Ke sini kau bah juga

5 Alasan Kasi Tau Bini Kau Kenapa Mesti Beli Mitsubishi Triton versi Athlete

Ko Tau Kah?

5 Alasan Kasi Tau Bini Kau Kenapa Mesti Beli Mitsubishi Triton versi Athlete

5 Alasan Kasi Tau Bini Kau Kenapa Mesti Beli Mitsubishi Triton versi Athlete

Jadi di sini, saya akan bantu kamurang bagi 5 alasan kasi tau bini kau kenapa mesti beli Mitsubishi Triton versi Athlete.

Kalau di Sabah ni, rata-rata kalau ko tinguk, di jalan raya macam mau 40% ialah twin cabin, truck, four wheeler yang ko nampak. Itu pun kiraan dan pandangan saya yang rabun-rabun lah. Mungkin dia punya figures jauh meleset.. lol.

Tapi yang pasti, ko akan nampak telampau selalu lah 4wd punya kerita di Sabah ni. Kalau di KL pula macam kurang sikit ko nampak yang 4wd punya kerita di jalan raya kan? Mostly yang kontraktor ka, jabatan kerajaan ka atau urang yang ada banyak duit lebihan puluhan ribu dan rasa dia perlu kereta pacuan 4 roda dalam hidupnya yang selalunya akan pakai ni di KL.

Actually saya sendiri pun teda pakai kerita 4wd lagi. Although angan-angan tu ada juga lah. Saya punya keminatan actually Toyota lah. Sa pun pakai Toyota SUV. Tapi ni kali sa mau kasi luas sikit sa punya pendedahan lah dan cuba check out kereta dari brand yang bukan default dalam otak Orang di Sabah punya: (Selain Toyota, Isuzu bah) Kita pigi tinguk-tinguk lah tu barang dari Mitsubishi.

Adrian Kastum

Teh tarik ada, Triton pun ada

Lepas saya sampai showroom sana TBNC Motor Sdn Bhd (Mitsubishi Motors Authorised Dealer) saya di assist oleh sa-urang jejaka yang hensem macam saya juga. Nama dia Adrian Kastum. Dia ialah Sales Consultant di sana tu lah. Dia punya penerangan sangat clear dan telus. Sangat berpengetahuan pasal Mitsubishi.

Kay Kastum Triton

Mau test drive sampai Ranau tapi tidak di kasi

Lepas saya test drive tu Mitsubishi Triton “Athlete” (ini yang specs paling tinggi punya model) terus saya rasa macam ada alasan mau beli satu. Saya amat impressed dengan features nya. Kalau yang bujang mungkin buli buat keputusan lebih cepat. Tapi yang kita-kita yang sudah kawin ni, mesti ada sedikit cabaran lah.

Jadi di sini, saya akan bantu kamurang bagi 5 alasan kasi tau bini kau kenapa mesti beli Mitsubishi Triton versi Athlete.

Mitsubishi Triton ATHLETE - Poster

1) Automatic Transmission Yang Boleh Jadi Manual Juga

Bukan ko saturang saja pakai ni. Mana tau bini mau pigi balik kampung kazen nya yang ada dusun durian? Atau mau pigi singgah Bataras stok minyak masak sama beras? Ko tau lah kalau sudah start jem ni jalan di KK / Penampang ni. Bila ko pakai auto kaki kanan mu ja lah yang bekerja takan brek sama takan minyak. Kalau ko biasa poco-poco macam tiada seja tu. Kalau rasa mau manual, kasi switch saja anytime biar pun kau tengah naik bukit Kokol.

Mitsubishi Triton ATHLETE-2

Manual atau Auto? Dari kau saja duit mu juga

2) Safety Features Yang Mantap

(a) Ada [FCM] Forward Collision Mitigation – Maksudanya kalau ada orang atau kenderaan di depan pada masa yang sama tu kereta rasa macam ko punya kelajuan macam (mau langgar jak ni?) Otomatik akan ada bunyi kasi alert kau dan kalau perlu dia akan apply brake untuk elak pelanggaran. Biasa ini barang jarang dingar dalam 4wd punya kerita kan? Bulih tahan!

Mitsubishi Triton ATHLETE-3

Tidak boleh buat jahat kecuali kasi off lah

(b) [BSW WITH LCA] Blind Spot Warning with Lane Change Assist – apa barang ni? Yang biasa memandu tu mesti tau pasal “blind-spot” kan? Kadang tu kedudukan kereta belakang ngam-ngam di spot yang ko tidak nampak, so bahaya time ko mau tukar lane atau mau memotong. Ini system akan kasi keluar bunyi sama ada lampu di side mirror supaya kau tau ada kereta di bahagian blind-spot mu.

Mitsubishi Triton ATHLETE-4

Ikut kiri jika tidak memotong

(c) Rear Cross Traffic Alert [RCTA] – Nah apa lagi ni?? Ngam time bini mu parking di Donggongon bila dia parking masuk kepala kereta duluan. Masa reverse ndak payah sudah kasi telampau panjang tu leher mau tinguk ada ka tidak kereta di belakang limpas-limpas. Ada alert kasi tau kau kalau ada kerita yang dekat mau limpas, plus ada juga lagi kamira belakang kasi tambah senang hidup bini mu.

Mitsubishi Triton ATHLETE-5

Jangan pusing leher pandang belakang

(d) Ultrasonic Misacceleration Mitigation System [UMS] – Bukan Universiti Malaysia Sabah tapi macam bijak juga lah. Banyak ko dingar kes yang urang berabis tekan brek masa dia tengah parking sekali nya te takan minyak? Bahaya tu! Imajin ada bunga-bunga mahal jiran mu kau telanggar, ee palis-palis. So ini sytem akan tau kalau ko tiba-tiba pijak minyak berabis time yang tidak sepatutnya, dia akan tidak kasi chance daripada ko langgar pasu bunga jiran mu (atau kucing dia)

Mitsubishi Triton ATHLETE-6

Tiada alasan “Mana sia tau sia mabuk” (don’t drink and drive ya)

(e) Automatic High Beam [AHB] – Ui ni salah satu yang saya agak suka oh. Kita selalu marah-marah kalau urang highlight masa belimpas malam di jalan Tambunan tapi kita sendiri pun kadang terlupa kasi low light kan? Ini barang kasi senang hidup supaya dia sendiri kasi jadi low light lampu mu kalau detect ada kerita lain limpas di depan. Punya ohsem ni. Buli lah bini mu fokus Karaoke masa kau driving tanpa segan-silau (👈 sa sengaja taip tu)

 

 

Mitsubishi Triton ATHLETE-7

Lampung ku lebih pandai dari lampung mu

Triton

(f) Driving video Recorder [DVR] – Ini biasa kita akan install dalam kereta kalau rasa mau install. Tapi yang model Mitsubishi Triton “Athlete” ni memang sudah built-in lah. So tidak payah lagi mau kacau-kacau cable-cable, buka panel mau install sendiri.

Mitsubishi Triton ATHLETE-8

Sumpah nanti abang delete

(g) 7 SRS Airbag – Kalau 7 airbag pun orang masih kompelin nda tau lah. Siring-siring cermin semua dia cover juga. Tenang juga hati mu bila ko bawa family pigi Simpang Mengayau travel dari dari KK kan? Maksimum protection lah urang bilang.

Mitsubishi Triton ATHLETE-9

Bukan bantal untuk tidur ya

3) Radius Pusingan U-Turn Macam Bawa Kancil

Masa test drive tu Triton, Sales Consultant si Adrian Kastum yang hensem macam saya tu bilang “Cuba ko U-Turn nanti tinguk macam mana rasa dia”  So saya pun U-turn lah mau balik Sales / Showroom dorang. Saya rasa hairan sikit sebab ini double cab buli pula buat U-Turn senang-senang. Tidak payah sampai lane paling jauh pun dapat. Masuk terus lane ke 2 tanpa was-was. Nda tau apa punya sihir dorang pakai ni tapi kalau begini punya senang U-Turn, ini pun point kuat untuk bagi alasan ambil kereta baru supaya bini mu yakin apa lagi time tetinggal susu baby di rumah sana Kobusak bila sudah mau sampai Kundasang.

Mitsubishi Triton ATHLETE-10

Hello lori Kau ada?

4) Air Con Untuk Orang Belakang Pun Ada!

Nah ini jarang sa jumpa. Biasa harap air con depan kasi kuat supaya orang belakang pun dapat. Problem ni kalau berebut air con sama urang dapan. Buli lagi control masing-masing. Anak-anak pun gembira, uncle, kazan-kazen sama jiran mu yang kau bawa jalan pun akan rasa bersyukur dapat naik kereta baru mu.

Mitsubishi Triton ATHLETE-Air Con

Sejuk macam Kundasang

5) Tukar Gear Pakai “Paddle Shifters”

Ini barang ni yang macam F1 Driver tu bah. Yang tukar-tukar gear sana steering tu? Huiyoh best feeling nya oh. Apa lagi ni kereta ada Turbo bah. Pigi Kundasang ko lah paling manang masa overtake Myvi sama lori masa naik bukit. Buli jak set auto tidak payah tukar gear tapi sekali-sekala mau juga bah rasa kasi tukar gear untuk kepuasan hati. (Duit mu juga)

Mitsubishi Triton ATHLETE-Pedal Shifters

Myvi mu ada?

Kesimpulan saya

Jadi apa ku rasa ni Mitsubishi Triton “Athlete” ni?

Selesa, rasa macam bawa SUV jak ku rasa. Safety features yang cukup meyakin kan, ada additional power dan jaminan warranty 5 tahun  / 200,000 km memang menarik. Pilihan warna, Orange, Black dan White. Lagipun dia punya Sales Consultant yang hensem macam saya pun sangat baik melayan soalan sama mesra pelanggan. Kompom salah satu pilihan saya dalam list kereta off-road / twin cab.

Kay Kastum & Adrian Kastum

Sain kah tidak sain?

Banyak lagi features yang ada contoh 360 camera, leather seats, panel besar gila dan buli pakai iOS sama Android.. tapi itu ko experience sendiri lah.

Saya rasa, buli sudah kau persuade bini mu kenapa ko rasa mesti beli Mitsubishi Triton “Athlete” ni. Contact si Adrian ni hari langsung terus book test drive:

Adrian Kastum

Whatsapp Adrian

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

2 yang mengomen

2 Comments

  1. Michael Chee

    06/07/2022 at 11:01 AM

    Lupa mau mention yg dia punya super select 4wd memang mantap dan simple sja.

    • Kay Kastum

      06/07/2022 at 11:05 AM

      Thank you! Betul! Mo kasi chance dorang experience masa test drive itu lagi mantaps!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Ko Tau Kah?


Advertisement

FEMES SINI


Balik