Ke sini kau bah juga

Sabahan Bah Ni! : Esther Applunius, Apa Kau Lagu?

Esther Applunius OIAM Orang Sabah WP

Seni

Sabahan Bah Ni! : Esther Applunius, Apa Kau Lagu?

Kalau kau ndak kenal siapa dia ni kemungkinan besar kau baru sedar dari koma selepas tahun 2009. Sebab pada tahun itu ada ni pertandingan One In A Million Reality TV Show yang mana dia berjaya masuk ke peringkat akhir. Sengit gila pertandingan tu dan dia mendapat tempat kedua walau pun dalam hati semua peminat dorang tau dia adalah Numbur Satu! (Sabar peminat!) Esther Applunius walaupun dengan schedule nya yang busy, masih sempat lagi bagi peluang Majalah Online Sabah Stail #orangsabah untuk menemuramah dia dan share apa yang ada dalam hati dan pikiran dia. Bah, jangan stop sini jak. Kita cek apa anak orang Papar ni mau cakap.

Esther Applunius

Esther, fb

1. Apa bah nama penuh kau ni?

“Sebenarnya sy mau kasi tapuk nama sy ni.. Supaya tdk kedapatan.. Tapi apa buli buat kau sudah tanya. Nama saya, Elizabeth Applunius Chin.”

 

2. Sabahan banyak bangsa. Kau bangsa apa?

Sino Kadazan Dusun

 

3. Lahir di mana?

Queen Elizabeth Hospital 1

 

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa?

27, setakat ini

 

Esther Applunius Sabahan

Esther, fb

5. Apa kerja pertama kau yang bergaji?

Sales promoter, jual perfume di KKIA.

 

6. Apa bah dipanggil jenis profesion kau ni?

Penyanyi, komposer, dan pelakon.

 

7. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni?

Keluarga sy mmg berketurunan musician, bapa sy dulu seorg pemain bass kumpulan D’4brothers yg dulunya sering membuat prsembahan anjuran RTM. Sy mula berkecimpung nyanyi2 di kawin2 seawal usia 9tahun. Trus pandai ikut prtandingan. Pencapaian pertama sy adalah memenangi pertandingan anjuran RTM, Bintang Kecil Sabah dan Kebangsaan pada tahun 1998. Dan prtandingan seterusnyaa..

 

8. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yang telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu?

Bapa sy. Bapa sy seorg supportive dari kecil sampailah sekrg. Dia selalu ikut sy kemna2 function dan show masa sy kecil dan remaja, tapi skrg dlm usia yg dewasa ni dia jarang sdh ikut sy. Sebab 1st sy nda mau kasi susah dia. 2nd bapa sy kerja dan sibuk ambil hantar adik sy dua org yg masih sekolah. Sy rindu waktu2 dulu

Esther Applunius dan orang-orang Sabah

Instagram

 

9. Pencapaian peribadi atau pun publik yang kamu amat gembira dan berpuas hati setakat ini

Juara sugandoi peringkat ngri 2005
Juara lagu carta artis sabah 2011
Tmpat kedua One in a million musim ke 3.
Dan ramai lagiii…

 

10. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam bidang ni?

Fuh….cabaran utama ialah Diri sy sendiri dimana sy perlu sentiasa berusaha utk berada di level yg sy berada skrg dan maju kehadapan sy. Dipendekkan kata, sungguhpun tdk femes, at least tidak tenggalam di bawa arusss….
Cabaran strusnya ialah sy mencabar diri sy utk sentiasa up to date kepada trend2 music skrg spya sentiasa ada lagu baru yg membolehkn sy mdpt inspirasi utk compose lagu baru.
Cabaran strusnya ialah utk memaintainkn range suara supya tdk lari range.

Zaman OIAM

11. Kerja begini dapat jumpa ramai ‘tanak wagu’ [jejaka] ka?

YA ✓ | TIDAK | RAHSIA

 

12. Kalau pigi Karaoke apa kau lagu yang pertama selalu?

Tiada yg spesifik. Ikut mood

 

13. Tiap kali kalau pigi tinguk wayang, apa makanan standard kau mesti bawa masuk?

Popcorn dan air meral.

 

14. Let’s say lah rumah kau banjir dan kau buli ambil satu saja item list di bawah naik bot penyelamat? Mana satu kau akan pilih dan kenapa?

Smartphone yang Habis Battery ✓
Gambar Boyfren Mu
Sebotol air mineral 500ml
Make up Set
Bambangan satu container

(14) Kenapa?

Fon kan penting. Kalau jumpa karen dan charger nti buli buat panggilan yg penting.

 

Orang Sabah Esther Applunius

Instagram

15. Apa nasihat kau kepada mana-mana orang Sabah yang mau menceburi apa yang kau buat sekarang ni?

Jgn berhenti utk belajar benda baru. Stay humble, low profile. Kalau sdh naik sikit jgn lupa diri. Jgn lupa beramal jg klau ada duit show sikit2, tambah pahala dan rezki jg tu

Esther : Facebook Fanpage

Kalau kau rasa ada mana-mana Orang Sabah yang patut di beri perhatian di majalah online kita ni, jangan malu kuntik kami ah. Nanti dia balik kampung tiada internet susah mau atur nanti

Langsung baca habis
Advertisement
Baca ni juga..

Sumandak Dusun yang suka makan tarap sama bambangan :) Tapi kalau durian sia lari jauh-jauh. Selain menulis di sini, saya buat bisnis di sini

2 yang mengomen

2 Comments

  1. carl rossi applunius

    04/02/2015 at 2:04 AM

    saya sokong artis2 sabah, terbaik… teruskan perjuangan.. untuk urg2 kita… @ kita urg. sentiki dulu.!!

    • Naga Yang Lapar

      04/02/2015 at 2:06 AM

      Siapa lagi kalau bukan kita dulu start sukung urang kita! Yes!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Lagi ada Seni


Advertisement

FEMES SINI


Balik