Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Pengalaman Amanda Peter Waktu Gempa Bumi Di Puncak Kinabalu

Gempa bumi pada skala 6.0 dalam Richter scale pada 5.6.2015, sekitar 7 pagi hari Jumaat, Malaysian time.

Amanda Gaby Peter, 23 tahun berasal dari Kampung Kinorotuan Ranau. Di sini dia kasi share pengalaman dia semasa berada di puncak Gunung Kinabalu semasa berlaku kejadian gempa bumi di Sabah yang ngam-ngam time tu berlaku betul-betul dekat epicenter dia. Kira memang gunung Kinabalu itslef lah pusat gempa bumi berlaku! Yang paling sedih, runtuhan bongkah batu di siring-siring gunung yag memang agak loose banyak yang runtuh. Kalau pada masa tu ada yang masih on the way naik atau turun, depends di bahagian mana dorang masa tu, ada kemungkinan kecederaan atau lebih teruk lagi kehilangan nyawa. Apa lagi yang time tu sedang membuat aktiviti “Via Feratta”. Sedih mau pikirkan keadaan setiap satu individu dari porters, guide dan pelancong-pelancong yang terpaksa menempuhi situasai pada masa tu. Setakat penulisan ni, menurut news portal Thestar.com.my , sumber dorang cakap 19 orang mungkin mengalami nasip yang tidak baik ketika ini. Semoga ada yang terselamat walaupun agak tipis sekarang harapan apa lagi sudah masuk hari kedua sejak kejadian.

Ini hari siurang dapat peluang untuk tanya Amanda, tentang pengalaman (first encounter) dia dari masa dia dari Timpohon sampai lah dorang di atas. Kita mau dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh supaya kita paham dan belajar dari apa yang dia alamai sendiri semasa kita semua baru bangun tidur dan tengok Facebook update kita pasal berita gempa bumi di Ranau, Sabah ni di pagi Jumaat lalu.

 

Kinabalu Quake Epicenter
Kinabalu Quake Epicenter @volcanodiscovery.com

 

1. Cuba cerita macam mana suasana masa baru jalan dari Timpohon Gate?

Time baru mau naik? Semua orang gembira terutama yang first time macam saya. Cuaca Sangat bagus, tiada hujan, tidak panas. Ngam betul untuk naik Gunung.

2. Siapa kawan-kawan kau yang mendaki bersama dan ini atas anjuran siapa?

Ada 21 org kami 1 group. Yang saya ikut la… Tapi 1 orang kawan saya, si Elsa, tidak naik smpai puncak sabab guide tidak bagi. Dia tidak mampu physically. Kebanyakan Kami pelajar *IPG Dan org Ranau.  *IPG = Institut Pendidikan guru

Timpohon Gate ImageCredit@Amanda
Timpohon Gate [email protected]

3. Apa list barang-barang yang kau bawa dalam beg?

Saya bawa baju dan keperluan naik Gunung ja. Tidak banyak. Takut berat. Baju pun saya ulang ja pakai. Manada mandi. Tapi masa pigi puncak saya tidak bawa apa-apa. Bawa headlamp sama handphone ja.

4. Sepanjang perjalanan pigi atas. Cuba cerita pengalaman tu pula?

Time pigi atas dari Timpohon pi Laban Rata, saya sama-sama kawan saya Md. Idil. Yang lain suda duluan and ada juga yang di belakang Kami. Sepanjang perjalanan kami bersama dengan budak-budak Singapura yang ramai terkorban lepas earthquake. Masa dari Laban Rata pi puncak saya bersama guide Kami Faldey, dia jaga saya and tarik saya pi puncak sebab saya tidak mampu suda bejalan. Tapi sebab Faldey la saya mampu pi puncak dengan jayanya.

KM 2.3 ImageCredit@Amanda
KM 2.3 [email protected]

5. Pukul berapa kau sampai di Laban Rata?

Saya sampai jam 4.10 petang. Mungkin Kami mula jalan tu jam 9 pagi. Tidak pasti.

6. Pukul berapa kamurang bangun breakfast next day dan apa kau makan masa tu?

Next day kami breakfast bread sama kopi ja. Saturang 2 keping bread ja, Jam2.00 pagi. Kami jalan naik pi puncak jam 3.00 pagi.

Gambar dulu ImageCredit@Amanda
Gambar dulu [email protected]

7. Sepanjang perjalan sampai puncak tiada yang kamu dengar atau tengok yang bikin kau fikir “lain juga ni” gitu? Adakah?

Langsung tiada. All was good. The weather is good, tidak talampau sejuk and tidak hujan. Tiada retakan, tiada pun gegaran.

8. Kamu di kedudukan mana masa gempa bumi tu berlaku? Boleh describe kah pengalaman tu?

Kami di South Peak. Baru turun dari Low’s Peak. Kami tengah selfie waktu tu. Walau pun guide suru kami turun cepat, kami ignore dia ni.. Kami selfie-selfie lagi di kawasan atas. Time selfie ke-20 Kali tu bagagar tiba-tiba. Kuat betul dan semua orang lari naik atas..saya sudala tidak laju, saya paling belakang lari. Lepas tu, batu di Donkey’s Ear jatuh pelan-pelan. Saya betul-betul ingat kami akan mati. Saya tidak tau la camana mau describe feeling kalau ko tau ko akan mati dan ko tidak dapat lari. Betul-betul scary! Bunyi dia pun bukan cam ko dingar kalau ko di rumah. Bunyi dia di sekeliling ko, di atas ko, di bawah kaki ko, di sekeliling ko. Saya betul-betul nangis suda. Takut. Lepas tu, Batu tu beguling pigi bawah, syukurrrrrr bukan arah Kami. Dan di sana kami bersyukur sebab kami tidak terus turun masa guide suru turun sebab kalau kami turun tu, kami memang tidak hidup suda. Jauh-jauh…

Minutes before the earthquake ImageCredit@Amanda
Minutes before the earthquake [email protected]

9. Ada nampak pendaki lain yang sudah berada di atas tercedera disebabkan gempa bumi tu?

Tiada. Semua yg stranded tidak cedera. Tapi kami baru dimaklumkan ada satu kawan kami terkorban masa perjalanan turun. Dia group lain tapi kami kenal. Dia sama kami juga di atas. Sangat kesiannnn…

10. Apa yang first kamu buat lepas gegaran sudah beransur berhenti?

Kami duduk 1 tempat, di bahagian atas, jauh dari batu. Guides yang suruh.

“..kamu mau mati kesejukan atau mau mati cuba turun?”

11. Sepanjang masa menunggu bantuan, laporan cakap ada percubaan drop bekalan makanan / pickup climbers semua pakai helicopter? Buli komen?

Hmmm.. Tu saya paling kecewa. Dorang cakap heli tidak dapat land sebab kabus. Tapi jam3 petang kabus tiada. Langit cerah. Tiada pun heli. Dorang kol mau datang terus guides suru kami bekumpul ikut kumpulan. Punya hepiii kami waktu tu. Sekali tau-tau heli cuma akan datang besok pagi. Pasal heli bagi makanan memang ada, tapiii dia pigi bagi time kami mau turun suda dan silap lagi dia aim buang tu makanan / supplies. Tebuang masuk sana gaung.

12. Macam mana keadaan cuaca masa tu?

Cuaca Ok. Tiada hujan. Cuma banyak gegar.

Gambar Ikonik Charlene DMP
Gambar Ikonik @Charlene DMP

13. Macam mana kau dapat contact family kau masa tu?

Say guna handphone kawan, *Charlene. Dia saja yg dpt signal. Memang Tuhan yg tolong.

*Beberapa imej si Charlene kena share banyak kali di laman sosial terutama Facebook. Imej dia menjadi reference untuk ramai keluarga dan rakan-rakan untuk mendapat update.

14. Berapa jam kamu stranded dan macam mana keputusan mau turun juga malam tu diambil? Guide suruh kamu vote? Guide bagi keputusan? Cuba cerita.





Kami stranded 9 jam. Guides bilang kamu mau mati kesejukan atau mau mati cuba turun?…. Kami bilang bah biarlah mati mencuba. Semua agree mau turun. Tiada gaduh-gaduh. Semua tidak pecaya heli mau datang suda. So kami turun la sambil berdoa tu Batu tidak jatuh lagi.

Dangerous trail ImageCredit@Amanda
Dangerous trail [email protected]

 

15. Cuba cerita pengalaman masa kamurang punya proses turun ke bawah.

Sangat sukar sebab semua laluan memang rosak. Kami guna tali turun. Time turun tu ada nampk 2 mayat dan saya betul-betul sedih. Saya beryukur saya masih berpeluang kasi selamat diri. Ada juga bomba di check point tapi di bawah suda baru nampak bomba. Di atas tedaaaa langsungggg. Mountain guides saja semua. Time kami dari Laban p timpohon, banyak gegaran, tu yang kami berabis paksa diri lari walapun lapar, haus sama panat. Saya betul-betul mau putus asa suda tapi kawan saya Idil sama guide Faldey kasi semangat saya untuk teruskan perjalanan

“Faldey. Dia saja yang ada jaga saya. Yang guide lain jaga org lain.”

16. At any point masa turun tu, ada kah kau fikir pasal kematian atau kau berfikiran optimistik?

Mula-mula saya sangat optimistic. Tapi time kaki saya sakit, saya lapar dan haus, saya hampir-hampir putus asa. Tapi saya kena kasi semngat juga, jadi saya teruskan perjalanan.

Landscape sudah bertukar ImageCredit@Amanda
Landscape sudah bertukar [email protected]

17. Bagi kau keputusan turun dan tidak stay di gunung best option ka? Kenapa?

Yessss…sebab saya tau saya tidak akan survive sejuk. Even Laban Rata sana pun saya kesejukan berabis.

18. Semua group asal kawan-kawan kau selamat?

Ya. Tapi ada 1 kawan IPG kami, Lokman (dia group lain) meninggal masa turun. Saya baru tau.Sangat kesian.

19. Siapa yang jemput kau pulang masa di bawah sudah?

Ada kakak saya Jacynta dan cousin-cousin saya.

20. Kalau ada peluang lagi di masa hadapan, kau akan naik balik kah Gunung Kinabalu?

YA  | TIDAK ✓ | MUNGKIN

Fadley mountain Guide a.k.a Malim Gunung
Faldey The Mountain Guide or in Malay “Malim Gunung”

 

Amanda selamat sampai di kawasan tempat operasi sekitar 2:30 pagi hari Sabtu 6/6/2015 sama-sama dengan team yang terperangkap di atas gunung. Selain dari sedikit sun burn di muka dan dehudrated sama kelaparan, dia OK. Kita amat berterima kasih kepada Mountain Guide a.ka. Malim Gunung kita yang terpaksa mengambil keputusan yang amat berat sama ada stay di atas atau ambil risiko bahaya cuba sampai ke bawah gunung dalam keadaan aftershocks yang masih berlaku. Pada masa yang sama kita tidak juga mau menuding jari kepada mana-mana pihak. Dalam keadaan emergency macam ni, pasti banyak informasi yang mengelirukan di antara ground punya operasi sama mana-mana mangsa yang terperangkap. Mungkin kita belum ada pengalaman handle situasi macam ini. Walaupun tragik, ini juga peluang untuk pihak berwajib belajar dan mugkin dapat memperbaiki lagi proses emergency di masa akan datang. Tapi apa yang ketara, dalam situasi ini, rakyat Sabah telah bersatu hati tidak kira bangsa dan agama, membantu dengan apa cara sekali pun.  Syabas Orang Sabah!

Important numbers:

24 Hours Line under Malaysian Foreign Ministry : +603-88874570 & +603-88892746

Sabah Parks : +60 88-211 652

 

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

23 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
  7. Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
  17. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *