Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Sabahan bah ni! : Nadira Ilana, dia bikin filem

Bikin filem ka apa?

Siapa pernah tinguk dokumentari tajuk dia The Silent Riot / Rusuhan Tersembunyi? Masa first time tinguk macam biasa tidak kisah sepa yang bikin tu. Tapi lepas tinguk eh? Actually banyak juga research kena buat ni kalau bikin dokumentari macam tu. Tambahan lagi, footage-footage archive macam tu bukan buli cari online seja, kena juga pigi jabatan yang ada simpan semua tu filem-filem. Lepas tu baru saya cek sepa bikin ni filem ni? Eh Nadira? Nadira Ilana. Ingatkan makcik-makcik RTM begitu. Sekali nya ..ui cewek bah ni!

Lepas tu pulak, dia ada lagi bikin beberapa projek termasuk filem pendek dan juga dokumentari lain.  Big Stories: Bongkud-Namaus sama ‘Lastik’ to name a few. Mari kita cek apa dia bulih kongsi sama kita dari interview kami secara bukan live ini.

Nadira Ilana

Nadira Ilana Bongkud Namaus Screening
Cantiknya!.. hasil seni di belakang

1. Apa bah nama penuh kau ni?

Nadira Ilana bah ni.

2. Sabahan banyak bangsa. Kau bangsa apa?

Dusun Sasat (tapi mantad hiiiiillo Keningau)

3. Lahir di mana?

Jesselton kio.

Nadira Ilana Padi Girl
Gadis padi dengan kamera nya

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa?

21.

5. Apa kerja pertama kau yang bergaji?

Cashier 7-Eleven.

6. Apa bah dipanggil jenis profesion kau ni?

Pembikin filem pun bulih.

Nadira Ilana with the cool kids
Coolest kampung gang

7. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni?

Saya berminat dengan filem sejak remaja lagi. Zaman tu kami selalu pigi Poring Cinema di KK dan dari sana lah saya mula cinta kepada filem dan ingin tahu apa cara nya untuk bikin filem. Saya teda angan-angan untuk jadi pengarah lah pada masa tu, cuma ingin tahu saja. Sebab itu lah saya pilih untuk belajar filem di universiti lalu mula bekerja di Kuala Lumpur. Sayang itu Cinema Poring di KK sudah tiada. Sabah really needs to preserve its architectural heritage.

8. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yg telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu?

Mentor tu ramai tapi kalau bilang yang dari Sabah, tentu lah ianya Yee I-Lann, seorang artist dan pioneer sebagai seorang art director untuk filem dan iklan TV Malaysia. Saya sangat kagum kepada dia punya intelek, falsafah dan integriti dalam dia punya approach terhadap seni. Kalau kamu tengok Pangrok Sulap, Tamu Tamu Collective dan generasi penggiat seni Sabah sekarang, kami semua ambil nasihat daripada I-Lann. Dia lah yang bagi kami semua semangat untuk berjaya dan menghasilkan karya seni yang dapat sampaikan cerita dan identiti Sabah kepada luar negara. Karya seni dia sudah kena exhibit sampai New York, Japan dan Australia. Malu kalau ada artist Sabah yang tidak kenal nama dia.

Nadira Ilana Dusun
Saya Dusun bah

9. Pencapaian peribadi atau pun publik yang kau sangat gembira dan berpuas hati setakat ini

Lepas saya hasilkan dokumentari pertama saya, Rusuhan Tersembunyi / The Silent Riot, ada belia Sabah yang komen bahawa filem ini telah membuka mata diorang kepada sejarah Sabah dan dari sana, diorang dapat ingin tahu lebih tentang identiti kita.

Tahun lepas saya dapat siapkan satu projek bertajuk ‘Big Stories Bongkud-Namaus’. Itu adalah satu projek yang sangat mencabar sampai ia mengambil masa satu tahun untuk siapkan tapi last last, apabila kami adakan itu World Premiere di Ranau, itu lah satu pengalaman yang sangat membanggakan. Kami dapat bantuan daripada FINAS untuk anjurkan satu pesta filem kampung dan kita dapat jemput sebanyak seribu orang. Hari itu ada banyak aktiviti yang menarik. Memang kampung-kampung betul lah. Mula dari pagi ada game seperti tarik tali, main sambut telur ayam dan sebelah petang pula, ada pertandingan untuk pondok yang tercantik. Saya terasa sangat kagum lah dengan kreativiti orang Kampung Bongkud sebab tiap-tiap pondok dapat mempamerkan budaya Dusun, makanan dan pakaian tradisi kaum Dusun dengan teliti. Sampai itu ‘dangol’ headhunter pun ada. Smart gila. Saya masih ingat lagi, mood yang ada di dewan tu apabila kami tayangkan itu filem komuniti.

Bukan saya sahaja, tapi satu Kampung Bongkud dan Namaus telah bekerja keras untuk siapkan projek ini bersama-sama. Ada yang ketawa, ada yang menangis. Itu adalah satu pengalaman yang sangat istimewa sebab mereka bukan penonton yang biasa. Ramai yang terlibat so apabila mereka tengok balik, ada keluarga, ada rakan-rakan mereka yang starring, pengalaman itu menjadi lebih manis.

10. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam bidang ni?

Walaupun saya besar di Sabah, saya rasa macam saya kurang tahu tentang budaya dan sejarah saya sendiri kerana kebanyakkan media Malaysia lebih kepada cerita semenanjung sahaja. Sebab itu lah kebanyakkan filem saya berkisah tentang identiti.

Kalau di semenanjung, memang pembikin filem dari Sabah Sarawak adalah minoriti. Cabaran utama saya ialah untuk cuba dapat pengalaman di Kuala Lumpur sambil cuba hasilkan filem di Sabah. Culture clash antara Sabah dan Semenanjung pun agak mencabar lah sebab kadang-kadang, ada yang tidak terima budaya kita tapi makin lama yang saya kerja dalam bidang ni dan teruskan usaha saya, diorang pun mulai faham dan ingin tahu. Diorang tau sudah yang Malaysia ni bukan cuma ‘Melayu, India, Cina’ sahaja. Industri filem Sabah pun belum cukup matang lagi tapi saya konfiden yang dalam beberapa tahun yang akan datang, oleh sebab kami sekarang ni sudah masuk zaman social media, lagipun kerajaan pun bagi makin banyak sokongan kepada industri filem Sabah Sarawak, masalah ni akan jadi a thing of the past.

My dream is to see a Sabahan film, directed by a Sabahan play in Malaysian cinemas.

Nadira Ilana Kiut Seja
Kiutnya gambar-gambar nya!

11. Kerja begini dapat jumpa ramai jejaka ka?

Ya  ✓

Tidak

Rahsia

12. Kalau pigi Karaoke apa kau lagu yang pertama selalu?

Irene Thaddeus – Kaandaman Doid Kampung. Lagu klasik yang saya guna sebagai soundtrack untuk filem pendek saya, Lastik.

13. Kalau lah bumi ni hancur suda sebab kana serang raksaksa, ko kana pilih untuk terbang dalam kapsul angkasa pigi tempat planet baru untuk jadi orang pertama kasi kembang tamadun manusia. Ko cuma bulih bawa 3 kategori saja naik sama kau. a) Makanan b) Alat muzik C) Orang lain

Example: Belacan, kastenet sama Jamal Abdillah
a) Tuhau b) Electric guitar c) Boyfriend aku oleh kerana sebab yang praktikal.

Nadira Ilana Singer Songwriter
“Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta..”

14. Apa nasihat kau untuk urang-urang yang mau ikut jejak kau ni?

Jangan jadi jaguh kampung. Ini adalah satu industri yang sangat luas dan bersejarah. Pembikin filem kena sentiasa mencabar diri untuk pandang luar dan hasilkan produk yang boleh bertanding dengan standard antarabangsa tanpa lupakan identiti dan audience sendiri. Bagi saya, ia sangat penting untuk menonton filem dan baca buku dari Asia Tenggara – Singapore, Thailand, Philippines, bukan saja filem Hollywood sebab kami pun belum ada infrastruktur untuk bikin filem macam tu. Cari suara unik dan cuba faham isu Sabah. Jangan bulat-bulat tiru cerita orang lain sebab kami pun ada identiti sendiri. Cuba masuk pertandingan pesta filem antarabangsa ataupun pertandingan filem di Kuala Lumpur. Jika ada orang yang perlu apa-apa bantuan ataupun nasihat, diorang pun boleh contact sya melalui Facebook ataupun saya punya website – http://nadirailana.com

(Bonus) Cuba lukis muka kau sendiri?

Saya whatsapp ko balik lepas lukis

Saya ndak mau! ✓ Editor(ish!)

OK. Dibawah ni link-link untuk contact atau follow apa si Nadira punya next project (atau tips tempat cari rombengan best)

Instagram si Nadira Facebook si Nadira Website si Nadira Hempon number si Nadira

KK

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *