Contact Siurang!Jangan ko minta puji malu-malu sana

Sabahan Bah Ni! : Chef Six, Apa Kau Lauk?

Ramai urang Sabah yang berkecimpung di dalam bidang hospitality (bukan yang orang sakit) especially hotel line, food and beverage dan service industry yang berkaitan. Bidang macam ni memerlukan individu yang amat kuat dari segi mental dan fizikal sebab beban kerja adalah di luar kebiasaan urang macam kita yang masak megi mee pun pandai kompelin kalau kena suruh mama.

Ini kali kita mau kasi bagi inspirasi sama kamurang kalau kau minat bidang masak-memasak sebab kalau auntie kau ndak suka masakan kau, jangan kau sedih sebab kalau kau jadi tukang masak yang di luar sana, ramai lagi yang masih suka citarasa kau punya stail. Mari kita kenal Chef Six (Ya kau mesti panggil dia begitu), urang Ranau dari Kg. Muhibbah peringkat 1. Pandai masak dan pandai main jitar juga! Talented bah Sabahans!

 

Chef Six Bah ni
Tanya saya kenapa tupi mesti tinggi?

1. Apa bah nama penuh kau ni?

Sixtus Bakansing

 

2. Sabahan banyak bangsa. Kau bangsa apa?

Bapa Kadazan, Mama Dusun

 

3. Lahir di daerah mana kau?

Ranau

 

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa?

1977

 

5. Apa kerja pertama kau yang bergaji?

Lepas SPM kerja di Karaoke jadi Waiter gaji RM400 satu bulan

 

Chef Six orang Sabah bah
“Clean as you go in the kitchen OKEH!?”

6. Apa bah dipanggil jenis profesion kau ni?

Profesion saya ialah Ketua Tukang Masak, kalu english bilang Head Chef

 

7. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni?

Lepas dapat sijil 6 bulan untuk penyediaan makanan, saya kerja di Hyatt Regency Hotel KK, Walaupun permanent partime, kerja juga sia sampai 6 bulan sana, walaupun inda dapat status permanent sia tetap kerja untuk gaji RM4 satu jam, sampai lah masa tu 1997 krisis ekonomi dunia yang paling teruk. Gaji dibayar RM2.50 satu jam telah memaksa saya untuk membuat keputusan untuk mencari pengalaman di Kuala lumpur.

Mugkin sudah tercatit dalam hidup ini, dalam 10 surat permohonan pekerjaan, hanya satu hotel saja yang menjawab, iaitu Regent Hotel. Saya memang bernasib baik kerana Regent Hotel lah satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang yang telah membuka jalan saya untuk mengembangkan Career saya dalam bidang masakkan. selepas 3 tahun di Regent saya mendapat tawaran bekerja di Hilton Hotel PJ. Selapas 3 tahun itu saya berpindah balik ke KL untuk menyertai YTL Sdn.Bhd Membuka Japanese Restaurant di Starhill Gallery Centre Selama 1 setengah tahun. Selapas itu mendapat tawaran lagi di Westin Hotel Kuala lumpur sebagai Junior SousChef Selama 2 tahun dan SousChef selama setahun. Akhirnya mendapat tawaran sebagai Head Chef Jogoya iaitu Buffet restaurant terbesar di Malaysia, sehingga lah ke hari ini

 

Chef Six Dulu-dulu
Chef Six Dulu-dulu

8. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yang telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu?

Idola adalah Master chef yang pernah saya menuntut ilmu dan juga Senior-senior yang banyak memberi tunjuk ajar

 

9. Pencapaian peribadi atau pun publik yang kamu amat gembira dan berpuas hati setakat ini

Merakam kan TV Program masakkan bersama penulis buku masakan Ms.Florence Tan di TV2. Program masakan Dekorasa di Astro bersama penyani terkenal Anita Sarawak dan melancarkan Oyster Festival yang terbesar di Malaysia.

Chef Sixtus Jogoya Kuala Lumpur
Urang-urang Kuat Jogoya Buffet Restaurant, Kuala Lumpur

 

10. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam bidang ni?

Cabaran utama ialah betapa susah nya untuk mengekalkan prestasi kumpulan dalam kitchen kerana tukang masak adalah jantung kepada sesebuah restoran, Quality product terletak pada tangan semua orang yang bekerja di dapur, pendek kata, kita kena tahu mengawal manusia dan bukan robot.

 

11. Kerja begini dapat jumpa ramai ‘sumandak’ ka?

YA  | TIDAK ✓ | RAHSIA

 

12. Kalau pulang Sabah apa yang first ko mau makan?

Nasi Ayam

 

Chef Six Bassist
Apa kau lagu?

13. Selain kerjaya kau ni apa lagi yang kau buat selepas ‘waktu pejabat’?

Saya juga bemain Muzik, Saya bersama MuZzy Band dan bergelar artis di bawah Naungan Natz Music production

 

14. Let’s say lah kau akan kena bagi peluang balik ke masa sebelum hari ini. Mana satu mungkin kau buat dan kenapa?

Balik Zaman Tadika
Balik Sekolah Rendah 
Balik Sekolah Menengah
Jadi Baby Balik
Balik Kemarin

 

(14) Kenapa?

Pepatah cakap, Melentur Buluh Biar lah Dari Rebung Nya`, jadi kalu kita balik masa zaman sekolah rendah kita masih boleh mengubah masa depan.

 

Chef Six with Muzzy Band
Chef Six with Muzzy Band

15. Apa nasihat kau kepada mana-mana orang Sabah yang mau menceburi apa yang kau buat sekarang ni?

Nasihat saya ialah, cukup kalau kita ada kesabaran, rajin bekerja, dan baik dengan siapa saja, dengan 3 perkara ini, semua ilmu akan mendatang termasuk lah rezeki. Janga terlalu gopoh… Untuk mendpat sijil SPM semua pelajar kena menghabiskan 11 tahun… Maksud nya sama… untuk menjadi seorang Chef yang betul-betul bagus… jangan lah baru 4 atau 5 tahun sudah mau jadi chef kerana mengejar Duit…. pengalam itu segala-gala nya. Tanpa pengalam orang bawahan yang lebih berkeyakinan atau berpengalaman akan senang menjatuh kan kita….Sekian

Chef Sixtus : Facebook

Kalau kau rasa ada mana-mana Orang Sabah yang patut di beri perhatian di majalah online kita ni, jangan malu kuntik kami ah. Nanti dia balik kampung tiada internet susah mau atur nanti

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *