Ke sini kau bah juga

Sabahan Bah Ni! : Flanegan, mari ku gambar kau

Seni

Sabahan Bah Ni! : Flanegan, mari ku gambar kau

Ini kali siurang mau kasi kenal kau sama ni saturang Sabah yang profesion dia ialah Photographer. Bukan ramai urang buli cakap dia ialah /pernah jadi international  photographer dan ada dapat buat exhibition segala. Flanegan Bainon urang Putatan, akan share sikit pasal pengalaman dia dan apa kau buli buat kalau kau mau ikut jejak langkah dia yang penoh pancharoba ini.

 

Flanegan B

Hidup ini umpama portret yang perlu di interpetasi

1. Apa bah nama penuh kau ni?

Flanegan Vester Bainon

 

2. Sabahan banyak bangsa. Kau bangsa apa?

Murut Sasat sampur Cina Sasat

Portfolio - Flanegan

3. Lahir di daerah/ kampung mana kau?

Lahir di KK, Membesar di Putatan. Orang KK. Kampung beliau di Keningau. Kampung Mom sia pula sanaaaaaa KL.

 

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa?

Harimau 86

 

5. Apa kerja pertama kau yang bergaji?

Gas Attendant, tulung2 uncle punya pump minyak kedai time dorang baru buka. Kena bagi jugalah allowance. Tapi official, ambil Runway Fashion shoot di Australia untuk kawan Fashion Designer.

Ann Osman - Flanegan

6. Apa bah dipanggil jenis profesion kau ni?

Pindik kata : Photographer

 

7. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni?

Time saya kicik mau jadi Architect, lepas tau protocol sama prosedures kerja sebagai Seorang Architect di Malaysia. Mungkin indada peluang tinguk unik idea bangunan saya berdiri di KK. Dorang prefer simple saja. Time Sekolah menengah ni. Tiba2 abis sikul, saya mau jadi Fashion Designer, mau buat brand clothing sendiri fokus kepada Streetwear Fashion dan juga minimalism fashion. Itu impian masi ada lah dalam hati actually. Masa saya ada peluang menggembara Eropah selama 1 bulan. Karier perspective saya tiba2 berubah. Nampak banyak crew ‘behind the scene’ ambil gambar komersial di Florence, Italy. Saya berdiri di sana 10 minute observe cara dorang kerja. Dari sanalah saya bilang sendiri, ini kalilah. Photographer, is what I want to be. haha Selepas abis menggembara di Eropah selama sebulan. Parents sia tanya apa sia mau belajar degree. Sia cakap sia mo sambung belajar Photography sanaa Amerika. Tapi time tu Visa strict brabis untuk Malaysian. Saya sambung belajar Degree saya sanaa Melbourne, Australia selama 3 tahun. Time di Australia, sambil belajar saya ambil peluang menimba ilmu jadi “Photo Assistant” untuk local international photographer. Lepas tu, saya pigi Tokyo, Japan kerja sebagai Photographer selama 2 tahun. Pernah ambil gambar untuk Toyota Japan, Lowry Farm, Company besar yg saya inda ingat dan juga video untuk Japanese Musician, SanDisk Japan & Fashion Week Shanghai (Japan version). Banyak pengalamanlah kerja di Big City. That’s where all the big job come from..

Portfolio3 - Flanegan-

8. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yang telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu?

Ibu-Bapa sia sama 2 adik perempuan yang bikin panas. Sebab parents saya open minded dengan halatuju saya dan adik yang selalu bagi advice yang sarkastik. Jalan hidup pula, time tinggal di luar negara. Saya observe dan berkawan berbagai jenis karakter. Yang bagus, yang don’t give a **** punya jenis, do-or-die attitude punya jenis. Yang betul2 jahat punya jenis. Mereka punya life-advise dan storylife like my own version of Bible. Sekarang.. Jalan hidup saya memang simple dan minimalist atau kawan saya bilang underdog. Sebab inda banyak orang tau career background saya.

 

9. Pencapaian peribadi atau pun publik yang kamu amat gembira dan berpuas hati setakat ini

Hmmmmmm… Apa ahh.. haha Saya rasa sebagai Orang Murut, pencapaian jadi International Photographer memang inda boleh disangka. Selalunya kau tengok International Photographer ialah Orang Putih atau majority bangsa Asia iaitu Cina, Korean & Jepun. So far, saya ada exhibition di Australia, Switzerland, Germany,Jepun dan juga di Malaysia (Penang, KL, KK). Kita pencapaian yang inda boleh disangka. Tapi bagi saya ini adalah sebahagian dari jalan progress kerjaya sayalah. Mungkin saya boleh cakap saya first time dapat Gold Model wakil University main Bowling di Australia. Sebab saya inda pernah dapat Gold Model main bowling di Sabah.

Portfolio4 - Flanegan

10. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam bidang ni?

Follow-up, Meeting dan constant bersosial dengan client & crew. Orang luar selalu ingat Kerjaya sebagai Photographer kerja kita ambil gambar saja. Sebenarnya tidak lah, kita menghabis semua masa di meeting, follow-up dan juga pre-production. Mungkin 25% saja ambil gambar dalam 1 project.

 

11. Kerja begini dapat jumpa ramai ‘sumandak’ ka?

YA ✓ | TIDAK  | RAHSIA

 

12. Apa masakan Sabah yang kau paling tidak buli kasi lupa?

Kuey Teow Ayam sama Sabah Cili Padi.

Portfolio5 - Flanegan

13. Selain kerjaya kau ni apa lagi yang kau buat selepas ‘waktu pejabat’?

Kalau terlalu penat, balik terus tidur mati. Kalau kawan call jumpa, ada mood pigi yamcha sama dorang. Kalau introvert saya keluar, balik rumah tutup pintu bilik main game, baca buku atau marathon tinguk documentari video di Youtube. Saya mengajar Photography di lokal kolej juga. Sebagai freelance lecturer.

 

14. Let’s say lah kau sekarang ialah Ketua Menteri Sabah Apa benda pertama kau akan usahakan dan kenapa?

Kasi improve itu Public Transport, buang bas mini masuk KK City tapi focus on residential area & bina terminal bas di setiap prime residential area untuk pergi ke Bandar dan juga connecting route ke prime pekan. Inda payah transit pigi KK City pergi ke pekan lain lagi. KK BRT jadi main bus masuk ke City Centre dan ada schedule time bila bertolak. Dan juga kasih improve jalan raya di seluruh Sabah. Kasi luar sikit Internet connection ke pedalaman Sabah dan kasi autonomy Pendidikan Sabah. Ini benda yang penting tapi masi inda dalam standard par. Kadang2 bikin gerigitan jugalah..

Portfolio2 - Flanegan-

15. Apa nasihat kau kepada mana-mana orang Sabah yang mau menceburi apa yang kau buat sekarang ni?

– Kalau boleh belajar 1 atau 2 ekstra Bahasa. – Berani cakap “No” atau “Tidak boleh”. – Berani bagi advise kepada client market harga standard. – Jangan undercut itu market, trust me yang sengsara will be you in long-term. – Selalu bersedia menghadapi cabaran. – Bersedia berjumpa berbagai jenis karakter clientele. – Kalau boleh, time meeting pakaian kasi kemas sikit. Simple clean shirt, jeans with shoe tapi bukan seluar pindik sama sandals. Dan akhir sekali, Jangan terlalu harap Kamera & Photoshop boleh kasih tolong fix gambar kau kalau Negatif Digital gambar itu memang inda begitu menarik. Get the right basic things all correct & then barulah boleh retouch dan tweak itu gambar.

Instagram : flaneganb Web

Kalau kau rasa ada mana-mana Orang Sabah yang patut di beri perhatian di majalah online kita ni, jangan malu kuntik kami ah. Nanti dia balik kampung tiada internet susah mau atur nanti

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance kepada ramai Orang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mau kasi wasiat keluarga RM 1,000,000? Klik untuk 👉Free Quotation👈 ni hari.

Bah. Mau komen apa-apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Seni


Advertisement

FEMES SINI


Balik