Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Tawau masa 90’an : 10 benda yang saya tidak akan lupa

Masa tahun 90’an, sempat tinggal beberapa tahun dan juga bersekolah di Tawau. SM St. patrick lepas tu SMK Kuhara. Mula-mula tu rasa ganjil juga. Cara cakap orang Tawau pun lain sikit. Masyarakat pun lebih majmuk rasanya. Indonesian culture memang kuat di sini cuma lebih kepada Sabah stail lah. Anyways, hari pertama saja masuk sekolah, ini dua urang classmate ku si Tigor sama si Sakaria bawa jalan-jalan pigi bandar untuk kasi kenal apa yang best di Tawau. Thank you guys!Dorang lah antara kawan yang first ku jumpa dan baik hati. Mimang siuk bah Tawau. Kawan-kawan semua macam-macam bangsa. Tinggal di Asrama Yayasan Sabah lagi, uinah. Cina ada, Indian ada, Bugis, Tidung, Banjar, Dusun, Murut, Iban, Bajau, Arab sama banyak lagi. Selama di Tawau dan lepas tu pindah sudah ini lah

10  benda yang paling saya tidak akan lupakan pasal Tawau masa 90’an

1. Nasi Bambung





Aduinah. Ini makanan time tu harga murah seja. Macam dalam Rm1.00 – Rm1.50 seja. Di gerai makan dekat pasar Tawau tu, time lapar tengahari…fuiiyoh. Nasi biasanya free flow, lauk dia ada tempe, siap ada ikan Basung lagi. Ada sup lagi kena bagi. Lada-lada secukup rasa. Ndak tau lah sekarang harga dia. Tapi tu musim, kalau kau student lagi atau bambung (tiada kerja a.k.a. menganggur) just nice la bilang urang.

2. Asrama Yayasan Sabah

Masuk sini masa tingkatan satu. Keluar tingkatan 6. Pengalaman di sini memang ndak buli dapat di mana-mana. Musim siurang, time tu ini asrama lelaki seja semua. Macam yang kamurang baca masa pembukaan tadi, macam-macam bangsa dalam 2 blok asrama ni. Asrama A sama Asrama B. Belajar lah berdikari di sini. Cuci kain, kemas katil, gotong-royong, share makan, bersedih, bergembira, kena hukum semua membina siurang jadi urang yang lebih berguna kepada masyarakat (kami rasa lah lol!) Lokasi Asrama ni sana Kampung Muhibbah. Pengalaman yang tidak akan kena lupa sampai mateh.

Asrama Yayasan Sabah Tawau
Budak asrama yang… gondrong!

3. Panggung Empress

Panggung wayang yang lagenda. Antara tempat hiburan yang popular. Tikit pun ndak lah mahal betul. Kalau tidak lupa macam Rm2.50 starting? Semua wayang ada. Wayang Cina, urang putih, Indonesia, Malaysia semua ada bah. nonton sama-sama kawan, sama cewek, sama keluarga.. ada lagi kah ini panggung ah?

Panggung Empress Tawau
Panggung Empress Tawau circa 1950 | northborneohistory.com

4. Rombengan di Kampung ‘Ice-Box’

Rombengan. Kalau English direct translation dia ialah ‘Junk’. Lol. Sepa ndak suka rombengan oh! Best bah. Macam-macam baju kah, kain kah, seluar kah buli dibeli. At least kalau cari baju pigi kebun, ndak juga sakit hati bila kuyak. Tapi paling ku minat kalau memburu seluar jeans lah. Huiyoh. Siuk bah! Memang susah cari lah tapi kalau tejumpa! Levi’s pun ada pernah ku jumpa ori lagi. Logo nya leather lagi tu. Tapi ni rombengan di Kampung Titingan a.k.a. ‘Ice-Box’ atau sebutan local nya ‘Esbok’ memang terkenal dengan dia punya status sebagai ‘black area’. Ndak buli suka hati masuk kalau kau ndak bawa kawan yang memang orang sana atau besa di sana. Orang bilang lah. More Info

5. Table

Tempat perkelahan yang femes di Tawau. Terutama muda-mudi sebab di sini buli mencari ketenangan dan lari dari kekusutan studies dan tempat bawa cewek bedating kawan-kawan bergembira ria sambil melihat keindahan alam semula jadi. Tempat ni nama dia Tawau Hills National Park a.k.a. ‘Table’ atau Taman Bukit Tawau. Di sini ada bekalan air sungai yang bersih sebab tempat ni di gazet kan sebagai National Park di tahun 1979. Ada air terjun juga sini yang best. Siuk sini sebab buli jungle trekking lagi sampai jumpa air terjun pas tu buli mandi. Tapi dalam air dia so kena waspada especially di tempat kawasan air terjun tu. Siurang pernah juga camping di sini tanpa kebenaran lol! Best bah.  More info

Remaja Tawau di TABLE
Remaja Tawau di TABLE

6. Nasi Kuning

Ini memang siurang tidak buli cakap tidak. Kalau kamurang ada chance pigi Tawau ah, kau mesti, mesti! mesti! try nasi kuning Tawau. Ndak kisah lah mana ko jumpa. Asalkan kau beli di Tawau. Ha! ha! Mungkin dia punya aura di sana, mungkin cara masaan urang di tawau, mungkin ikan dia yang fresh? Mungkin udara Tawau yang hebat? Antah lah. Apa tu nasi kuning? Actually Nasi Kuning ni makanan yang datang dari Indonesia. Tawau kan dekat sama indonesia jadi ndak lah hairan makanan Indonesia pun kau akan jumpa banyak di sini. Nasi kuning mimang kuning lah color nya. Apa yang bikin dia kuning ialah dia punya kunyit. Kalau di Indonesia serve dengan macam-macam lauk. Ayam ada, serunding pun buli etc. Tapi kalau di tawau biasanya serve sama ikan yg kena masak sambal pedas mirah-mirah.. aduiii lapar! More info

Nasi Kuning Tawau
Nasi Kuning Tawau | @instagram.com/fahmeekarim

7. Quong Ming Bookstore

Kenapa ini tempat? Sebab itu musim tiada shopping complex yang besar di Tawau. Quong Ming kira hebat sudah. Kalau pigi sini pakai baju cantik sikit sebab ramai cewek juga pigi sini. Lol! Quong Ming Bookstore juga jadi tempat untuk set appointment sebab semua urang tau ni tempat dan ada air-con juga bah so sambil tunggu kekasih mu atau kawan, sejuk-sejuk juga tu badan sambil tinguk-tinguk pensel sama pemadam ka apa ka. Bayangkan teda hempon lagi tu musim! Mesti ramai yang ada kisah menarik di Quong Ming ni.

8. Kampung Pisang

Ini kampung ni dia dekat sama tu Amber Park. Tapi kalau di Tawau Amber Park kena sebut “Ambar Pak” ha ha. Anyways, kenapa Kampung Pisang? Teda lah sebab kiut bah nama dia. Tempat ni menurut cakapan orang ramai ialah kawasan rumah setinggan dan tempat ‘gangster’ debilang. Macam ada kawan tinggal dekat-dekat area sana tu musim. OK seja dia pun… Mungkin area sini banyak tu pokok pisang kali tu la nama dia Kampung Pisang sebab siring sungai juga ni area. Tu jak lah pasal Kampung Pisang. ha ha.

9. Sabindo Seafood

Sabindo!! Kalau pasal makan excited seja bah! Teda ko dapat cari tempat makan seafood macam ini tempat! harga sangat reasonable. (Ingat ah tajuk ni artikel pasal 90’an so ndak tau lah sekarang) Kau mau katam ka, udang ka, sotong ka, ikan ka, siput ka, ayam pun ada. Semua siok! Bila mau bayar pun tidak lah akan ada perasaan dalam pikiran kau yang “aih, macam tidak berbaloi oh”… teda tuh! Memang kau akan cakap ui OK oh! Ya begitu lah tu perasaan dia. Saya ingat lagi tu musim saya belanja nenek saya makan sama family ku. Walau pun saya masih sekolah. Begitu lah keyakinan ku masa itu di tempat ini. Ha! ha! I love you Ina (bless her soul). Nah tinguk apa urang cakap sana Tripadvisor pasal ini tempat

Sabindo Tripadvisor
Sabindo Tripadvisor

 

10. Malaysia Airlines Flight 2133

FLIGHT 2133 BKI to TWU
FLIGHT 2133 BKI to TWU | bidnessetc.com

Peristiwa sedih di yang berlaku di Tawau di tahun 1995. Tu musim saya tingkatan 6 atas sekolah di Kuhara (Kalau ngam memori lah) Saya sama saturang budak satu asrama saya (Asrama Yayasan Sabah Tawau) baru on the way balik dari bandar ke Kampung Muhibbah (area asrama siurang) Ngam-ngam limpas dekat area Kampung Seri Menanti, nampak asap yang sangat tebal. Dari jauh lagi nampak actually. Sekali sudah dekat, memang nampak keadaan huru-hara. Ramai betul urang. Ramai juga yang teriak-teriak. Semua ni buli dingar dan nampak masa bas yang kami naik tu lalu tu area. Punya lah tragik! Suasana yang sedih dan menyayat hati yang mimang tidak buli kasi lupa. Kapal terbang Fokker 50 terhempas dan kena rumahrumah setinggan sebab landing telampau lambat. 34 nyawa terkorban (dan ada 2 lagi hilang?) Satu lagi yang paling saya ingat masa urang ramai di sana, ada pulak saya nampak urang bejualan. Not sure dia jual ais krim ka apa ka tapi ada juga urang membeli. OMG. Sambil-sambil tinguk suasana bah! Lepas tu dengar juga cerita ada salah satu penumpang yang terselamat, dia langsung balik rumah. Few days juga semua ingat dia sudah mati. More info | More info2

Thank you Jason Fernandez (Satu sekolah urang Tawau) – Sebab bagi info Nasi bambung 😀

Kalau ada info saya yang salah atau tambahan, sila komen ya pok!

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

19 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
    • Kay Kastum
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
    • Kay Kastum
  9. Avatar
  10. Avatar
    • Kay Kastum
  11. Avatar
    • Kay Kastum
  12. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *