Ke sini kau bah juga

VIPER CHALLENGE : KING OF THE MOUNTAIN, CHALLENGE PALING GILA DI GENTING

Gloria Residences

Jalan

VIPER CHALLENGE : KING OF THE MOUNTAIN, CHALLENGE PALING GILA DI GENTING

Hari tu kan, OrangSabah.com kena panggil p Genting bah, durang bilang ada event siok. Jadi, si Aki pun dengan bangganya offer diri la pigi, lagipun Genting bah, tiada event pun siok, apa lagi kalau ada event.

So sekitar 6hb March tu, si Aki pun datang la pigi Genting, Grand Ion Delemen Hotel, abis tu event kena buat di sana.. Sampai sana, hujan.. Macam di Kundasang juga, kalau hujan konfom sejuk.. Jadi mesti mau kupi panas..

Indahnya pemandangan construction di pengunongan

 

Ni event berlangsung selama 2 hari, dari 6-8 March 2020.. Jadi waktu sampai tu, hari pertama durang set up la.. Kami tida buat apa-apa lagi.. si Aki memang tida tau apa-apa pasal viper challenge, cuma tau dia obstacle run la..

Besar dari kepala urang bah durang angkat

#grandiondelemen #gentinghighlands #hotelmalaysia #viperking

Satu kali event start pagi, astagaaaa punya gila kerja durang ni.. Kamurang imejin la, Genting kan tempat tinggi, jadi oksigen pun macam sedikit nipis, lepas tu durang lari turun naik bukit, lepas tu buat challenge macam tu Ninja lagi naik sini turun sana lumpat sini beguling sana..

GILA! Itu ja si aki tepikir waktu tengok durang buat.. Ya maklumlah, last si Aki eksesais macam 3 tahun lalu ba.. Kalau kena suruh buat, konfom surrender macam beberapa orang yang pigi sana tu.. (Tapi at least diorang join lagi.. si Aki tida)

Oh ya, NCT Group merupakan rakan penganjur untuk event Viper Challenge: King of the Mountain ni.. Dan diorang menejer untuk rangkaian hotel di Genting macam Grand Ion Delemen Hotel, Gloria Residences sama G-Luxe by Gloria Hotel..

So, OrangSabah.com ditawarkan staycation di G-Luxe by Gloria Hotel.. Mo kestau sedia ah, sepatutnya si Aki perlu untuk ambil gambar detail di bilik, tapi excited punya pasal, ini ja gambar si Aki sempat ambil.. Lepas tu trus lumpat p katil..

G-Luxe by Gloria Hotel

Kalau ko cek di website booking hotel, (link hotel di sini) ni hotel di antara yang paling berkualiti di Genting.. Abis 5 star, bilik luas, murah, lepas tu tida sibuk macam di Main Area Genting.. Sesuai kalau kau mau cuti sama keluarga tercinta..

Dan rangkaian hotel ni (ni 3 hotel sebelah2 ja semua) ada macam-macam facilities yang siok juga.. Contoh macam ni Dinetopia, tempat makan dengan Visual Experience paling siok di Malaysia..

Sama ni Fairy Tales Café yang kiut.. Yang paling Insta orang bilang..

Ni memang untuk yang kaki insta la, paling manang dia punya background

Ni rangkaian hotel juga ada banyak kemudahan lain, macam grand ballroom, pelbagai meeting room, dan juga aktiviti-aktiviti untuk team building macam wall climbing, flying fox.. Gym, Sauna sama Kolam Renang pun lengkap sini.. Dari kau saja cukup masa ka tida mau round semua, abis si Aki 3 hari 2 malam sana pun tida sempat mau round habis..

Overall, jadi tukang tingu Viper Challenge : King of the Mountain ni memang experience yang baru bagi si Aki, dan macam mau start training la, manatau boleh join tahun depan.. Sebab, Tempat SIOK, Challenge dia pun SIOK!

 

Aki Borneo dan rakan

Terima kaseh NCT Group

#grandiondelemen #gentinghighlands #hotelmalaysia #viperking

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Hidup untuk Makan adalah Falsafah Pegangan Saya, jadi kalau kau ada apa-apa makanan mau kasi saya cuba, jangan lupa kontek kami.. Saya cuma tulak batu,kayu, terung sama peria.. Instahgrem Page Saya

3 yang mengomen

3 Comments

  1. CJ

    06/05/2020 at 5:08 AM

    Punya siok kamurang! Siap ada makan best lagi bah!!

    Tunggu lah aku esesais dolo, pasni aku mau ikut jugak! 😆😆

  2. PikaBoo

    06/05/2020 at 5:22 AM

    Jelesssssss!! Lain kali kasi hantar aku bah, OrangSabah! 😭😭

  3. Kay Kastum

    05/10/2021 at 10:06 PM

    Baiklah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Jalan


Advertisement

FEMES SINI


Balik