Mee Segera Pork Ribs Ham Choy Jenama Master Kong
|
Ini hari kita tes makan ni mee segera jenama ‘Master Kong’. Sebenarnya kalau ko baca di bahagian utama pekej dia tiada pun sebut Master Kong (yang tulisan rumi lah) tapi mungkin bahas Cina dia ni Master Kong la tu. Macam mana sia tau Master Kong? Saya agak-agak jak sebab ada pulak tulis di sticker yang tulisan bukan Cina tu. Dia punya flavor ‘Pork Ribs with Pickled Vegetables’ kalau kita kasi rumus dari apa yang dia tulis lah.

Dia bilang ni barang dari Jipun. Jipun ada kah pakai nama Kong? Lol! Lagi tulisan dia semua ku tinguk macam bahasa Cina jak. Mungkin untuk market Cina? Anyways… kita tes masak dan cuba kasi bagi sedikit penerangan tentang rasa dia. Berbanding dengan jenama yang kita biasa makan macam jenama ‘M’ misalnya, mimang berbeza lah.

Yang sia suka kalau jenama dari Korea / Jipun / China (depends juga brand, sebab kin takut gia kadang-kadang dorang ni – no offense) biasanya saiz dia lebih besar. Besar yang bagi saya perfect. Sebab kalau jenama tempatan yang kita ada ni kalau makan macam kenyang dia yang macam ada lagi 20% kau rasa masih mau lagi. Dan biasanya dorang punya bentuk mee pun bulat jadi kalau kasi masuk periuk masa air mendidih pun perfect juga. Di dalam peket mee dia ada 3 lagi peket untuk perasa dan lain-lain. Yang bagian atas tu ialah peket serbuk perasa sama dia punya sup. Yang tengah tu spesel itu dia punya ‘Ham Choy’ atau sayur jeruk. Dia sudah kena masak sedia dan saya rasa tu babi punya daging-daging halus pun sudah kena campur di dalam satu kali. Ada minyak-minyak lagi wangi dia kuat juga macam bau baru kena masak nih. Yang bawah sekali tu macam minyak dan penambah perisa atau pemedas dia? Antah lah..
So apa rasa dia? Dia punya sup rasa balance juga. Penuh rasa dan tidak rasa macam ‘fake’ kalau let’s say ko makan mee segera yang satu jak perencah nya. Tambahan lagi tu sayur dan extra-extra di dalam dia buat rasa dia lebih besar. Ada lagi tu yang peket dengan sos merah tu trus menjadi bah! Mee dia kalau kau gigit-gigit rasa macam hampir mee tuaran punya saiz. Macam besar siikit dari local punya tapi lebih kenyal dan tidak kembang cepat. Yang saya punya ni saya tambah cebisan ayam panggang yang saya sudah simpan 3 hari (besar bah susah mau kasi habis satu ikur!), tambah tomato kicil dan ku tambah lagi cili padi. Kalau sup dia saja tanpa tambahan cili padi pedas dia mungkin 5% jak. Just nice tapi sia suka yang lebih pedas tu yang ku tambah cili padi tu. Saya suka rasa dia dan di masa depan saya rasa saya akan beli lagi nih bila saya teringat dia masa saya pigi shopping ka apa kah. Info teknikal ada di bawah. Selamat mencuba!
p/s Ini dijamin tidak halal.

Summary
Mimang puas makan. Banyak lagi tu barang dia di dalam untuk perisa.. siuk!
Kureng asam tertinguk ni time-time lapar. Ada jual di KK kaini??
Antah la ha ha.
Adui punya sadap ni. Bah siapa tau di mana jual, kasi taulah ah.
So far di KL jak ku jumpa. Ndak tau la kalau di Tong Hing ka atau CKS