Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Nama yang ada tambahan di belakang

Budak Sekolah Sabah

Mari kita bincang bah pasal nama yang ada tambah di belakang tu. Contohnya lah: Linda AF (Akademi Fantasia), Badrul OIAM (One In a Million) , Amy Search (Band), Renuka (Raja Lawak) dan sebagainya. Rasanya ini culture di Malaysia jak mangkali. Atau Semenanjung saja? Siurang di sini cuba untuk fikir apa lojik dia.

1) Mungkin supaya senang untuk mau kaitkan siapa urang tu?

Senario: Sepa yang kau jemput putung reben rasmi kedai tikar kita ni? | Ooo, si Rubin AF bah tu pak!

2) Untuk membuktikan pencapaian?

Senario: Ko ni kuat pigang mikrofon oh! Kaaau seja nyanyi. Siurang pun mau nyanyi ba satu kali! | Ai?Aku ni Mary OIAM lah. Pernah bah ku sampai separuh terakhir!

3) Untuk dapat diskaun?

Senario: Ui kau bah ni Mizal 4u2c! Nah ambil la ikan ku 2 ringgit jak satu tumpuk.

Bukannya apa, sebab macam belum pernah jumpa yang pakai let’s say Mustapa SBPS (Sekolah Berasrama Penuh Sabah), Marsilus SMK Lok Yuk, Sumardi BKKT (Bintang Kecil Kampung Tinagat atau Lawena KJKR (Kerani JKR) Come to think of it, kalau di Sabah teda juga yang bila kena introduce nama jadi macam Brandon MRK (Mr Kaamatan) atau Regina UN81 (Unduk Ngadau 81′). Mungkin sebab kalau pakai pun Sabah saja tau so ndak berapa popular kalau kasi banding sama yang semenanjung punya event atau title?

Antah lah. Apa kau punya pendapat?

 

Aki Borneo

Kalau pasal makan jangan menyesal. Itu falsafah hidup saya. Buat baik dengan setiap orang dan faham lah bahawa kita punya masa di dunia ni sekejap saja. Gunakan lah masa ini dengan sebaik-baiknya. Gitew.. FB Page saya

2 Comments
  1. Avatar

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *