Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Video: Sabahan Di KL Berkumpul dan Mengingati Mereka yang Terkorban

Gempa bumi yang berlaku di Sabah masa hari Jumaat pagi 5 – 6 – 2015, laporan rasmi dia bilang 18 nyawa yang terkorban dan kebanyakan dia ialah warga Singapura seramai 9 orang, Malaysia 6, China 1, Jipun 1 sama Philippines 1. Liz Kumar yang berasal dari KK (orang All Saints) sama-sama dengan beberapa rakan dia yang kasi anjur ini acara yang simple tapi penuh bermakna. Lebih kurang 70 orang join candle light vigil siurang ni. Selain bejumpa balik kawan-kawan lama dan menghasilkan persahabatan baru, kami juga nyanyi lagu ‘Sayang Kinabalu’. Feeling dia memang lain bila suasana begini. Lagu Sayang Kinabalu rasa lebih bermakna dan lebih simbolik kalau banding sama dulu. Suasana tidak lah suram, tapi lebih kepada positif. Masa tu habuk banyak juga masuk mata saya.




Perjumpaan di Petaling Jaya State ini berjaya kasi kumpul juga dana untuk Mt Kinabalu Mountain Guides Association sebanyak RM 3150 masa tu dan kami difahamkan oleh si Liz, masih lagi ada tambahan yang datang selepas tu. Tidak banyak tapi semua memberi dengan sepenuh hati. Ada juga saya nampak ramai students Saito College yang Sabahan dan yang dari tempat lain bersama. Rakyat Malaysia yang lain pun ada join kami masa tu. Ada saturang Indian lady dia cakap dia sangat affected sebab dia sama team kawan-kawan dia sepatutnya fly buat via feratta next day di Gunung Kinabalu.

Thank you Sabahan di KL semua. Ramai yang mau join juga masa tu tapi tidak dapat. Tapi siurang buli rasa kehadiran semua Sabahan di seluruh dunia. Semoga the soul saudara-saudara kita yang terkorban akan tenang dan kita tidak akan berenti mau kasi sokongan kepada masyarakat di Ranau dan sekitar yang memerlukan bantuan dalam apa bentuk juga.

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

7 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
    • Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *