Contact Siurang!Kami suka layan cerita mu

Melvin Chee round Sabah pakai basikal

Melvin Chee Tour Cyclist Kudat
Begini cara pigang kalau tiada stand basikal

 

Melvin Chee Packing
Bantal peluk tidak dapat bawa

 

Melvin Chee Tour Sabah Kudat
Go Go Melvin!

Kamurang pandai naik basikal ka? Mungkin kena tukar tu ayat sebab semua urang buli naik saja. Belum tentu dapat kasi jalan pigi depan… apa lagi kalau jalan lebih kurang 1340 km seluruh Sabah?

Melvin Chee Tour Sabah Ranau
Sampai Ranau!

Si Melvin sudah buat ini barang. Actually tidak ramai yang tau. Diam-diam (tidak juga la… sebab ada juga kena tepuk sorak sama kena bagi high five di FB sama Whatsapp dari kawan dan keluarga juga dia) dia rupanya pada tanggal 31 May 2019 tu dia bertolak di Flag Off oleh District Officer Kudat. Dengan berbekalkan kuih Raya sikit sama air minuman dan juga restu ibubapa dia, maka bagarak lah dia selaju purata 25-30 km sejam.

Melvin Chee Tour Sabah Telupid
Uiseh. Missy saya sakit paha

Dia punya perjalan ialah begini. Start dari Kudat. Lepas tu Kota Marudu-Kota Belud-Ranau-Beluran-Kinabatangan-Lahad Datu-Kunak-Tawau-Nabawan-Keningau-Papar-Kota Kinabalu-Kudat lagi. Ko pikir cincai ka? Jalan-jalan Megalong cari selipar pun mau give up sudah. Bukan setakat fizikal ini, mental pun kena kuat. Saturang naik beskal limpas hutan, panas matahari, lapar, haus mo kencing, pikir girlfriend, anak kucing belum makan memang bukan senang tapi si Melvin berjaya buat.

Melvin Chee Tour Sabah Kunak Steven Bayak
Steven sempat bagi kerupuk di Kunak

 

Melvin Chee Tour Sabah Kinabatangan
Disambut Tuan Henry Sinjan, Kinabatangan

 

Tujuan dia punya ialah untuk kumpul dana tolong tu rumah anak yatim di Kudat. Semuanya ini untuk Persatuan Pengurusan Anak Yatim dan Asnaf, Kudat. Mulia bah apa dia buat ni. Kalau kamurang masih mau atur derma, masih boleh continue buat di sini

Cara menderma
↓↓↓↓↓↓↓
100% bank in
Maybank A/C No:510068510387
Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat

Melvin Chee Tour Sabah Keningau
Sebahagian geng Keningau support team

Mari kita kenal sikit sama ini remaja yang telah membuat satu tindakan yang mencabar, berani dan ikhlas dari hati. Mana tau kita boleh dapat sedikit inspirasi untuk kita punya life project sendiri kan?

 

1. Apa bah nama penuh kau ni?
Melvin Jiavui Augustine

2. Sabahan banyak bangsa. Kau darah keturunan apa?
Rungus-Cina

3. Kau asal mana oh? 
Kudat

4. Kalau kau ndak malu-malu kasi tau kau lahir tahun berapa? 
22/1/2001

5. Sementara ni apa ko bikin sekarang? 
Belajar d Poli Sandakan Kos Sains Perikanan.

6. Cuba cerita bah panjang siikit macam mana kau terjerumus di dalam bidang ni? 
Saya bermain basikal semasa saya tahun 4 berumur 10 taju,bergiat aktif semasa tingkatan 1 berumur 13 tahun dalam perlumbaan basikal

7. Siapa idola atau pendorong atau mentor kamu selama ini yg telah memberi banyak impak kepada keputusan dan juga jalan hidup kamu? 
Orang sekeliling

8. Apa plan kau di masa depan dalam bidang berbasikal ini? 
Berusaha melibatkan diri dalam perlumbaan berperingkat tinggi contohnya Dualthon,Triathlon,Endurance Race.

9. Apakah cabaran utama yang kau kena lalui dalam masa cycling seluruh Sabah tu? 
Cuaca.

10. Banyak ka cewek contact kau? 
Ya
Tidak ☚
Rahsia

11. Ada ka time ko kayuh basikal, dan terpaksa birak tapi tiada tandas? Kalau ya cerita sikit. 
Tiada

12. Kalau wang bukan persoalan, apa brand / model basikal yang ko sangat mau? 
Canyon, Specialized, S-Work, BMC, Lampire, American Eagle

13. Apa nasihat kau untuk urang-urang yang mau ikut jejak kau ni? 
Kita semua sama, yang membezakan kita cuma niat, dari kita saja, mahu atau tidak mahu.

(Bonus) Cuba lukis muka kau sendiri? 
Saya whatsapp ko balik lepas lukis
Saya ndak mau! ☚

Nampak nya jawapan dia pun agak singkat dan on point. Maybe memang karakter dia jenis fokus dan persisten. Tidak suka main-main buang masa. Ha ha. Kita harap ramai lagi Orang Sabah yang akan mengambil iktibar dari effort si Melvin ini. Mungkin ko mau jadi orang pertama berenang dari KK pigi Pulau Manukan (secara rasmi). Atau pun ko mo anjur sesi makan atau minum di Cafe tanpa bawa handphone..? Macam-macam kita buli buat dengan kehidupan kita yang sangat singkat ini.

Mau follow si Melvin punya Social Media?

FACEBOOK INSTAGRAM
 

Juga antara yang sangat murah hati dan membantu sponsor dia punya gears, equipment etc:

  • Amskins
  • Isports
  • Pro Apparel
  • MRB Embroiprint
  • Nanstarway
  • Cm Bikersport
  • Ligamas Cycle
  • Podilasia Jersey Outlet
  • Bikers Gallery
  • Loker Karat
  • DMK Collection
  • KDMCT

Kay Kastum

Founder of OrangSabah.Com. Sudah jadi bapa baru. Dia juga adalah Agent Life Insurance Prudential BSN Takaful yang awesome itu!! Mau kasi wasiat keluarga RM 500,000? Klik untuk Free Quotation ni hari.

Bah. Apa komen kau?

Your email address will not be published. Required fields are marked *