pasal ladang sawit di sekitar ada kaitan sama ‘orang tertentu’ | source

4) Annie John Dismas

Nurse Annie John Dismas of Kudat

Photo Elton Gomez, Borneo Post

Info Publik:

  • Mendapat liputan luas di laman sosial
  • Keluarga dan rakan-rakan nya berabis bantu share tentang kehilangan dia dengan harapan ada yang dapat jejak / kenal pasti di mana-mana
  • Berasal dari Kudat dan bekerja sebagai seorang jururawat
  • Pergi ke KK bersama tunangnya untuk tujuan menghadiri kursus
  • Dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 (Sabtu) lepas dia tidak balik rumah | source
  • Mayat dijumpai pada 12 Oktober 2010 (Selasa) di kawasan Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang
  • Suspek termasuk tunang dan juga dua lagi individu ditahan reman | source

Nota:

  • Setakat ini tiada info online terbaru untuk kes ini
  • Laporan berita sebut “had injuries to her head and a broken rib.” | source
  • Tiada info umum berkenaan punca kematian

5) Pembunuhan Father De Wit, paderi St. Peter Kudat

St Peters Church Memorial Hall

Memorial Hall. Cccefalon Photo

Info Publik:

  • Hampir tiada info menyeluruh yang dapat di cari secara online
  • Merupakan Paderi Gereja St. Peters, Kudat
  • Kediaman nya di kawasan gereja diceroboh oleh individu yang tidak dikenal pasti
  • Dibunuh kejam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang
  • Tarikh 28 Ogos 1983

Nota:

  • Tribute to Fthr. De Wit by Agatha Lai | Link
  • Tiada suspek

Semoga satu hari nanti pesalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Kalau kamurang ada info atau rasa ada info di sini yang tidak tepat, komen atau kontek kami

 

 

 

Sources: 1 2 3 4 5

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

15 yang mengomen

15 Comments

  1. wilson

    30/01/2015 at 2:40 PM

    Ad satu lagi kes misteri walaupun kononnya selesai. Helikopter Sabah yang membawa 11 pekerja petronas jatuh di perairan Samarang. Heli dijumpai tapi kotak hitam tidak pernah di dengarkan pada umum. Tarikh tragedi 29.November.1995

    • Naga Yang Lapar

      30/01/2015 at 4:25 PM

      Ui menarik. Mesti di research ni!

      • Harjan mustakim

        01/02/2015 at 8:48 AM

        Ada lagi, di membakut.. ustaz kena terkorban kena tembak bakakuk, sampai skrg pembunuh tidak di ketahui.. al fatihah kpd ustaz ku… peristiwa tahun 1993 atau 1994, lupa..

  2. boboi

    02/02/2015 at 1:28 PM

    harap sangat itu tragedi double six d buka semula n mendapat pembelaan yg sewajarnya

  3. syz

    30/01/2017 at 6:47 AM

    ada lg misteri…pencerobohan sulu 2013..

    • KK

      31/01/2017 at 10:36 AM

      Betul juga tu

  4. yazid danial

    07/04/2017 at 1:25 AM

    tun fuad stephen is my grandfather bestfriend .

    • KK

      07/04/2017 at 8:11 AM

      Wow. Amazing stuff. Did you have any chance of meeting Tun in person?

  5. Rmond

    25/05/2017 at 3:04 AM

    Ini lagi misteri… Di kadai rokok premium hitam 5 ringgit.. Di kampung empat stangah.. Apa untung dia tu?

  6. Sabahan people

    15/06/2017 at 2:32 PM

    Ada lagi bha yang misteri.. Tu projek IC. Hahahaa

    • KK

      16/06/2017 at 3:31 PM

      Lol!

  7. Walt Hiroshi

    20/10/2017 at 4:59 AM

    Ada satu lagi kes pembunuhan tentang gadis lepasan SPM 1992-1993 berasal dari Tawau, di Kota Kinabalu bernama Sharifah Maskuna. Apa yang saya ingat melalui cebisan memori surat khabar, beliau tinggal di Api Api dan bekerja sebagai guest relation officer. Pada satu hari Sabah digemparkan dengan penumuan mayatnya yang dicampak di Bukit Bendera dalam begasi dengan keadaan mengerikan. Mayat dikerat beberapa bahagian supaya dapt dimuatkan ke dalam begasi tersebut oleh si pembunuh. Susulan itu terdapat kes mahkamah dengan beberapa orang suspek, tetapi sehingga kini masih misteri. Sesiapa yang tahu mengenai kes tersebut, mohon kongsi maklumat kerana beliau merupakan senior saya di Sekolah Tawau pada tahun 1990an dulu.

  8. neonz bluez

    05/11/2018 at 1:07 AM

    hrp seja sdh meninggl tu pembunuh faderi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Ko Tau Kah?


Advertisement

FEMES SINI


Balik