Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

5 Senario Yang Kemungkinan Basar Berlaku Selepas GST

Mau masuk bulan April sudah bo gia… punya capat masa berlalu. Selain daripada takut kana terek masa April Fool’s day, paling sia takut adalah senario-senario yang bakal berlaku apabil GST mulai berkuatkuasa mulai bulan depan. Mustahil la bah kamurang nda tau apa tu GST (goods and services tax) bah kan? Kamu nampak juga tu iklan-iklan dia yang hangat keluar di TV, banyak juga banner-banner yang ko nampak ada pakar yang menawarkan kursus tentang apa itu GST, syarikat software pun sibuk sudah menawarkan sistem yang boleh buat kira-kira untuk GST dan beliau-beliau yang lepak di kadai kupi pun masing-masing menyuarakan kepakaran masing-masing tentang GST. Di mana-mana saja ko pigi mimang ko dingar juga tu cerita tentang GST… GST… GST. Isu GST begitu hangat sampai anak Ah Jib Gor pun capat-capat kahwin sebelum GST berkuasa… USD500 000 punya mas kahwin banyak juga bah tu kalau kana GST, haha.

So, inilah antara 5 senario yang kemungkin besar berlaku di Sabah selepas GST berkuatkuasa bulan dapan nanti.

 

GST
GST membantu?

01. Harga Barangan Di Tamu Samua Naik!

Walaupun banyak juga barang-barang yang dikecualikan daripada GST, tapi diorang terpaksa juga kasi naik harga barang-barang diorang sabab diorang kena juga membeli barang-barang lain yang dikenakan GST. Tu inan-inan yang menjual sayur tu tarpaksa juga jual RM4 satu ikat sayur barangkali, sabab tu kirai yang dia salalu isap ada kana GST. So terpaksalah up sikit harga sayur untuk cover kos kirai dia tu.

 

Tamu Sabah
Berenti makan daging lah ni (Photo by CEphoto, Uwe Aranas / CC-BY-SA-3.0)

02. Harga Makanan Sadap Naik Lagi!

Barangkali kena bayar RM15 sudah untuk satu mangkuk Ngiu Chap di Kah Hiong nanti… mo kar liao pun kena berfikir 20 kali baru buli buat keputusan oh. Tapi apa kan daya juga? Nafsu orang Sabah ni mimang kuat makan makanan sadap bah. Biarpun harga makanan sadap semua naik nanti, terpaksa juga siurang pi singgah merasa sekali sekala ni nanti. Ada yang mo join sa pi makan chicken wings di Lotus Damai kah nanti hujung bulan ni? Nanti mahal sudah tu sa kestau ko lah. Adui… tu mee sup ikan di Wan Wan lagi???

 

03. Harga Tambang Bas Naik!

Ko imagin lah perasaan semua orang yang naik bas nanti. Sudah lah majoriti yang naik bas ni setakat ala kadar ja gaji diorang… tambang bas naik lagi, susah sudah diorang mo tampung tu kos perjalanan diurang. Gaji inda pandai naik, sistem bas pun inda pandai maju-maju… tapi bayaran tatap naik like no body’s business. Saya pun parnah naik bas bah pigi karaja dulu… jangan ingat sa inda tau tu perasaan ok…

 

BasTambang
Bukan salah ku

04. Harga Rumah Sabah Macam Harga Rumah di Hollywood Kali

Kamurang tau bah kan yang tu keputusan kajian tentang harga rumah di Sabah adalah yang termahal di Malaysia? Nah, kalau kamurang nda tau pun tidak apa, sebab kalau kamurang rancang mau beli rumah di Sabah, mimang kamurang akan terasa juga tu nanti. Kepada generasi muda yang macam siurang ni, keupayaan untuk memiliki sebuah rumah di Sabah barangkali mimang tidak akan dapat punya lah. Kecuali kalau ko penjawat awam yang mimang sanang mo dapat pinjaman 100%, tapi itu pun akan separuh mati mo bayar sebab tempoh bayaran balik yang lama. Kesimpulannya, kita mimang hidup untuk bayar hutang ja la T_T

Makanan Kucing
Kena GST ka juga makanan ku?

05. Mogok Minta Naik Gaji!

Okay lah… Numbur lima ni kebarangkalian untuk berlaku mimang kicil lah di Sabah ni. Kali mimang stail Sabahan bah… rilek ja, go with the flow urang putih bilang. Sampaikan hakikatnya yang negara kita ni mimang kaya dari segala-galanya, tapi urang-urangnya tatap yang termiskin pun kita buli kasi biar ja. Sinang-sinang ja kita bagi urang lain ambil kesempatan terhadap kekayaan hasil bumi kita, dan biarkan diri kita sendiri yang sangsara dianak tirikan. Kita urang Sabah mimang champin tutup sabalah mata bah. Buat nda tau ja. Sampai bilalah konon anak-anak Sabah ni baru boleh menikmati kehidupan yang lebih sanang?

Kamurang rasa, apa lagi yang mungkin berlaku apabila GST dikuatkuasakan nanti April 2015?

Mr. Chiaming

Blogger, photographer dan pencinta keamanan. Anak jati Keningau yang mempunyai cita-cita untuk mengembalikan keagungan cinta antara sesama manusia. Kuat makan. Buli juga lawat Blog Saya

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *