Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Pengalaman Pakai Uber di KL

Sepa antara kamu pernah naik teksi sebelum ni? Kemungkinan besar semua pernah la bah kan? Mungkin untuk emergency kah, untuk bawa keluarga ka atau memang teda transport melainkan teksi punya situasi. Rata-rata apa komen kamu? So far kalau di KL lah, kalau pengalaman sendiri ada mix juga la tu pendapat saya. Yang best nya teksi service hampir serta-merta buli jumpa. Siring jalan, siring bus stop malah depan area apartment atau kondo pun besa ada teksi punya urang. Tu yang plus point dia lah. Anytime buli jumpa. Tapi berdasarkan pengalaman saya juga, walaupun banyak buli jumpa, banyak juga yang tidak dapat pigi ke tempat yang di suruh. Kadang-kadang kalau jauh atau yang susah sikit bagi pemandu macam mo mengelak pulak. Lepas tu ada yang ndak mau pakai meter. Tu yang ndak best tu. Tapi bukan semua begitu lah. Tapi 5/10 pengalaman tu mimang begitu.

Jadey ada satu kali ni mau pigi sesi climbing sana Putrajaya lah. Ngam-ngam kawan yang besa ku ikut tu ndak dapat limpas rumah. Pikir-pikir mo ambil teksi tapi sekali teingat tu Uber. Ada chance lah mo pakai Uber di KL first time ni. Ku download lah tu app dan test-test. Ini Uber ni dia punya konsep ialah ko panggil urang yang join Uber sebagai driver untuk hantar kau pigi mana tempat yang kau mau pigi. So tu driver pun pigang-pigang lah fon nya sambil tunggu kana panggil. (Panggil) sini bukan call ya. Ini app akan pakai ko punya GPS untuk cek lokasi kau. Lepas ko jumpa lokasi, kau kena pilih destinasi pulak. Dari sana buli la nampak estimated harga dia. Bila confirm mau baru kau takan “Request”. Sepa-sepa pemandu Uber yang dekat area kau kalau dia mau sahut kau punya panggilan dia akan takan “Accept”. Kau punya app pun akan kestau kau dia on the way. Siap buli nampak tu kereta punya lokasi dan dia bejalan dalam tu map. Kalau ko jenis yang suka kereta hebat sikit, buli pakai Uber Black. Kereta Mercedes, BMW segala datang ambil kau.

Uber_Sabah_KL
Mari cari kereta

Kau akan tau juga nama driver kau, ko buli call dia atau message dia dan numbur kereta sama jenis kereta dia pun kau buli tau. Not bad kan? In case kau mau jumpa dia di gate ka, bawah tangga ka kau buli call atau message dia siap-siap. Oh ya ini Uber ni tidak pakai cash ya. Sebab masa register tu, kau kena kasi masuk ko punya credit kad atau bank kad punya details. Macam ni memang senang la untuk penumpang. Time emergency teda cash ka mo pulang masih buli pakai ni service. Lagipun selamat lah tidak payah keluar-keluar dompet.

Info terbaru, sekarang ada option suda mau bayar cash atau tolak terus dari kad

Uber_Sabah_KL_Cyberjaya
Teksi pernah kasi diskaun kalau 1st time pakai?

Masa driver tu sampai, macam ganjil juga la rasa sebab tinguk Honda City menunggu… ha ha. Saya duduk di depan sambil cerita-cerita sama tu driver. Wah ko tau, kalau part time pun average satu minggu punya kerja buli la dapat 500-600 Ringgit. Gajian pun setiap minggu. Kalau ada tol, customer yang bayar (cas kepada kad).

Harap-harap ada lah di Sabah juga nanti.

Senang hidup pengguna dan buli juga menjana pendapatan yang baru beli kereta tu.

Uber_Sabah_KL_Honda_City
OK juga Kereta nya si Wan ni

So far puas hati lah. Harga bukan juga aku rasa murah tapi perkataan yang sesuai ialah “berbaloi” mangkali. Tapi kalau kau first time naik atau mau dapat free ride, kau buli pakai kod di bawah masa register.

 

Kasi Saya Free Uber Ride

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

2 Comments
  1. Avatar
    • Kay Kastum

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *